Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya – Al-Adab Al-Mufrad ( siri 6 )

USTAZ AHMAD FAZRIN BIN YAHAYA AL-HAFIZ
Kitab Al-Adab Al-Mufrad tulisan Imam Al-Bukhari rahimahullah – Siri 6 – Bab 9 (Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa Bukan dalam Kemaksiatan) – Hadis No. 18-20

TARIKH : Rabu (21 Rejab 1435H / 21 Mei 2014)
MASA : Selepas Isyak
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

BAB 9
Bakti Kepada Kedua Ibu Bapa Bukan Dalam Kemaksiatan

18. Muhammad bin ‘Abdil ‘Aziz menceritakan kepada kami, dia berkata, ‘Abdul Malik bin Al-Khattab bin ‘Ubaidullah bin Abi Bakrah Al-Basri menceritakan kepada kami -aku bertemu dengannya di Ramalah-, dia berkata: Rasyid Abu Muhammad menceritakan kepadaku, dari Syahr bin Hausyab, dari Ummud Darda':

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءَ قَالَ : أَوْصَانِي رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم بِتِسْعِِ : لَا تُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئََا، وَإِنْ قَطِّعْتَ أَوْ حُرِّقْتَ، وَلَا تَتْرُكُنَّ الصَّلَاةَ الْمَكْتُوْبَةَ مُتَعَمِّدََا، وَمَنْ تَرَكَهَامُتَعَمِّدََا بَرِئَتْ مِنْهُ الذِّمَّةُ، وَلَا تَشْرَبَنَّ الْخَمْرَ، فَإِنَّهَا مِفْتَاحُ كُلِّ شَرِِّ، وَأَطِعْ وَالِدَيْكَ، وَإِنْ أَمَرَاكَ أَنْ تَخْرُجَ مِنْ دُنْيَاكَ فَاخْرُجْ لَهُمَا، وَلَا تُنَازِعَنَّ وُلَاةَ الْأَمْرِ، وَإِنْ رَأَيْتَ أَنَّكَ أَنْتَ، وَلَا تَفْرِرْ مِنَ الزَّحْفِ، وَإِنْ هَلَكَتْ وَفَرَّ أَصْحَابُكَ، وَأَنْفِقْ مِنْ طُوْلِكَ عَلَى أَهْلِكَ، وَلَا تَرْفَعْ عَصَاكَ عَنْ أَهْلِكَ، وَأَخِفْهُمْ فِي اللهِ عزّ وجلّ.

Daripada Abud Darda’, dia berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi wasiat kepadaku dengan sembilan perkara, iaitu ‘Jangan mempersekutukan Allah meskipun engkau akan dipenggal (lehernya) atau dibakar. Jangan meninggalkan solat dengan sengaja, siapa yang melakukannya dengan sengaja maka jaminan Allah akan lepas darinya. Jangan minum minuman keras, kerana itu adalah kunci segala keburukan, dan taatilah kedua orang tuamu sekalipun mereka menyuruhmu untuk menyerahkan seluruh hartamu maka serahkanlah hartamu kepada keduanya. Jangan melawan pemimpin walaupun engkau tahu bahawa engkaulah yang benar. Jangan lari dari pertempuran meskipun engkau binasa dan teman-temanmu lari, dan berikanlah nafkah dari hartamu kepada keluargamu. Jangan lalai dari mengawasi keluargamu (dalam mendidik mereka) dan ajarkanlah kepada mereka takut kepada Allah.'”

[Hasan. Al-Irwa’ (3026). Ibnu Majah (36) kitab Al-Fitan (23) bab As-Sabru ‘alal Bala’ (hadis 4034)]

19. Muhammad bin Katsir menceritakan kepada kami, dia berkata: Sufyan menceritakan kepada kami dari ‘Atha’ bin As-Sa’ib, daripada ayahnya:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِِو قَالَ : جَاءَ رَجُلُُ إِلَى النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم فَقَالَ : جِئْتُ أُبَايِعُكَ عَلَى الْهِجْرَةِ وَتَرَكْتُ أَبَوَيَّ يَبْكِيَانِ، قَالَ : اِرْجِعْ إِلَيْهِمَا فَأَضْحِكْهُمَا كَمَا أَبْكَيْتَهُمَا.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr, dia berkata, “Seorang lelaki menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seraya berkata, ‘Aku datang kepadamu untuk berhijrah dan aku tinggalkan kedua orang tuaku dalam keadaan menangis.’ Baginda lalu bersabda, ‘Kembalilah kepada keduanya dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau telah membuat keduanya menangis.'”

[Sahih At-Ta’liqur Raghib (3/213)]

20. ‘Ali bin Al-Ja’d menceritakan kepada kami, dia berkata: Syu’bah mengkhabarkan kepada kami dari Habib bin Abi Tsabit, dia berkata, Aku mendengar Abul ‘Abbas Al-A’ma:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِِو قَالَ : جَاءَ رَجُلُُ إِلَى النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم يُرِيْدُ الْجِهَادَ، فَقَالَ أَحَيُُّ وَالِدَاكَ؟ فَقَالَ : نَعَمْ، فَقَالَ : فَفِيْهِمَا فَجَاهِدْ.

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, dia berkata, “Seorang lelaki mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk berjihad. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu bertanya, ‘Apakah kedua orang tuamu masih hidup?’ Orang itu menjawab, ‘Ya.’ Baginda lalu bersabda, ‘Berjihadlah kepada kedua orang tuamu.'”

[Sahih. Al-Irwa’ (1199). Al-Bukhari (52) kitab Al-Jihad (138) bab Al-Jihad bi Idznil Walidain, Muslim (45) kitab Al-Birr Was Silah Wal Adab (hadis 5-6)]

Video Penuh & Teks Hadis : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-al-adab-al-mufrad-siri-6/

SEGMEN PILIHAN

– Jangan Mensyirikkan Allah Walau Diancam dengan Seksaan & Ugutan Bunuh : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-jangan-mensyirikkan-allah-walau-diancam-dengan-seksaan-ugutan-bunuh/

– Perkara Pertama yang akan Dihisab adalah Solat : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-perkara-pertama-yang-akan-dihisab-adalah-solat/

– Jangan Berselisih dengan Pemimpin Walaupun Kamu di Pihak yang Benar : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-jangan-berselisih-dengan-pemimpin-walaupun-kamu-di-pihak-yang-benar/

– Syariat Membenarkan Pukul Anak & Isteri untuk Mendidik : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-syariat-membenarkan-pukul-anak-isteri-untuk-mendidik/

– Kursus “Parenting” Cukup dalam Al-Quran & As-Sunnah : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-kursus-parenting-cukup-dalam-al-quran-as-sunnah/

– Gesaan Taat Kepada Ibu Bapa Walaupun Mereka Menyusahkan Kita : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-gesaan-taat-kepada-ibu-bapa-walaupun-mereka-menyusahkan-kita/

– Berbakti kepada Ibu Bapa Lebih Utama daripada Jihad : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-berbakti-kepada-ibu-bapa-lebih-utama-daripada-jihad/

– Bai’ah dalam Persatuan-persatuan Islam : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-baiah-dalam-persatuan-persatuan-islam/

– Pergi Berjihad di Syria Secara Sembunyi Tanpa Izin Pemerintah : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-pergi-berjihad-di-syria-secara-sembunyi-tanpa-izin-pemerintah/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>