Ustaz Idris Sulaiman – Umdatul Ahkam ( siri 53 )

USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 53 – Bab Zikir Selepas Solat – Hadis No. 134-136

TARIKH : Selasa (26 Sya’ban 1435H / 24 Jun 2014)
MASA : 9.00 Malam

١٣٤ – عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسِِ رضي الله عنهما أَنّ رَفْعَ الصَّوْتَ بِالذِّكْرِ -حِيْنَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوْبَةِ- كَانَ عَلَى عَهْدِ رَسُوْلِ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم.

قَالَ ابْنُ عَبَّاسِِ : كُنْتُ أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوْا بِذَلِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ.

وَفِيْ لَفْظِِ : مَا كُنَّا نَعْرِفُ انْقِضَاءَ صَلَاةِ رَسُوْلِ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم إِلَّا بِالتَّكْبِيْرِ.

134. Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma menuturkan bahawa berzikir dengan mengeraskan suara ketika orang-orang telah selesai mengerjakan solat wajib biasa dilakukan pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Ibnu ‘Abbas mengatakan, “Aku mengetahui bahawa orang-orang telah selesai mengerjakan solat, dengan mendengar zikir mereka.”

Dalam suatu lafaz dikatakan, “Tidaklah kami mengetahui bahawa solat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah selesai kecuali dengan suara takbir.”

[HR. Bukhari dalam Al-Azan (841), Muslim dalam Al-Masaajid (583)]

١٣٥ – عَنْ وَرَّادِِ مَوْلَى الْمُغِيْرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ : أَمْلَى عَلَيَّ الْمُغِيْرَةُ بْنُ شُعْبَةَ فِيْ كِتَابِِ إِلَى مُعَاويَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صلّى الله عليه وسلّم كَانَ يَقُوْلُ فِيْ دُبُرِ كُلِّ صَلَاةِ مَكْتُوْبَةِِ : لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءِِ قَدِيْرُُ، اللهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.

ثُمَّ وَفَدْتُ بَعْدَ ذَلِكَ عَلَى مُعَاوِيَةَ، فَسَمِعْتُهُ يَأْمُرُ النَّاسَ بِذَلِكَ.

وَفِيْ لَفْظِِ : كَانَ يَنْهَى عَنْ قِيْلَ وَقَالَ، وَإِضَاعَةِ الْمَالِ وَكَثْرَةِ السُّؤَالِ وَكَانَ يَنْهَى عَنْ عُقُوْقِ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدِ الْبَنَاتِ وَمَنْعِِ وَهَاتِِ.

135. Warrad hamba yang dibebaskan oleh Al-Mughirah bin Syu’bah menuturkan bahawa Al-Mughirah bin Syu’bah membacakan kepadanya sebuah surat untuk Muawiyah (yang isinya bahawa) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa setelah solat fardu dengan mengucapkan, “Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu… (Tidak ada sembahan kecuali Allah. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan pujian. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tidak ada seorang pun yang mampu menahan sesuatu yang Engkau berikan dan tidak ada orang yang mampu memberi sesuatu yang Engkau tahan. Tiada berguna kekayaan dan kedudukan orang yang memilikinya di sisi-Mu).”

Warrad berkata, “Aku lalu diutus untuk menemui Muawiyah. Dan aku mendengar beliau memerintahkan orang-orang untuk mengucapkan doa tersebut.”

Dalam lafaz yang lain dikatakan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk menyebarkan gosip, membazirkan harta dan banyak bertanya. Baginda juga melarang sikap derhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup serta sikap kedekut untuk berinfak.

[HR. Bukhari dalam Al-I’tisom (844)]

١٣٦ – عَنْ سُمَيِّ -مَوْلَى أَبِيْ بَكْرِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْحَارِثِ بْنِ هِشَامِ- عَنْ أَبِيْ صَالِحِِ السَّمَّانِ عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ فُقَرَاءَ الْمُهَاجِرِيْنَ أَتَوْا رَسُوْلَ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم فَقَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللهِ، ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُوْرِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلَى وَالنَّعِيْمِ الْمُقِيْمِ، فَقَالَ : وَمَا ذَاك؟ قَالُوْا يُصَلُّوْنَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُوْمُوْنَ كَمَا تَصُوْمُ وَيَتَصَدَّقُوْنَ وَلَا نَتَصَدَّقُ وَيُعْتِقُوْنَ وَلَا نُعْطِقُ. فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم : أَفَلَا أُعَلِّمُكُمْ شَيْئََا تُدْرِكُوْنَ بِهِ مَنْ سَبَقَكُمْ وَتَسْبِقُوْنَ بِهِ مَنْ بَعْدَكُمْ، وَلَا يَكُوْنُ أَحَدُُ أَفْضَلَ مِنْكُمْ إِلَّا مَنْ صَنَعَ مِثْلَ مَا صَنَعْتُمْ، قَالُوْا : بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ، قَالَ : تُسَبِّحُوْنَ وَتُكَبِّرُوْنَ وَتَحْمَدُوْنَ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةِِ ثَلَاثََا وَثَلَاثِيْنَ مَرَّةََ.

