Ustaz Idris Sulaiman – Umdatul Ahkam ( siri 29 )

Ustaz Idris Sulaiman - Umdatul Ahkam ( siri 29 )“Umdatul Ahkam” – Siri 29 – Bab Fadhilat (Kelebihan) Solat Berjemaah & Kewajipannya – Hadis No. 62-64
Penceramah : Ustaz Idris bin Sulaiman

12 NOVEMBER 2013 – SELASA – Selepas Isyak
AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)
Tingkat 14, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

62. عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما أَنَّ رَسُولُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم. قَالَ : صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسِبْعِِ وَعِشْرِينَ دَرَجَةََ

Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma menuturkan bahawa sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat sendirian dengan sebanyak 27 darjat.”

[HR. Muslim dalam al-Masajid (645)]

63. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم : صَلَاةُ الرَّجُلِ فِيْ الْجَمَاعَةِ تُضَعَّفُ عَلَى صَلَاتِهِ فِيْ بَيْتِهِ وَفِيْ سُوْقِهِ خَمْسََا وَعِشْرِيْنَ ضِعْفََا، وَذَلِكَ أَنَّهُ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ -لَا يُخْرِجُهُ إِلَّا الصَّلَاةُ- لَمْ يَخْطُ خُطْوَةََ إِلَّا رُفِعَتْ لَهُ بِهَا دَرَجَةُُ وَحُطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيْئَةُُ، فَإِذَا صَلَّى لَمْ تَزَلِ الْمَلَائِكَةُ تُصَلِّي عَلَيْهِ مَا دَامَ فِي مُصَلَّاهُ : اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ، اللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ، اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ، وَلَ يَزَالُ فِيْ صَلَاةِِ مَا انْتَظَرَ الصَّلَاةَ

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat seseorang yang dilakukan secara berjemaah dilipatgandakan berbanding solatnya di rumah dan di pasarnya sebanyak 25 kali ganda. Demikian itu kerana dia berwudhu dan membaguskan wudhunya, lalu keluar menuju ke masjid dan dia tidak keluar kecuali untuk solat. Tidaklah dia mengayunkan langkah melainkan akan terangkat buatnya satu darjat dan terhapus buatnya satu kesalahan. Jika dia mengerjakan solat, Malaikat sentiasa mendoakannya, ‘Ya Allah, selawatlah ke atasnya. Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, rahmatilah dia.'”

“Dia terus berada dalam keadaan solat selama dia menunggu solat.”

[HR. Bukhari dalam al-Adzan (647)]

64. عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَال رَسُولُ اللهُ صلّى الله عليه وسلَم : إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ وَصَلَاةُ الْفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوََا، وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَتُقَامَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلََا فَيُصَلِّيَ بِالنَّاسِ ثُمَّ أَنْطَلِقُ مَعِيَ بِرِجَالِِ مَعَهُمْ حِزَمُُ مِنْ حَطَبِِ إِلَى قَوْمِِ لَا يَشْهَدُونَ الصَّلَاةَ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ بِالنَّارِ.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Kalau mereka mengetahui keutamaan yang terdapat dalam kedua solat tersebut, mereka pasti akan mendatanginya walaupun dengan merangkak.”

“Aku teringin untuk memerintahkan solat (dikerjakan), lalu dikumandangkan iqamat dan ku perintahkan seseorang untuk mengimami para jemaah. Sementara itu aku pergi bersama mereka yang membawa ikatan kayu bakar menuju ke orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah dan membakar rumah-rumah mereka dengan api.”

[HR. Ahmad dalam Musnad (5312), Darimi dalam ash-Sholat (1242), Bukhari dalam ash-Sholat (644)]

Video Penuh : http://www.youtube.com/watch?v=znO_G7SJaKY

SEGMEN PILIHAN

– Bahaya Tidak Mengikut Sunnah Ketika Bertakbir : http://www.youtube.com/watch?v=gcgFc3udMks

– Kedudukan Ketika Solat Berjemaah : http://www.youtube.com/watch?v=gkxYy_tN1fM

– Tidak Hadir Solat Berjemaah : http://www.youtube.com/watch?v=XTdGjdybVYM

– Apa Erti Selawat? : http://www.youtube.com/watch?v=d5KpoHU2wPc

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>