Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya – Al-Adab Al-Mufrad ( siri 7 )

USTAZ AHMAD FAZRIN BIN YAHAYA AL-HAFIZ
Kitab Al-Adab Al-Mufrad tulisan Imam Al-Bukhari rahimahullah – Siri 7 – Bab 10 (Seseorang yang Mendapati Orang Tuanya di Usia Tua, Tetapi Dia Tidak Masuk ke Syurga), Bab 12 (Tidak Boleh Memohonkan Ampunan bagi Orang Tua yang Musyrik) & Bab 13 (Berbakti kepada Kedua Orang Tua yang Musyrik – Hadis No. 21, 23 & 24

TARIKH : Rabu (6 Sya’ban 1435H / 4 Jun 2014)
MASA : 9.00 Malam
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

Bab 10
SESEORANG YANG MENDAPATI ORANG TUANYA DI USIA TUA, TETAPI DIA TIDAK MASUK KE SYURGA

21. Khalid bin Makhlad menceritakan kepada kami, dia berkata: Sulaiman bin Bilal menceritakan kepada kami, dia berkata: Suhail menceritakan kepada kami daripada ayahnya:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم قَالَ : رَغِمَ أَنْفُهُ، رَغِمَ أَنْفُهُ، رَغِمَ أَنْفُهُ، قَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ؟ قَالَ : مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَوْ أَحَدُهُمَا، فَدَخَلَ النَّارَ.

Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Sungguh terhina, sungguh terhina, sungguh terhina,’ Para sahabat lalu bertanya, ‘Siapa wahai Rasulullah?’ Baginda lalu bersabda, ‘Sesiapa sahaja yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satu dari keduanya masih hidup di usia tua, tetapi dia masuk neraka.'”

[Sahih. At-Ta’liqur Raghib (3/215). Muslim (45) kitab Al-Birr was Silah wal Adab (hadis 9-10)]

Bab 12
TIDAK BOLEH MEMOHONKAN KEAMPUNAN BAGI ORANG TUA YANG MUSYRIK

23. Ishaq menceritakan kepada kami, dia berkata, ‘Ali bin Husain mengkhabarkan kepada kami, dia berkata: Ayahku menceritakan kepadaku daripada Yazid An-Nahwi, dari ‘Ikrimah:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسِِ، فِيْ قَوْلِهِ عَزَّ وَجَلّ : (إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬) إِلَى قَوْلِهِ : (كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا)، فَنَسُسِخَتْهَا الْآيَةَ فِي بَرَاءَةِِ : (مَا كَانَ لِلنَّبِىِّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن يَسۡتَغۡفِرُواْ لِلۡمُشۡرِڪِينَ وَلَوۡ ڪَانُوٓاْ أُوْلِى قُرۡبَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّہُمۡ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَحِيمِ)

Dari ‘Ibnu ‘Abbas, mengenai tafsir firman Allah ‘azza wa jalla (ayat 23 Surah Al-Israk), “Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil,’ mansukh (dihapus) (dengan ayat 113) dari Surah At-Taubah, ‘Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka.'”

[Hasanul Isnad]

Bab 13
BERBAKTI KEPADA KEDUA ORANG TUA YANG MUSYRIK

24. Muhammad bin Yusuf menceritakan kepada kami, dia berkata: Isra’il menceritakan kepada kami, dia berkata: Simak menceritakan kepada kami:

عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدِِ، عَنْ أَبِيْهِ؛ سَعْدِ بْنِ أَبِيْ وَقَّاصِِ، قَالَ : نَزَلَتْ فِيَّ أَرْبَعُ آيَاتِِ مِنْ كِتَابِ اللهِ تَعَالَى: كَانَتْ أُمِّي حَلَفَتْ أَنْ لَا تَأْكُلَ وَلَا تَشْرَبَ حَتَّى أُفَارِقَ مُحَمَّدََا صلّى الله عليه وسلّم، فَأَنْزَلَ اللهُ عزّ وجلّ : (وَإِن جَـٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِى مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ۬ فَلَا تُطِعۡهُمَا‌ۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِى ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفً۬ا‌). وَالثَّانِيَةُ: أَنِّي كُنْتُ أَخَذْتُ سَيْفََا أَعْجَبَنِي، فَقُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، هَبْ لِي هَذَا، فَنَزَلَتْ : (يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡأَنفَالِ‌). وَالثَّالِثَةُ: أَنِّي مَرِضْتُ فَأَتَانِي رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم، فَقُلْتُ : يَا رَسُوْلُ اللهِ، إِنِّي أُرِيْدُ أَنْ أَقْسِمَ مَالِي، أَفَأُوْصِي بِالنِّصْفِ؟ فَقَالَ : لَا، فَقُلْتُ : الثُّلُثُ؟ فَسَكَتَ، فَكَانَ الثُّلُثُ بَعْدَهُ جَائِزََا. وَالرَّابِعَةُ : إِنِّي شَرِبْتُ الْخَمْرَ مَعَ قَوْمِِ مِنَ الْأَنْصَارِ، فَضَرَبَ رَجُلُُ مِنْهُمْ أَنْفِي بِلَحْيَيْ جَمَلِِ، فَأَتَيْتُ النَّبِيَّ صلّى الله عليه وسلّم فَأَنْزَلَ عَزَّ وَجَلّ تَحْرِيْمَ الْخَمْرَ.

Dari Mus’ab bin Sa’d, dari ayahnya, Sa’d bin Abi Waqqas, dia berkata, “Ada empat ayat dari Al-Quran yang aku menjadi penyebab turunnya. (Pertama) ibuku bersumpah untuk tidak makan dan minum sehingga aku menjauhi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian Allah ‘azza wa jalla menurunkan (ayat 15 dari surah Luqman), ‘Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.’ (Kedua) aku pernah mengambil pedang yang aku sukai, lalu aku berkata kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Wahai Rasulullah, berikanlah kepadaku pedang ini.’ Maka turunlah (ayat 1 dari surah Al-Anfal), ‘Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang.’ (Ketiga) aku pernah sakit, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjengukku. Lalu aku berkata, ‘Wahai Rasulullah, aku ingin membahagi hartaku, apakah aku (boleh) berwasiat (untuk memberikan) separuhnya?’ Baginda menjawab, ‘Tidak.’ Lalu aku berkata lagi, ‘Sepertiganya?’ Baginda diam, lalu sepertiga dibolehkan setelah itu. (Keempat) aku pernah minum minuman keras bersama sekelompok dari orang Ansar. Lalu, salah seorang dari mereka memukulkan rahang unta pada hidungku. Lalu, aku menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Setelah itu Allah ‘azza wa jalla menurunkan ayat tentang haramnya minuman keras (khamr).”

[Sahih. Al-Misykah (3072). Muslim (44) kitab Fadla’ilus Sahabah (hadis 43-44)]

Video Penuh & Teks Hadis : http://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-al-adab-al-mufrad-siri-7/

SEGMEN PILIHAN

– Orang yang Tidak Berselawat Apabila Nama Nabi Disebut : http://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-orang-yang-tidak-berselawat-apabila-nama-nabi-disebut/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>