Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya – Al-Adab Al-Mufrad ( siri 4 )

USTAZ AHMAD FAZRIN BIN YAHAYA AL-HAFIZ
Kitab Al-Adab Al-Mufrad tulisan Imam Al-Bukhari rahimahullah – Siri 4 – Bab 6 (Balas Budi Bagi Kedua Orang Tua) – Hadis No. 10-14

TARIKH : Rabu (16 Jamadil Akhir 1435H / 16 April 2014)
MASA : Selepas Isyak
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

10. Qabishah berkata: Sufyan menceritakan kepada kami dari Suhail bin Abi Soleh, dari ayahnya:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم قَالَ : لَا يَجْزِي وَلَدُُ وَالِدَهُ إِلَّ أَنْ يَجِدَهُ مَمْلُوْكََا فَيَشْتَرِيَهُ فَيُعْتِقَهُ

Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda, “Seorang anak tidak dapat membalas budi kedua orang tuanya kecuali jika ia mendapatinya dalam keadaan dijadikan hamba lalu dia membelinya kemudian memerdekakannya.”

[Sahih. Al-Irwa’ (1737), Muslim (20) kitab Al-‘Itqu (hadis 25-26)]

11. Adam menceritakan kepada kami, dia berkata: Syu’bah menceritakan kepada kami, dia berkata:

حَدَّثَنَا سَعِيْدُ بْنُ أَبِيْ بُرْدَةَ قَالَ : سَمِعْتُ أَبِي يُحَدِّثُ أَنَّهُ شَهِدَ ابْنُ عُمَرَ وَرَجُلُُ يَمَانِيُُّ يَطُوْفُ بِالْبَيْتِ – حَمَلَ أُمُّهُ وَرَاءَ ظَهْرِْ – يَقُوْلُ : إِنِّي لَهَا بَعِيْرُهَا الْمُذَلَّلُُ إِنْ أُذْعِرَتُُ رِكَابُهَا لَمْ أُذْعَرُ. ثُمَّ قَالَ : يَا ابْنَ عُمَرَ، أَتَرَانِِي جَزَيْتُهَا؟ قَالَ : لَا، وَلَا بِزَفْرَةِِ وَاحِدَةِِ، ثُمَّ طَافَ ابْنُ عُمَرَ فَأَتَى الْمَقَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ قَالَ : يَا بْنَ أَبِي مُوْسَى، إِنَّ كُلَّ رَكْعَتَيْنِ تُكَفِّرَانِ مَا أَمَامَهُمَا

Sa’id bin Abu Burdah menceritakan kepada kami, dia berkata, “Aku mendengar ayahku bercerita bahawa dia melihat Ibnu ‘Umar dan seorang pemuda Yaman sedang melakukan tawaf di Ka’bah sambil menggendong ibunya di punggung. Orang itu juga bersenandung, ‘Aku baginya adalah unta tunggangan yang tunduk. Jika penunggangnya mengalami ketakutan, tapi aku tidak mengalami ketakutan.’ Orang itu lalu berkata, ‘Wahai Ibnu ‘Umar, apakah aku sudah membalas budinya?’ Ibnu ‘Umar menjawab, ‘Belum walau setarik nafas pun.’ Beliau lalu tawaf dan solat dua rakaat di makam Ibrahim lalu berkata, ‘Wahai Ibnu Abi Musa, sesungguhnya setiap dua rakaat menghapuskan dosa-dosa dari perbuatan yang sebelumnya.'”

[Sahihul Isnad]

13. Abu Nu’aim menceritakan kepada kami, dia berkata: Sufyan menceritakan kepada kami, dari Atha’ bin As-Sa’ib, dari ayahnya:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِِو رضي الله عنهما قَالَ : جَاءَ رَجُلُُ إِلَ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم يُبَايِعُهُ عَلَى الْهِجْرَةِ وَتَرَكَ أَبَوَيْهِ يَبْكِيَانِ، فَقَالَ : اِرْجِعْ إِلَيْهِمَا وَأَضْحِكْهُمَا كَمَا أَبْكَيْتَهُمَا

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata, “Seorang lelaki mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam meminta dibai’at untuk ikut hijrah sementara dia meninggalkan kedua orang tuanya dalam keadaan menangis. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu bersabda kepadanya, ‘Kembalilah kepada keduanya dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau telah membuat keduanya menangis.'”