قَالَ أَبُوْ صَالِحِِ : فَرَجَعَ فُقَرَاءُ الْمُهَاجِرِيْنَ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم

فَقَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللهِ، سَمِعَ إِخْوَانُنَا أَهْلُ الْأَمْوَالِ بِمَا فَعَلْنَا فَفَعَلُوْا مِثْلَهُ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم : ذَلِكَ فَضْلُ اللهِ يُؤْتِيْهِ مَنْ يَشَاءُ،

قَالَ سُمَيُُّ : فَحَدَّثْتُ بَعْضَ أَهْلِيْ بِهَذَا الْحَدِيْثِ فَقَالَ : وَهِمْتَ إِنَّمَا قَالَ : تُسَبِّحُ اللهَ ثَلَاثََ وَثَلَاثِيْنَ، وَتَحْمَدُ اللهَ ثَلَاثََا وَثَلَاثِيْنَ، وَتُكَبِّرُ اللهَ ثَلَاثََا وَثَلَاثِيَْ

فَرَجَعْتُ إِلَى أَبِيْ صَالِحِِ فَذَكَرْتُ لَهُ ذَلِكَ فَأَخَذَ بِيَدَيَّ فَقَالَ : قُلْ اللهُ أَكْبَرُ وَسُبْحَانَ الله وَالْحَمْدُ للهِ اللهُ أَكْبَرُ وَسُبْحَانَ الله وَالْحَمْدُ للهِ حَتَّى تَبْلُغَ مِنْ جَمِيْعِهِنَّ ثَلَاثََا وَثَلَاثِيْنَ.

136. Sumayyin hamba yang dibebaskan oleh Abu Bakar bin Abdirrahman bin Al-Haris bin Hisyam meriwayatkan daripada Abu Soleh As-Saman, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Dia menuturkan bahawa orang-orang fakir miskin dari kalangan Muhajirin mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mengatakan, “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah pergi dengan darjat yang tinggi dan nikmat yang kekal.”

Nabi bertanya, “Kenapa begitu?”

Mereka menjawab, “Orang-orang kaya telah mengerjakan solat sepertimana kami solat. Mereka juga berpuasa sepertimana kami puasa. Akan tetapi mereka bersedekah sedangkan kami tidak bersedekah. Mereka juga membebaskan hamba, sedangkan kami tidak membebaskan hamba.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, “Mahukah kalian aku ajarkan sesuatu sehingga kalian bisa mengejar orang yang telah mendahuluimu dan mendahului orang-orang sesudah kalian. Tidak ada seorang pun yang lebih utama daripada kalian kecuali orang yang beramal seperti amal perbuatan kalian.”

Para Sahabat menjawab, “Tentu, wahai Rasulullah.”

Nabi bersabda, “Ucapkanlah tasbih, takbir, tahmid setelah salam sebanyak 33 kali.”

Abu Soleh menuturkan bahawa orang-orang dakir daripada kalangan Muhajirin tersebut lantas kembali menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mengatakan, “Wahai Rasulullah, rakan-rakan kami yang kaya telah mendengar apa yang kami lakukan. Oleh kerana itu, mereka juga beramal sepertimana kami beramal.”

Rasulullah menjawab, “Itulah kelebihan dari Allah yang Dia berikan kepada sesiapa pun yang dikehendaki-Nya.”

Sumayyin menuturkan bahawa dia menceritakan hadis ini kepada sebahagian keluarganya, akan tetapi dia mengatakan, “Engkau telah tersilap. Sesungguhnya Rasulullah bersabda, ‘Engkau bertasbih kepada Allah sebanyak 33 kali, bertahmid kepada Allah sebanyak 33 kali dan bertakbir kepada Allah sebanyak 33 kali.'”

(Sumay menuturkan bahawa) dirinya kembali menemui Abu Soleh, lalu dia menceritakan hal tersebut. Dan Abu Soleh lalu berkata, “Ucapkanlah Allahu Akbar, Subhanallah dan Alhamdulillah hingga masing-masing mencapai sejumlah 33 kali.”

[HR. Muslim dalam Al-Masaajid (936)]

Video Penuh & Teks Hadis : http://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-53/

SEGMEN PILIHAN

– Azan Secara Berduet : http://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-azan-secara-berduet/

– Suami Pukul Isteri Pakai Jubah Ketat : http://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-suami-pukul-isteri-pakai-jubah-ketat/

– Doa Dibaca Selepas Tasyahhud, Zikir Pula Dibaca Selepas Salam : http://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-doa-dibaca-selepas-tasyahhud-zikir-pula-dibaca-selepas-salam/

– Prinsip Berzikir : Dibaca Secara Perlahan : http://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-prinsip-berzikir-dibaca-secara-perlahan/

– Senarai Zikir-zikir yang Dianjurkan Selepas Solat : http://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-senarai-zikir-zikir-yang-dianjurkan-selepas-solat/

– Anjuran Berzikir Menggunakan Jari-jemari : http://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-anjuran-berzikir-menggunakan-jari-jemari/

– Zikir Selepas Solat Tidak Dilakukan Secara Berjemaah : http://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-zikir-selepas-solat-tidak-dilakukan-secara-berjemaah/

– Zikir Selang 2 Rakaat Solat Tarawih & Zikir Setelah Selesai Solat Tarawih : http://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-idris-sulaiman-zikir-selang-2-rakaat-solat-tarawih-zikir-setelah-selesai-solat-tarawih/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>