Ustaz Idris Sulaiman – Umdatul Ahkam ( siri 30 )

Ustaz Idris Sulaiman - Umdatul Ahkam ( siri 30 )“Umdatul Ahkam” – Siri 30 – Bab Wanita Menghadiri Masjid & Bab Solat Sunat Rawatib dan Penekanan Terhadap Sunat Rawatib Subuh – Hadis No. 65-67
Penceramah : Ustaz Idris bin Sulaiman

26 NOVEMBER 2013 | SELASA | Selepas Isyak
Tingkat 14, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

BAB WANITA MENGHADIRI MASJID

65. عن عبدالله بن عمر رضي الله عنهما عن النبيّ صلّى الله عليه وسلّم قَالَ: إِذَا اسْتَأْذَنَتْ أَحَدُكُمُ امْرَأَتُهُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلَا يَمْنَعْهَا، قَالَ: فَقَالَ بِلَالُ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ: وَاللَّهِ لَنَمْنَعُهُنَّ. قَالَ: فَأَقْبَلَ عَلَيْهِ عَبْدُ اللَّهِ فَسَبَّهُ سَبََّا سَيِّئََا مَا سَمِعْتُهُ مِثْلَهُ قَطُّ وَقَالَ: أُخْبِرُكَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلّى الله عليه وسلّم وَتَقُولُ: وَاللَّهِ لَنَمْنَعُهُنَّ. وَفِي لَفْظِِ لِمُسْلِمِِ: لَا تَمْنَعُوْا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّْهِ

Daripada riwayat Abdullah ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa baginda bersabda: “Jika salah seorang di antara kalian, isterinya meminta izin untuk pergi ke masjid, maka janganlah dia menghalanginya.

Salim bin Abdullah menuturkan bahawa Bilal bin Abdullah mengatakan, “Demi Allah, kami akan menghalangi mereka”. Salim meriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar lantas mendatangi Bilal dan mencercanya. Salim berkata, “Aku belum pernah melihat cercaan seperti itu”.

Abdullah bin Umar lantas berkata, “Aku menyampaikan kepadamu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan engkau mengatakan ‘Demi Allah, kami akan menghalangi mereka’.”

Dalam lafaz Muslim, “Janganlah kalian menghalangi wanita-wanita hamba Allah dari masjid-masjid Allah”.

[HR. Darimi dalam al-Muqaddimah (443), Muslim dalam ash-Sholat (442)]

BAB SOLAT SUNAT RAWATIB SERTA PENEKANAN TERHADAP SUNAT RAWATIB SUBUH

66. عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال: صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلّى الله عليه وسلّم رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْجُمُعَةِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ المَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ

وَفِي لَفْظِِ: فَأَمَّا الْمَغْرِبُ وَالْعِشَاءُ وَالْجُمُعَةُ فَفِي بَيْتِهِ

وَفِي لَفْظِِ لِلْبُخَارِيِّ: أَنَّ ابْنَ عُمَرَ قَالَ: حَدَّثَنِي حَفْصَةُ: أَنَّ النَّبِيَّ صلّى الله عليه وسلّم كَانَ يُصَلِّي سَجْدَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ بَعْدَمَا يَطْلُعُ الْفَجْرُ وَكَانَتْ سَاعَةََ لَا أَدْخُلُ عَلَى النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم فِيهَا

Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma mengatakan, “Aku pernah mengerjakan solat (sunat) bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam 2 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat setelahnya, 2 rakaat setelah Solat Jumaat, 2 rakaat setelah Solat Maghrib dan 2 rakaat setelah Solat Isyak.”

Dalam lafaz yang lain, solat (sunat / rawatib) Maghrib, Isyak dan Jumaat itu dikerjakan di rumah baginda.

Dalam lafaz Bukhari, sesungguhnya Ibnu Umar mengatakan bahawa, “Hafsah binti Umar telah menyampaikan hadis kepadanya bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan solat 2 rakaat yang ringkas setelah fajar terbit, dan waktu itu merupakan waktu di mana aku tidak masuk menemui baginda”.

[HR. Bukhari dalam al-Jum’ah (1173), Muslim dalam Sholat al-Musafirin (1200)]

67. عن عائشة رضي الله عنها قَالَتْ: لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صلّى الله عليه وسلّم عَلَى شَيْءِِ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ تَعَحُدََا مِنْهُ عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ

وَفِي لَفْظِِ لِمُسْلِمِِ: رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرُُ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Aisyah radhiyallahu ‘anha mengatakan, “tidak ada satu solat sunat yang lebih dititikberatkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dari solat 2 rakaat Fajr.”

Dalam lafaz Imam Muslim, “2 rakaat solat Fajr itu lebih baik dari dunia dan seisinya.”

[HR. Bukhari dalam al-Jum’ah (1093), Muslim dalam Sholat al-Musafirin (725)]

Video Penuh : http://ilmusalaf.com/2013/11/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-30/

SEGMEN PILIHAN

– Adakah Solat Jumaat Memiliki Solat Sunnah Qabliyah? : http://ilmusalaf.com/2013/11/ustaz-idris-sulaiman-adakah-solat-jumaat-memiliki-solat-sunnah-qabliyah/

– Solat Sunat Ketika Azan Sedang Dikumandangkan : http://ilmusalaf.com/2013/11/ustaz-idris-sulaiman-solat-sunat-ketika-azan-sedang-dikumandangkan/

– Tidak Sempat Mendengar Khutbah Jumaat : http://ilmusalaf.com/2013/11/ustaz-idris-sulaiman-tidak-sempat-mendengar-khutbah-jumaat/

– Solat Sunat Rawatib Secara Berjemaah : http://ilmusalaf.com/2013/11/ustaz-idris-sulaiman-solat-sunat-rawatib-secara-berjemaah/

– Solat Sunat Secara Duduk : http://ilmusalaf.com/2013/11/ustaz-idris-sulaiman-solat-sunat-secara-duduk/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>