Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya – Al-Adab Al-Mufrad ( siri 10 )

USTAZ AHMAD FAZRIN BIN YAHAYA AL-HAFIZ
Kitab Al-Adab Al-Mufrad tulisan Imam Al-Bukhari rahimahullah – Siri 9 – Bab 19 (Berbakti kepada Kedua Ibu Bapa Setelah Mereka Meninggal Dunia) – Hadis No. 36-39

TARIKH : Rabu (22 Zulkaedah 1435H / 17 September 2014)
MASA : 9.00 Malam

36. Ahmad bin Yunus menceritakan kepada kami, dia berkata: Abu Bakar menceritakan kepada kami dari ‘Ashim, dari Abu Soleh:

عَنْ أَبُيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : تُرْفَعُ لِلْمَيِّتِ بَعْدَ مَوْتِهِ دَرَجَتَهُ. فَيَقُوْلُ : أَيْ رَبِّ، أَيُّ شَيْءِِ هَذِهِ؟ فَيُقَالُ : وَلَدُكَ اسْتَغْفَرَ لَكَ.

Daripada Abu Hurairah, dia berkata, “Orang yang sudah meninggal dunia diangkat satu darjat. Dia lalu bertanya, ‘Wahai Rabb-ku, apakah ini?’ Allah menjawab, ‘Anakmu memohonkan keampunan untukmu.'”

[Hasanul Isnad]

37. Musa menceritakan kepada kami, dia berkata: Sallam bin Abi Muthi’ menceritakan kepada kami daripada Ghalib, dia berkata:

قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ سِيرِيْنَ : كُنَّا عِنْدَ أَبِي هُرَيْرَةَ لَيْلَةََ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي هُرَيْرَةَ، وَلِأُمِّي، وَلِمَنْ اسْتَغْفَرَ لَهُمَا. قَالَ لِي مُحَمَّدُُ : فَنَحْنُ نَسْتَغْفِرُ لَهُمَا حَتَّى نَدْخُلَ فِي دَعْوَةِ أَبِي هُرَيْرَةَ.

Muhammad bin Sirin berkata, “Pada suatu malam, kami berada di rumah Abu Hurairah, lalu dia berdoa, ‘Ya Allah, ampunilah Abu Hurairah, ibuku dan sesiapa yang memohon keampunan untuk keduanya.'” Ibnu Sirin berkata, “Maka kami memohonkan keampunan bagi keduanya sehingga kami masuk dalam doa Abu Hurairah.'”

[Sahihul Isnad]

38. Abur Rabi’ menceritakan kepada kami, dia berkata: Ismail bin Ja’far menceritakan kepada kami, dia berkata: Al-A’la mengabarkan kepada kami daripada ayahnya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم قَالَ : إِذَا مَاتَ الْعَبْدُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثِِ: صَدَقَةِِ جَارِيَةِِ، أَوْ عِلْمِِ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدِِ صَالِحِِ يَدْعُو لَهُ.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika seorang hamba meninggal dunia, terputuslah darinya semua amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya.”

[Sahih. Al-Irwa’ (1580). HR. Muslim (25) kitab Al-Wasiyyah (hadis 14)]

39. Yasarah bin Safwan menceritakan kepada kami, dia berkata: Muhammad bin Muslim menceritakan kepada kami dari ‘Amr, dari ‘Ikrimah:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسِِ، أَنَّ رَجُلََا قَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ، إِنِّي أُمِّي تُوُفِّيَتْ وَلَمْ تُوْصِ، أَفَيَنْفَعُهَا أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهَا؟ قَالَ : نَعَمْ.

Daripada Ibnu ‘Abbas, bahawa dia berkata, “Seseorang bertanya (kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam), “Wahai Rasulullah, ibuku telah meninggal dan belum berwasiat, apakah ada manfaat baginya jika aku bersedekah untuknya?’ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, ‘Ya.'”

[Sahih. Sahih Abi Dawud (2566). HR. Al-Bukhari dan selainnya. Syaikh Muhammad bin Fu’ad ‘Abdul Baqi tidak menemukan hadis ini dalam Kutubus Sittah]

Video Penuh & Teks Hadis : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-al-adab-al-mufrad-siri-10/

SEGMEN PILIHAN

– Sedekah Untuk Menutupi Dosa : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-sedekah-untuk-menutupi-dosa/

– TIdak Menanggung Dosa Hasil Dari Orang Lain : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-tidak-menanggung-dosa-hasil-dari-orang-lain/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>