Ustaz Rasul Dahri – Di Mana Allah? ( siri 7 )

USTAZ RASUL BIN DAHRI
Kitab Di Mana Allah? Jahmiyah menafikan Allah di langit & menuduh Ahli Sunnah sebagai Mujassimah tulisan Ustaz Rasul bin Dahri – Jawapan Soalan Pertama (Hujah Kedua) – Muka Surat 70-74

TARIKH : Isnin (14 Jamadil Akhir 1435H / 14 April 2014)
MASA : Selepas Maghrib
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

Hujah Kedua

Semua ayat-ayat AL-Quran di dalam tulisan ini adalah dinukil atau disalin dari jumhur ulama tafsir yang telah menafsirkan ayat-ayat Al-Quran melalui ayat-ayat Al-Quran itu sendiri, menafsirkan Al-Qiran melalui hadis-hadis sahih sebagaimana yang ditafsirkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam secara khusus dan diutamakan adalah pemilihan tafsiran yang berpandukan kepada pentafsiran para Sahabat radhiyallahu ‘anhum, terutamanya yang dilantik oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai khalifah tafsir seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali radhiyallahu ‘anhum, pemelihara hadis seperti Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Imam dan penegak panji-panji tafsir seperti Ummul Mukminin Aisyah radhiyallahu ‘anha, Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhum dan para pentafsir Al-Quran yang terdiri daripada anak-anak murid Sahabat dan para ulama tafsir yang muktabar, maka mereka telah mentafsirkan ayat (firman Allah ‘azza wa jalla yang berikut ini, iaitu ayat:

وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ

“Dan Dia (Allah) bersama kamu di mana sahaja kamu berada”. (QS. Al-Hadid 57:4)

Al-Imam Muhammad bin Ali Ibnu Muhammad Asy-Syaukani rahimahullah (wafat 1255H0 mentafsirkan ayat:

(وَهُوَ مَعَكُمْ) “Dan Dia (Allah) bersama kamu” dan ayat (إِنِّيْ مَعَكُمَا) “Sesungguhnya Aku bersama kamu berdua” dan ayat (إِنَّ اللهَ مَعَنَا) “Sesungguhnya Allah bersama kita” dan juga ayat (وَاللهُ مَعَ الصَّابِرِيْنَ) “Dan Allah bersama orang-orang yang sabar”, maka kalimah (مَعَ) “bersama” pada ayat-ayat yang serupa dengan ayat-ayat tersebut ialah bermaksud: “Yang bersama makhluk ialah Ilmu Allah” (kerana Ilmu Allah ‘azza wa jalla berada di setiap tempat atau ada di mana-mana sebagaimana yang telah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya dan akan terus dijelaskan di dalam tulisan ini). [Dikeluarkan oleh Abdullah bin Ahmad rahimahullah dalam As-Sunnah hlm. 72. Dan Imam Al-Lalakaie dalam Syarah Usul Iktiqad Ahli Sunnah Wal Jama’ah (3/401). Dan Al-Baihaqi dalam Al-Asma Was Sifat hlm. 541]

Al-Imam Abu Abdillah Muhammad bin Ismail Al-Bukhari, ulama hadis yang dikenali dengan sebutan Imam Al-Bukhari rahimahullah (194-257H), telah tercatit di dalam riwayat beliau, bab firman Allah ta’ala:

بَابُ قَوْلُهُ تَعَالَى : وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ. قَالَ أَبُوْ الْعَالِيَةِ : إِسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ : إِرْتَفَعَ

“Bab Firman Allah Ta’ala : ‘Arasy Allah adalah di atas air. Berkata Abul ‘Aliyah: Istiwa menuju langit; Tinggi di atas langit”. [Lihat : Ar-Raddu ‘alal Jahmiyah, Kitab At-Tauhid dan juga lihat: Al-Jami’ As-Sahih]

Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah (97-161H), beliau telah menafsirkan ayat tersebut, iaitu ayat di surah Al-Hadid 57:4 bahawa yang bersama makhluk-Nya adalah Ilmu Allah, iaitu berdasarkan beberapa hadis sahih dan antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari bahawa:

بِأَنَّ ذَلِكَ عِلْمُهُ، كَمَا رُوِيَ ذَلِكَ عَنْهُ الْبُخَارِي

“Sesungguhnya (apa yang dimaksudkan oleh) ayat tersebut ialah (yang bersama kita) Ilmu-Nya sebagaimana yang telah diriwayatkan (tentang ayat tersebut) daripada Al-Bukhari”. [HR. Al-Bukhari في خلق افعال العباد. Lihat: Asy-Syari’ah hlm. 298. Dan Al-Ajiri, (الابانة الكبرى (1/194.]

قَالَ أَحْمَدُ بْنُ نَصَر – وَسُئِلَ عَنْ عِلْمِ الله؟ فَقَالَ : عِلْمُ اللهِ مَعَنَا، وَهُوَ عَلَى عَرْشِهِ

“Berkata Ahmad bin Nasr, beliau telah ditanya tentang Ilmu Allah, maka dikatakan: Ilmu Allah bersama kita dan Dia di ‘Arasy-Nya”. [Lihat: Mukhtasar Al-‘Ulu hlm. 186. Oleh Az-Zahabi]

Dan ditafsirkan oleh Az-Zahabi rahimahullah:

وَقَالَ الذَهَبِيُّ رحمه الله : رُوِيَ غَيْرُ وَاحِدِِ عَنْ مَعْدَانِِ قَالَ : سَاَلْتُ سُفْيَانَ الثَّوْرِ عَنْ قَوْلِهِ تَعَالَى : (وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَمَا كُنْتُمْ) قَالَ : بِعِلْمِهِ

“Berkata Az-Zahabi rahimahullah (Imam Syamsuddin Az-Zahabi seorang ulama bermazhab Asy-Syafie): Telah diriwayatkan bukan sahaja hanya dari seorang, dari Ma’dan berkata: Aku telah bertanya kepada Sufyan Ats-Tsauri tentang firman Allah (Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada) beliau berkata: Yang bersama ialah Ilmu-Nya”. [Lihat : علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm. 81. Oleh Reza bin Nu’san Mu’ti]

Video Penuh & Teks Kitab : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-rasul-dahri-di-mana-allah-siri-7/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>