Ustaz Fadlan Othman – Manhaj at-Talaqqi wal Istidlal baina Ahlus Sunnah wal Mubtadi’ah ( siri 15 )

USTAZ (PROF. MADYA) DR. FADLAN BIN MOHD OTHMAN
Kitab Manhaj at-Talaqqi wal Istidlal baina Ahlus Sunnah wal Mubtadi’ah (Methodologi Pengambilan Ilmu & Pengolahan Dalil antara Ahli Sunnah & Ahli Bid’ah) tulisan Syaikh Ahmad bin Abdur Rahman As-Suwaiyan – Siri 15

TARIKH : Isnin (3 Muharram 1436H / 27 Oktober 2014)
MASA : 9.00 Malam

LALUAN PELAKU BID’AH DALAM BERURUSAN DENGAN NAS-NAS SYARAK

Pelaku-pelaku bidaah -dengan kepelbagaian kumpulan-kumpulan mereka- dikenali dengan sikap memandai-mandai di hadapan Allah dan Rasul-Nya -صلى الله عليه وسلم-, serta tidak mengagungkan apa yang datang di dalam Kitab dan Sunnah. Saya akan nyatakan di dalam bab ini, beberapa usul am bagi tatacara pelaku-pelaku bidaah dalam penghujahan, yang akan menjelaskan serba sedikit kesesatan dan penyelewengan mereka, dan ia adalah:

Usul Pertama: Menolak nas-nas sabit yang bertentangan hawa nafsu mereka, dan berani di dalam menentangnya.

Usul Kedua: Mempermainkan usul-usul penghujahan Syariah dan memburuk-burukkannya.

Usul Ketiga: Mereka-reka usul-usul baru bagi penghujahan dan penerimaan ilmu.

Tidak semestinya anda dapat menilai setiap kumpulan dari kumpulan-kumpulan pelaku bidaah mengikut pecahan usul-usul ini, kerana mereka berbeza-beza di dalam bidaah mereka secara berlebihan dan berkurangan. Perlu dipastikan di sini yang saya tidak bercakap mengenai sejarah yang telah berlalu, bahkan kumpulan-kumpulan terdahulu dan tatacara-tatacara yang direka-reka mempunyai pelanjutan yang meluas pada zaman kita sekarang. Malah penyelewengan dan kesesatan tersebut semakin bertambah dengan bertambahnya kelalaian, mengikuti kejahilan dan berkurangnya para Ulama. Dahulu, Mujahid telah berkata: »Mereka bermula sebagai murjiah, kemudian mereka menjadi qadariah, kemudian mereka bertukar menjadi majusi« [Syarh Usul Ei’tiqad Ahli As-Sunnah wa Al-Jamaah : (3\654)].

Berkata Ibnu Taimiyah: »Bidaah pada awalnya adalah sejengkal, kemudian ia menjadi ramai dari segi pengikut sehingga ia menjadi berhasta-hasta, berbatu-batu dan berfarsakh-farsakh« [Majmu’ Al-Fatawa: (8\425)].

USUL PERTAMA
Menolak Nas-Nas Sabit Yang Menyalahi Kehendak Mereka, Serta Berani Menentangnya

Pelaku-pelaku bidaah mempunyai sifat-sifat yang amat banyak, yang membezakan mereka dari Ahli Sunnah. Mungkin yang paling nyata di antaranya adalah mereka berpaling daripada nas-nas Syara’, serta menolak makna-maknanya yang pasti, dan itu muncul dengan jelas pada dua sikap:

Sifat Pertama: Berani dalam menolak nas-nas.

Barangkali, antara misal paling nyata tentang sifat ini; apa yang diriwayatkan oleh Ubaidullah bin Muaz daripada bapanya, bahawa dia mendengar Amru bin Ubaid (Imam Muktazilah), berkata –dan dia menyebut hadith yang benar lagi dipercayai: Sesungguhnya seseorang kamu, dihimpunkan di dalam perut ibunya, dalam tempoh empat puluh hari, sebagai nutfah. Kemudian dia menjadi alaqah, dan seperti itulah … hadith–: Jika aku mendengar Al-Aa’masy mengatakan ini, nescaya aku akan mendustakannya. Jika aku mendengarnya dari Zaid bin Wahb, nescaya aku tidak akan mempercayainya. Jika aku mendengar Ibnu Mas’ud mengatakan ini, nescaya aku tidak akan menerimanya. Jika aku mendengar Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- mengatakan ini, nescaya aku akan menolaknya. Jika aku mendengar Allah mengatakan ini, nescaya aku akan berkata: Bukan di atas ini, Engkau ambil janji kami!! [Mizan Al-Ei’tidal : (3\278) dan Siyar Aa’lam An-Nubala’ : (6\104)].

