Ustaz Idris Sulaiman – Umdatul Ahkam ( siri 54 )

USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 54 – Bab Zikir Selepas Solat & Bab Khusyik dalam Solat – Hadis No. 136-137

TARIKH : Selasa (7 Zulkaedah 1435H / 2 September 2014)
MASA : 9.00 Malam

١٣٦ – عَنْ سُمَيِّ -مَوْلَى أَبِيْ بَكْرِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْحَارِثِ بْنِ هِشَامِ- عَنْ أَبِيْ صَالِحِِ السَّمَّانِ عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ فُقَرَاءَ الْمُهَاجِرِيْنَ أَتَوْا رَسُوْلَ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم فَقَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللهِ، ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُوْرِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلَى وَالنَّعِيْمِ الْمُقِيْمِ، فَقَالَ : وَمَا ذَاك؟ قَالُوْا يُصَلُّوْنَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُوْمُوْنَ كَمَا تَصُوْمُ وَيَتَصَدَّقُوْنَ وَلَا نَتَصَدَّقُ وَيُعْتِقُوْنَ وَلَا نُعْطِقُ. فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم : أَفَلَا أُعَلِّمُكُمْ شَيْئََا تُدْرِكُوْنَ بِهِ مَنْ سَبَقَكُمْ وَتَسْبِقُوْنَ بِهِ مَنْ بَعْدَكُمْ، وَلَا يَكُوْنُ أَحَدُُ أَفْضَلَ مِنْكُمْ إِلَّا مَنْ صَنَعَ مِثْلَ مَا صَنَعْتُمْ، قَالُوْا : بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ، قَالَ : تُسَبِّحُوْنَ وَتُكَبِّرُوْنَ وَتَحْمَدُوْنَ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةِِ ثَلَاثََا وَثَلَاثِيْنَ مَرَّةََ.

قَالَ أَبُوْ صَالِحِِ : فَرَجَعَ فُقَرَاءُ الْمُهَاجِرِيْنَ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم

فَقَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللهِ، سَمِعَ إِخْوَانُنَا أَهْلُ الْأَمْوَالِ بِمَا فَعَلْنَا فَفَعَلُوْا مِثْلَهُ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم : ذَلِكَ فَضْلُ اللهِ يُؤْتِيْهِ مَنْ يَشَاءُ،

قَالَ سُمَيُُّ : فَحَدَّثْتُ بَعْضَ أَهْلِيْ بِهَذَا الْحَدِيْثِ فَقَالَ : وَهِمْتَ إِنَّمَا قَالَ : تُسَبِّحُ اللهَ ثَلَاثََ وَثَلَاثِيْنَ، وَتَحْمَدُ اللهَ ثَلَاثََا وَثَلَاثِيْنَ، وَتُكَبِّرُ اللهَ ثَلَاثََا وَثَلَاثِيَْ

فَرَجَعْتُ إِلَى أَبِيْ صَالِحِِ فَذَكَرْتُ لَهُ ذَلِكَ فَأَخَذَ بِيَدَيَّ فَقَالَ : قُلْ اللهُ أَكْبَرُ وَسُبْحَانَ الله وَالْحَمْدُ للهِ اللهُ أَكْبَرُ وَسُبْحَانَ الله وَالْحَمْدُ للهِ حَتَّى تَبْلُغَ مِنْ جَمِيْعِهِنَّ ثَلَاثََا وَثَلَاثِيْنَ.

136. Sumayyin hamba yang dibebaskan oleh Abu Bakar bin Abdirrahman bin Al-Haris bin Hisyam meriwayatkan daripada Abu Soleh As-Saman, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Dia menuturkan bahawa orang-orang fakir miskin dari kalangan Muhajirin mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mengatakan, “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah pergi dengan darjat yang tinggi dan nikmat yang kekal.”

Nabi bertanya, “Kenapa begitu?”

Mereka menjawab, “Orang-orang kaya telah mengerjakan solat sepertimana kami solat. Mereka juga berpuasa sepertimana kami puasa. Akan tetapi mereka bersedekah sedangkan kami tidak bersedekah. Mereka juga membebaskan hamba, sedangkan kami tidak membebaskan hamba.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, “Mahukah kalian aku ajarkan sesuatu sehingga kalian bisa mengejar orang yang telah mendahuluimu dan mendahului orang-orang sesudah kalian. Tidak ada seorang pun yang lebih utama daripada kalian kecuali orang yang beramal seperti amal perbuatan kalian.”

Para Sahabat menjawab, “Tentu, wahai Rasulullah.”

Nabi bersabda, “Ucapkanlah tasbih, takbir, tahmid setelah salam sebanyak 33 kali.”

Abu Soleh menuturkan bahawa orang-orang dakir daripada kalangan Muhajirin tersebut lantas kembali menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mengatakan, “Wahai Rasulullah, rakan-rakan kami yang kaya telah mendengar apa yang kami lakukan. Oleh kerana itu, mereka juga beramal sepertimana kami beramal.”

