Ustaz Rasul Dahri – Di Mana Allah? ( siri 5 )

USTAZ RASUL BIN DAHRI
Kitab Di Mana Allah? Jahmiyah menafikan Allah di langit & menuduh Ahli Sunnah sebagai Mujassimah tulisan Ustaz Rasul bin Dahri – Jawapan Soalan Pertama (Hujah Pertama) – Muka Surat 63-67

TARIKH : Isnin (10 Mac 2014)
MASA : Selepas Maghrib
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

Imam Ibnu Katsir rahimahullah telah melanjutkan tafsirannya berkenaan ayat “Tiada perkataan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempat” iaitu di surah Al-Mujadalah 58:7 bahawa menurut beliau:

لَا يَغِيْبُ عَنْهُ مِنْ اُمُوْرِهِمْ شَيْء، ثُمَّ قَالَ تَعَالَى : ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوْا يَوْمَ الْقِيَامَةِ اِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءِِ عَلِيْمِِ

“Tidak tersembunyi dari pengetahuan-Nya (Ilmu-Nya) segala apa pun perkara (urusan) mereka, oleh kerana itu Allah berfirman: {Kemudian Dia akan membertiahukan kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu}”. [Tafsir Ibnu Katsir, Jilid 4, Halaman 322]

Dapat difahami daripada tafsiran Imam Ibnu Katsir rahimahullah di atas ini, bahawa hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya dengan Ilmu-Nya, sama ada yang ghaib, yang nyata, yang telah berlaku dan yang akan berlaku, kerana Ilmu Allah ‘azza wa jalla berada di mana-mana yang apa pun perkara dan kejadian tidak akan terlepas dari pengetahuan dan Ilmu-Nya.

Ketika Abu Zur’ah Ar-Razi rahimahullah (wafat 246H), beliau ditanya tentang pentafsiran ayat di bawah ini, iaitu:

الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ

“Ar-Rahman (Allah) berada di atas ‘Arasy”. (Surah Taha, ayat 5)

Lantas beliau (Abu Zur’ah ar-Razi rahimahullah) marah dan dengan tegas beliau berkata:

تَفْسِيْرُهُ كَمَا تَقْرَأ، وَهُوَ عَلَى عَرْشِهِ، وَعِلْمُهُ فِي كُلِّ مَكَانِِ، مَنْ قَالَ غَيْرَ هَذَا، فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ

“Pentafsirannya sebagaimana yang dibaca, iaitu Dia (Allah) di atas ‘Arasy-Nya, Ilmu-Nya di setiap tempat. Sesiapa berkata tidak seperti ini (tidak mengatakan Allah di atas ‘Arasy-Nya) maka laknat Allah ke atasnya”. [Mukhtasar Al-‘Ulu Li ‘Aliyil Ghaffar, hlm. 203. Oleh Az-Zahabi]

Abu Zur’ah Ar-Razi menjelaskan lagi:

وَعِلْمُهُ فِي كُلِّ مَكَانِِ

“Ilmu Allah di setiap tempat”.

Abu Zur’ah rahimahullah menjelaskan lagi, iaitu bahawa:

“Ilmu Allah di setiap tempat dan Allah Tinggi di atas ‘Arasy-Nya”.

قَالَ مَالِكُ بْنُ أَنَس : اللَّهُ فِي السَّمَاءِ وَعِلْمُهُ فِي كُلِّ مَكَانِِ

“Berkata Malik bin Anas: Allah di langit dan Ilmu-Nya di setiap tempat”. [Dikeluarkan oleh Abdullah bin Ahmad dalam As-Sunnah, hlm 5. Abu Daud dalam Al-Masail, hlm. 263. Dan Al-Lalakaie (1/92/2) dengan sanad yang sahih]

Seorang ulama besar yang bermazhab Asy-Syafie iaitu Al-Allamah Yahya Al-Imrani rahimahullah (wafat 558H). Beliau telah berkata:

عِنْدَ أَصْحَابِ الْحَدِيْثِ وَالسُّنَّةِ أَنَّ اللَّهَ سُبْحَانَهُ بِذَاتِهِ بَائِنُُ عَنْ خَلْقِهِ، عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى فَوْقَ السَّمَوَاتِ، غَيْرِ ممَاسِِّ لَهُ، وَعِلْمُهُ مُحِيْطُُ بِالْأَشِيَاءِ كُلِّهَا

“Pada sisi Ahli Hadis dan Ahli Sunnah, bahawasanya Allah Subhanahu berserta zat-Nya terpisah dari makhluk-Nya, beristiwa di atas ‘Arasy-Nya di atas langit-langit tanpa tersentuh dengan makhluk-Nya. Ilmu-Nya meliputi segala sesuatu”. [Al-Intisar fi Ar-Radd ‘Alal Qadariyyah Al-Asyrar (2/607)]

Video Penuh & Teks Kitab : http://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-rasul-dahri-di-mana-allah-siri-5/

SOAL JAWAB

– Doakan Mangsa Pesawat #MH370 : http://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-rasul-dahri-doakan-mangsa-pesawat-mh370/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>