Ustaz Rasul Dahri – Syarhus Sunnah ( siri 11 )

USTAZ RASUL BIN DAHRI
Kitab Syarhus Sunnah (1 Jam Memahami Aqidah Islam) tulisan Al-Imam Al-Barbahari – Siri 11 – No. 101-102

TARIKH : Isnin (10 Februari 2014)
MASA : Selepas Maghrib
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

101. Ketahuilah, kebid’ahan hanya tumbuh dan datang dari kaum puritan dan cetek ilmu yang suka terikut-ikut dan condong ke mana sahaja angin bertiup. Sesiapa memiliki prinsip seperti itu, maka tidak ada agama baginya sebagaimana firman Allah عَزَّ وَجَلَّ.

فَمَا اخْتَلَفُوا إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۚ

“Maka mereka tidak berselisih melainkan sesudah datang kepada mereka pengetahuan kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka.” (Surah Al-Jatsiyah, ayat 13)

Dan firman Allah عَزَّ وَجَلَّ:

وَمَا تَفَرَّقُوا إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۚ

“Dan mereka (ahli Kitab) tidak berpecah belah, kecuali setelah datang kepada mereka ilmu pengetahuan, kerana kedengkian di antara mereka.” (Surah Asy-Syura, ayat 14)

Dan firman Allah عَزَّ وَجَلَّ:

وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلَّا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۖ

“Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri.” (Surah Al-Baqarah, ayat 213)

102. Ketahuilah, tetap terus-menerus ada sekelompok manusia yang konsisten di atas kebenaran dan sunnah. Allah عَزَّ وَجَلَّ selalu memberi hidayah kepada mereka dan mereka menjadi pemberi cahaya hidayah bagi selain mereka dan penghidup sunnah, maka merekalah kelompok yang dikecualikan oleh Allah عَزَّ وَجَلَّ dari firman-Na:

وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلَّا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۖ

“Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri.” (Surah Al-Baqarah, ayat 213)

Sehingga Allah عَزَّ وَجَلَّ berfirman:

فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ ۗ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

“Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.” (Surah Al-Baqarah, ayat 213)

Dan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم bersabda:

لَا تَزَالُ عَصَابَةُُ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِيْنَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنَ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ

“Akan senantiasa ada sekelompok manusia dari umatku yang tetap teguh di atas kebenaran, dia tidak merasa bahaya dengan hinaan orang, sehingga datang perkara (kemenangan) Allah.”

[Hadis riwayat Muslim (1.924) dari hadis Uqbah bin Amir رضي الله عنه. Dan ada hadis yang semisal itu dari Mughiroh bin Syu’bah رضي الله عنه yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3.640) serta Muslim (1.921). Dalam riwayat Muslim yang lain (1.920) dari hadis Tsauban رضي الله عنه. Juga dalam riwayat Muslim (1.922) dari hadis Jabir bin Samurah رضي الله عنه. Sementara dalam riwayat Al-Bukhari (7.460) dan Muslim (III/1.524 no. 1.037) dari jalur Mu’awiyah رضي الله عنه. Sedangkan dalam riwayat Muslim (1.920) adalah dari hadis Sa’ad bin Abi Waqas رضي الله عنه]

Video Penuh & Teks Kitab : http://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-rasul-dahri-syarhus-sunnah-siri-11/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>