Rasulullah menjawab, “Itulah kelebihan dari Allah yang Dia berikan kepada sesiapa pun yang dikehendaki-Nya.”

Sumayyin menuturkan bahawa dia menceritakan hadis ini kepada sebahagian keluarganya, akan tetapi dia mengatakan, “Engkau telah tersilap. Sesungguhnya Rasulullah bersabda, ‘Engkau bertasbih kepada Allah sebanyak 33 kali, bertahmid kepada Allah sebanyak 33 kali dan bertakbir kepada Allah sebanyak 33 kali.'”

(Sumay menuturkan bahawa) dirinya kembali menemui Abu Soleh, lalu dia menceritakan hal tersebut. Dan Abu Soleh lalu berkata, “Ucapkanlah Allahu Akbar, Subhanallah dan Alhamdulillah hingga masing-masing mencapai sejumlah 33 kali.”

[HR. Muslim dalam Al-Masaajid (936)]

١٣٧ – عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها أَنَّ النَّبِيَّ صلّى الله عليه وسلّم صَلَّى فِيْ خَمِيْصَةِِ، لَهَا أَعْلَامُُ، فَنَظَرَ أَعْلَامِهَا نَظْرَةََ فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ : اذْهَبُوْا بِخَمِيْصَتِيْ هَذِهِ إِلَى أَبِيْ جَهْمِِ وَائْتُوْنِيْ بِأَنْبِجَانِيَّةِ أَبِيْ جَهْمِِ فَإِنَّهَا أَلْهَتْنِيْ آنِفََا عَنْ صَلَاتِيْ.

الْخَمِيْسَةُ : كِسَاءُُ مُرَبَّعُُ لَهُ أَعْلَامُُ. وَالْأَنْبِجَانِيَّهُ : كِسَاءُُ غَلِيْظُُ.

137. Aisyah radhiyallahu ‘anhuma menuturkan bahawa sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan solat dengan memakai pakaian (bercorak). Baginda melihat sejenak corak-corak pada pakaiannya tersebut. Selepas baginda selesai (khamisah), baginda bersabda, “Bawalah pergi pakaian ini kepada Abu Jahm. Dan bawalah pakaian (anbijaniyah) dari Abu Jahm untukku kerana baru sahaja Khamisah yang bercorak ini mengalihkan perhatianku daripada solat.”

Khamisah adalah pakaian yang memiliki corak (dan bergaris-garis). Anbijaniyah adalah pakaian daripada kain yang kasar (dan tidak bercorak).

[HR. Bukhari dalam As-Solat (373)]

Video Penuh & Teks Hadis : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-54/

SEGMEN PILIHAN

– Para Sahabat Berlumba-lumba Melakukan Kebaikan & Hal Bermanfaat : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-idris-sulaiman-para-sahabat-berlumba-lumba-melakukan-kebaikan-hal-bermanfaat/

– Keutamaan Orang Kaya yang Bersyukur Berbanding Orang Miskin yang Bersabar : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-idris-sulaiman-keutamaan-orang-kaya-yang-bersyukur-berbanding-orang-miskin-yang-bersabar/

– Pengertian & Hukum Khusyuk dalam Solat : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-idris-sulaiman-pengertian-hukum-khusyuk-dalam-solat/

– Khusyuk Datang dari Hati yang Bersih & Anggota yang Istiqamah : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-idris-sulaiman-khusyuk-datang-dari-hati-yang-bersih-anggota-yang-istiqamah/

– Tips Memperoleh Khusyuk dalam Solat : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-idris-sulaiman-tips-memperoleh-khusyuk-dalam-solat/

– Hukum Memakai Pakaian Ada Lambang Salib Seperti di Bendera Negara Barat : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-idris-sulaiman-hukum-memakai-pakaian-ada-lambang-salib-seperti-di-bendera-negara-barat/

– Sedang Solat Tanpa Sejadah, Kemudian Ada Orang Datang Membentangkan Sejadah : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-idris-sulaiman-sedang-solat-tanpa-sejadah-kemudian-ada-orang-datang-membentangkan-sejadah/

– Adakah Sah Solat Orang yang Mengelamun di dalam Solatnya? : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-idris-sulaiman-adakah-sah-solat-orang-yang-mengelamun-di-dalam-solatnya/

– Mengamalkan Zikir-zikir Selepas Solat yang Tidak Sabit daripada Sunnah : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-idris-sulaiman-mengamalkan-zikir-zikir-selepas-solat-yang-tidak-sabit-daripada-sunnah/

– Zikir “Ya Allah, Ya Allah, …” : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-idris-sulaiman-zikir-ya-allah-ya-allah/

– Amalan Bersalam-salaman Sambil Berselawat Selepas Solat Berjemaah : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-idris-sulaiman-amalan-bersalam-salaman-sambil-berselawat-selepas-solat-berjemaah/

– Cadangan Mengalihkan Skrin Projektor ke Belakang Masjid : http://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-idris-sulaiman-cadangan-mengalihkan-skrin-projektor-ke-belakang-masjid/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>