[Sahih. At-Taliqur Raghib (3/213). Abu Dawud (15) kitab Al-Jihad (31) bab Fir Rajul Yaghzu wa Abwahu Karihani, An-Nasa’i (39) kitab Al-Bai’ah ‘alal Jihad (10) bab al-Bai’ah ‘alal Hijrah, Ibnu Majah (34) kitab Al-Jihad (12) bab Ar-Rajulu Yaghzu wa Lahu Abwani (hadis 2782)]

14. ‘Abdurrahman bin Syaibah menceritakan kepada kami, dia berkata: Ibnu Abil Fudaik berkata: Musa menceritakan kepadaku:

عَنْ أَبِي حَازِمِِ، أَنَّ أَبَا مُرَّةَ، مَوْلَى أُمُّ هَانِئ ابْنَةَ أَبِي طَالِبِِ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ رَكِبَ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ إِلَى أَرْضِهِ بِالْعَقِيْقِ، فَإِذَا دَخَلَ أَرْضَهُ صَاحَ بِأَعْلَى صَوْتِهِ: عَلَيْكِ السَّلَامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ يَا أَمَتَاهُ، تَقُوْلُ : وَعَلَيْكَ السَّلَامُ وَرَحْمَتُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، يَقُوْلُ : رَحِمَكَ اللهُ رَبَّيْتِنِي صَغِيْرََا، فَتَقُوْلُ : يَا بُنَيَّ، وَأَنْتَ فَجَزَاكَ اللهُ خَيْرََا وَرَضِيَ عَنْكَ كَمَا بَرَّرْتَنِي كَبِيْرََا. قَالَ مُوْسَى : كَانَ اسْمُ أَبِي هُرَيْرَةَ : عَبْدِ اللهِ بْنَ عَمْرِِو.

Dari Abu Hazim, bahawa Abu Murrah (budak Ummu Hani’ binti Abu Thalib) bercerita bahawa suatu ketika dia naik kenderaan bersama Abu Hurairah ke daerahnya. Ketika memasukinya, Abu Hurairah lalu mengangkat suaranya dengan mengucap, “Assalamu’alaiki wa rahmatullah wabarakatuh, wahai ibu.” Ibunya lalu menjawab, “Wa’alaikassalam warahmatullah wabarakaatuh.” Abu Hurairah membalas, “Semoga Allah merahmatimu sebagaimana engkau mengasuhku di waktu kecil.” Ibunya lalu membalas, “Dan engkau juga, semoga Allah membalasmu dengan kebaikan dan meredaimu sebagaimana engkau berbuat baik kepadaku dan engkau dewasa.” Musa menuturkan, “Nama Abu Hurairah adalah ‘Abdullah bin ‘Amr.”

[Hasanul Isnad]

Video Penuh & Teks Hadis : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-al-adab-al-mufrad-siri-4/

SEGMEN PILIHAN

– Wajib Memerdekakan Ibu Bapa yang Menjadi Hamba Sekiranya Mampu : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-wajib-memerdekakan-ibu-bapa-yang-menjadi-hamba-sekiranya-mampu/

– Berkhidmat Sebaik Mungkin kepada Ibu Bapa : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-berkhidmat-sebaik-mungkin-kepada-ibu-bapa/

– Keutamaan Tawaf dan Solat di Makam Ibrahim : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-keutamaan-tawaf-dan-solat-di-makam-ibrahim/

– Jihad Bukan Fardu ‘Ain Perlu Minta Izin Kedua Ibu Bapa : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-jihad-bukan-fardu-ain-perlu-minta-izin-kedua-ibu-bapa/

– Tetap Wajib Berbakti kepada Ibu Bapa Walau Berlainan Agama : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-tetap-wajib-berbakti-kepada-ibu-bapa-walau-berlainan-agama/

– Sentiasa Memuliakan Ibu dan Mendoakan Kebaikan Baginya : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-sentiasa-memuliakan-ibu-dan-mendoakan-kebaikan-baginya/

– Doa yang Kita Reka Lebih Baik dari Doa yang Nabi Ajar? : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-doa-yang-kita-reka-lebih-baik-dari-doa-yang-nabi-ajar/

– Tuntutan Menjawab Salam Sambil Mendoakan Kebaikan Buat Pemberi Salam : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-tuntutan-menjawab-salam-sambil-mendoakan-kebaikan-buat-pemberi-salam/

– Seorang Ibu Pasti Hendakkan Yang Terbaik Buat Anaknya : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-seorang-ibu-pasti-hendakkan-yang-terbaik-buat-anaknya/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>