Ustaz Idris Sulaiman – Umdatul Ahkam ( siri 49 )

USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 49 – Bab Serba-serbi (Hukum Menutup Salah Satu Bahu atau Keduanya dalam Solat & Tegahan Buat Orang yang Makan Bawang untuk Mendatangi Masjid) – Hadis No. 122-124

TARIKH : Selasa (27 Rejab 1435H / 27 Mei 2014)
MASA : Selepas Isyak
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

١٢٢ – عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسوُلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم : لَا يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِيْ الثَّوْبِ الْوَاحِدِ لَيْسَ عَلَى عَاتِقِهِ مِنْهُ شَيْءُُ.

122. Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah salah seorang di antara kalian mengerjakan solat dalam satu pakaian sementara tidak ada sedikit pun bahagian daripada pakaian tersebut di atas bahunya.'”

[HR. Muslim dalam As-Solat (516)]

١٢٣ – عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رضي الله عنهما عَنِ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم قَالَ : مَنْ أَكَلَ ثُوْمََا أَوْ بَصَلََا فَلْيَعْتَزِلْنَا -أَوْ لِيَعْتَزِلْ مَسْجِدَنَا- وَلْيَقْعُدْ فِيْ بَيْتِهِ، وَأُتِيَ بِقِدْرِِ فِيْهِ خَضِرَاتُُ مِنْ بُقُوْلِِ فَوَجَدَ لَهَا رِيْهََا فَسَأَلَ عَنْهَا؟ فَأُخْبِرَ بِمَا فِيْهَا مِنَ الْبُقُوْلِ فَقَالَ : قَرِّبُوْهَا -إِلَى بَعْضِ أَصْحَابِهِ كَانَ مَعَهُ- فَلَمَّا رَآهُ كَرِهَ أَكْلَهَا، قَالَ : كُلْ، فَإِنِّيْ أُنَاجِيْ مَنْ لَا تُنَاجِيْ.

123. Jabir bin Abdullah radhiyallahu ‘anhuma meriwayatkan daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa baginda bersabda, “Barangsiapa yang makan bawang merah atau bawang putih, hendaknya dia menjauhi kami -atau menjauhi masjid kami- hendaknya dia duduk di rumahnya.

Baginda pernah dihidang periuk berisi sayur-sayuran daripada kubis. Baginda mencium baunya. Baginda lantas menanyakan hal itu. Baginda diberi tahu bahawa di dalam sayuran tersebut terdapat kubis.

Baginda bersabda, “Hidangkan ia”, yakni kepada beberapa orang sahabat yang turut serta dengan baginda. Ketika mereka melihat baginda enggan memakannya, Nabi bersabda, “Makanlah kerana aku bermunajat dengan apa yang kalian tidak bermunajat dengannya.”

[HR. Bukhari dalam Al-Azan (855)]

١٢٤ – عَنْ جَابِرِ، عَنِ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم قَالَ : مَنْ أَكَلَ الْبَصَلَ أَوْ الثُّوْمَ أَوِ الْكُرَّاثَ فَلَا يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَتَأَذَّى مِمَّا يَتَأَذَّى مِنْهُ بَنُوْ آدَمَ.

124. Jabir meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa makan bawang putih, bawang merah atau bawang bakung, maka janganlah dia mendekati masjid kami. Sesungguhnya para Malaikat terganggu dengan apa yang mengganggu anak Adam (manusia).”

[HR. Muslim dalam Al-Masaajid (564)]

Video Penuh & Teks Hadis : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-49/

SEGMEN PILIHAN

– Tuntutan Solat dengan Menutup Salah Satu Bahu atau Keduanya : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-idris-sulaiman-tuntutan-solat-dengan-menutup-salah-satu-bahu-atau-keduanya/

– Aurat Lelaki & Wanita Ketika Solat : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-idris-sulaiman-aurat-lelaki-wanita-ketika-solat/

– Adakah Paha Lelaki Termasuk Aurat? : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-idris-sulaiman-adakah-paha-lelaki-termasuk-aurat/

– Adakah Cukup Seorang Wanita Memakai Stoking untuk Menutup Kakinya? : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-idris-sulaiman-adakah-cukup-seorang-wanita-memakai-stoking-untuk-menutup-kakinya/

– Makruh Lelaki Tidak Memakai Penutup Kepala Ketika Solat : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-idris-sulaiman-makruh-lelaki-tidak-memakai-penutup-kepala-ketika-solat/

– Tegahan Buat Orang yang Makan Bawang & Merokok untuk Mendatangi Masjid : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-idris-sulaiman-tegahan-buat-orang-yang-makan-bawang-merokok-untuk-mendatangi-masjid/

– Kelebihan Solat Sunat Wuduk & Bila Hendak Melakukannya? : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-idris-sulaiman-kelebihan-solat-sunat-wuduk-bila-hendak-melakukannya/

– Pakaian Ihram Lelaki Dibuka Satu Bahu Ketika Tawaf Sahaja : http://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-idris-sulaiman-pakaian-ihram-lelaki-dibuka-satu-bahu-ketika-tawaf-sahaja/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>