Ustaz Rasul Dahri – Syarhus Sunnah ( siri 14 )

USTAZ RASUL BIN DAHRI
Kitab Syarhus Sunnah (1 Jam Memahami Aqidah Islam) tulisan Al-Imam Al-Barbahari – Siri 14 – No. 109-112

TARIKH : Isnin (7 Jamadil Akhir 1435H)
MASA : Selepas Maghrib
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

109. Ketahuilah, semoga Allah merahmatimu, bahawa akar bid’ah ada empat, lalu bercabang menjadi (tujuh puluh) dua firqah, kemudian masing-masing firqah menebar pemikiran bid’ah sehingga (berkembang) (sampai) menjadi dua riba lapan ratus (kebid’ahan), seluruhnya sesat dan semuanya masuk neraka, kecuali satu, iaitu Al-Jama’ah.

Ia satu-satunya kelompok yang beriman terhadap isi Al-Kitab, lalu meyakini tanpa ada unsur keraguan dan kebimbangan dalam hatinya, sehingga termasuk pengikut Sunnah dan berhak mendapat keselamatan, insyaAllah.

110. Ketahuilah, semoga Allah merahmatimu, sesungguhnya seandainya orang ramai menahan diri dari segala kebid’ahan dan tidak melampaui sunnah dengan sesuatu apa pun (dan tidak) melahirkan suatu pemikiran yang tidak didukung dengan atsar dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya, tentu tidak akan ada bid’ah.

111. Ketahuilah, semoga Allah merahmatimu, sesungguhnya tidak ada penghalang di antara seorang hamba yang beriman sehingga dia menjadi kafir kecuali dia mengingkari sebahagian ajaran Allah atau menambah atau mengurangi atau mengingkari sebahagian ayat Allah atau sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Bertakwalah, semoga Allah merahmatimu, jagalah dirimu dan waspadalah dari sikap ghuluw (berlebihan) dalam agama, sebab kebenaran tidak diperoleh sedikit pun darinya.

112. Seluruh yang saya tuturkan dalam buku ini berasal dari Allah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat, dan tabi’in serta generasi abad ketiga hingga abad keempat.

Bertakwalah dan berusahalah, wahai hamba Allah, untuk selalu membenarkan, bersikap tunduk patuh, berserah diri, dan menyerahkan perkara ghaib kepada Allah (serta rela) menerima segala isi buku ini. Dan jangan sekali-kali menyembunyikan isi buku ini dari siapa pun dari kaum Muslimin. Mudah-mudahan dengan perantara buku ini, Allah menyedarkan (orang yang sedang bingung) dari kebingungannya, dan mengembalikan ahli bid’ah atau orang sesat kepada sunnah agar selamat.

Bertakwalah kepada Allah dan berpegang teguhlah dengan ajaran yang murni yang telah saya paparkan dalam buku ini. Semoga Allah merahmati seorang hamba dan kedua orang tuanya yang telah membaca buku ini, menyebarkan, mengamalkan, mendakwahkan, dan menjadikan hujjah untuk menegakkan kebenaran. Sebab, demikian itu adalah agama Allah dan agama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Sesiapa menghalalkan sesuatu hingga menyelisihi isi buku ini, bukan termasuk bahagian dari agama Allah dan ajaran sedikit pun, bahkan dari agama Allah dan ajaran agama. Apabila seseorang telah beriman terhadap semua kalamullah, namun ragu terhadap satu huruf sahaja daripada Al-Kitab, bererti dia telah menolak seluruh kalamullah dan boleh dianggap kafir.

Video Penuh & Teks Kitab : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-rasul-dahri-syarhus-sunnah-siri-14/

SEGMEN PILIHAN

– Poligami Bukan Nak Kumpul Isteri, Tapi Nak Kumpul Anak : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-rasul-dahri-poligami-bukan-nak-kumpul-isteri-tapi-nak-kumpul-anak/

– Nak Belajar, Tapi Tiada Siapa Menjaga Kedua Orang Tua : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-rasul-dahri-nak-belajar-tapi-tiada-siapa-menjaga-kedua-orang-tua/

– Mendoakan Ibu Susuan : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-rasul-dahri-mendoakan-ibu-susuan/

– Sudah Bercerai Tetapi Mengajar Anak Untuk Membenci Ibu atau Bapanya : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-rasul-dahri-sudah-bercerai-tetapi-mengajar-anak-untuk-membenci-ibu-atau-bapanya/

– Cinta Allah & Rasul Melebihi Segala-galanya : http://www.ilmusalaf.com/2014/04/ustaz-rasul-dahri-cinta-allah-rasul-melebihi-segala-galanya/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>