Ustaz Rasul Dahri – Di Mana Allah? ( siri 6 )

USTAZ RASUL BIN DAHRI
Kitab Di Mana Allah? Jahmiyah menafikan Allah di langit & menuduh Ahli Sunnah sebagai Mujassimah tulisan Ustaz Rasul bin Dahri – Jawapan Soalan Pertama (Hujah Pertama) – Muka Surat 67-70

TARIKH : Isnin (7 Jamadil Akhir 1435H)
MASA : Selepas Maghrib
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

Abu Zur’ah Ar-Razi, Imam Asy-Syafie, Imam Ahmad, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Abu Hassan Al-Asy’ari, Syeikh Muhammad Abdul Wahhab dan ramai lagi para ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang muktabar, mereka semua tidak pernah mengatakan:

اللهُ مَوْجُوْدُُ بِلَا مَكَانُُ

“Allah wujud tanpa bertempat”.

Dan mereka semua (para ulama) yang telah disebutkan nama-namanya di atas dan juga para ulama Salaf As-Soleh selain mereka, tidak pernah mengatakan, tidak pernah menulis dalam kitab-kitab mereka dan tidak pernah menetapkan bahawa:

اللهُ مَوْجُوْدُُ فِي كُلِّ مَكَان

“Allah wujud di setiap tempat”.

Sebaliknya Syeikhul Islam Ibnul Mubarak rahimahullah (118-181H) membantah kenyataan dan keyakinan yang meyakini bahawa Allah wujud di setiap tempat. Dan Ibnul Mubarak ketika ditanya bagaimana kita mengenal Tuhan kita, maka beliau menjawab:

عَلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ عَلَى عَرْشِهِ، وَلَا نَقُوْلُ كَمَا تَقُوْلُ الْجَهْمِيَّةُ : إِنَّهُ هَا هُنَا فِي الْأَرْضِ

“(Allah) di atas langit yang ketujuh di atas ‘Arasy-Nya. Dan janganlah berkata sebagaimana yang dikatakan oleh Jahmiyah : Sesungguhnya Allah di sana sini (di mana-mana) di permukaan bumi (di setiap tempat)”. [Lihat : Mukhtasar Al-‘Ulu Li ‘Aliyil Gaffar hlm. 151. Oleh Az-Zahabi]

Dan hadis dari Abdul Wahhab bin Abdul Hakim Al-Warrak rahimahullah (wafat 250H):

عَنِ ابْنِ عَبَّاسِِ : مَا بَيْنَ السَّمَآءِ السَّابِعَةِ إِلَى كُرْسِيِّهِ سَبَعَةِ الآفِ نُوْرِِ، وَهُوَ فَوْقَ ذَلِكَ. ثُمَّ قَالَ عَبْدُ الْوَهَّابِ : مَنْ زَعَمَ أَنَّ اللهَ هَهُنَا فَهُوَ جَهْمِيُُّ خَبِيْثُُ، إِنَّ اللهَ فَوْقَ الْعَرْشِ، وَعِلْمُهُ مُحِيْطُُ بِالدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Dari Ibnu Abbas : Di antara langit ketujuh dengan kursi Allah tujuh ribu cahaya, Allah di atas langit. Kemudian Abdul Wahhab berkata: Sesiapa menyangka bahawa Allah ada di sana dan di sini maka dia adalah Jahmiyah yang keji. Sesungguhnya Allah di atas ‘Arasy dan Ilmu-Nya meliputi dunia dan akhirat”. [Lihat: Mukhtasar Al-‘Ulu, hlm. 212. Az-Zahabi]

Penjelasan bahawa Ilmu Allah ‘azza wa jalla di setiap tempat dan Allah berada di atas ‘Arasy-Nya, ia telah disepakati oleh Imam Asy-Syafie, para ulama Salaf as-Soleh, para ulama dari kalangan yang bermazhab Asy-Syafieyah, Malikiyah, Hanbaliyah, Hanafiyah, Imam Abu Hassan Al-Asy’ari, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan ramai lagi selain mereka.

Keimanan akidah dan keyakinan pegangan yang serupa inilah yang sentiasa diperjuangkan oleh Imam Asy-Syafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, Imam Abu Hassan Al-Asy’ari dan Syeikh Muhammad Abdul Wahhab yang dituduh sebagai Mujassimah yang sesat oleh mereka yang mendakwa diri mereka bermazhab Asy-Syafie fiqhnya dan Abu Hassan Asy’ari (mazhab Asy’ariyah) akidahnya.

Video Penuh & Teks Kitab : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-rasul-dahri-di-mana-allah-siri-6/

SEGMEN PILIHAN

– Baca Al-Quran dengan Berlagu & Qiraat : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-rasul-dahri-baca-al-quran-dengan-berlagu-qiraat/

– Hukum Al-Quran Digital : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-rasul-dahri-hukum-al-quran-digital/

– Jin Sembunyikan Kapal Terbang #MH370? : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-rasul-dahri-jin-sembunyikan-kapal-terbang-mh370/

– Berdakwah kepada Orang Kafir Tugas Siapa? : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-rasul-dahri-berdakwah-kepada-orang-kafir-tugas-siapa/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>