Amru bin Ubaid juga berkata: Jika {Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!} [Al-Masad : 1] ada di Lauh Mahfuz, tiadalah Allah mempunyai sebarang hujah ke atas sekalian hamba [Dua rujukan yang sama : (3\276) dan (6\104)].

Ini adalah dua misal yang nyata mengenai keberanian pelaku-pelaku bidaah untuk menolak nas-nas sabit yang pasti, serta menentangnya. Ia satu tanda dari tanda-tanda kesesatan dan kejahatan, yang bertambah dengan bertambahannya kerosakan dan kesesatan. Berkata Ibnu Taimiyah di dalam kata-kata beliau mengenai Kesufian yang berpegang dengan ‘wahdatul wujud’: »Telah menceritakan kepadaku seorang yang dipercayai, yang meninggalkan mereka apabila didedahkan kepadanya rahsia mereka: Bahawa dia [yakni: At-Tilmasani] telah membacakan kepada beliau (Fusus Al-Hikam) oleh Ibnu Arabi. Beliau berkata: Lalu aku katakan kepadanya: Kata-kata ini menyalahi Al-Quran! Lalu dia berkata: Al-Quran seluruhnya adalah Syirik, dan Tauhid hanya ada di pada kata-kata kami (!!). Beliau berkata: Lalu aku katakan kepadanya: Jika semuanya adalah satu, maka mengapakah engkau mengharamkan ke atasku anak perempuanku dan menghalalkan untukku isteriku? Dia berkata: Tiada beza di sisi kami, di antara isteri dan anak perempuan, kesemuanya halal! Akan tetapi orang-orang yang terhijab berkata: Haram, maka kami katakan haram ke atas kamu«.

Beliau juga berkata: »Apabila dia membacakan kepadaku Mawaqif An-Niffari, aku mula mentakwilkan satu demi satu, sehingga menjadi jelas kehendaknya yang tidak mungkin dapat disembunyikan; bahawa dia berpegang dengan ‘Kesatuan’. Maka aku kata: Ini menyalahi Kitab, Sunnah dan Ijmak. Lalu dia berkata: Sekiranya engkau inginkan pengesahan ini, maka tinggalkan Kitab, Sunah dan Ijmak(!!). Maka aku kata: Perkara ini, tiada jalan kepadanya« [As-Sofadiah : (1\244-245), dan lihat : Al-Jawab As-Sahih li Man Baddala Din Al-Masih : (4\500-501)].

Kerana ini, Ibnu Taimiyah menyifatkan pelampau-pelampau Sufi dengan kata-katanya: » .. dan kerana ini, terdapat di kalangan pengikut-pengikut mereka ini yang lari dari Al-Quran sebagaimana larinya keldai yang lari [ketakutan] dari pemanah dan dari singa. Kerana ini, mereka disifatkan; apabila dikatakan kepada mereka: Telah bersabda Al-Mustofa -صلى الله عليه وسلم-, mereka akan lari .. « [Majmu’ Al-Fatawa : (13\224)].

Beliau juga berkata: »Ahli ibadah-ibadah bidaah, Syaitan hiaskan untuk mereka ibadah-ibadah berkenaan, dan jadikan mereka benci kepada jalan-jalan Syara’, sehingga menjadikan mereka benci Ilmu, Al-Quran dan Al-Hadith; lantas mereka tidak suka mendengar Al-Quran dan Al-Hadith serta tidak suka mengingatinya. Kadangkala menjadikan mereka benci sehinggakan kepada buku, mereka tidak sukakan buku, dan orang yang ada bersama-samanya buku, walaupun tiada padanya mashaf ataupun hadith. Seperti yang diceritakan oleh An-Nasrabazi, bahawa mereka dahulu berkata: Dia meninggalkan ilmu perca dan mengambil ilmu kertas! Beliau berkata: »Dan aku dahulu sembunyikan lembaran-lembaranku daripada mereka. Apabila aku telah dewasa, mereka perlukan kepada ilmuku .. « [Ibid : (10\411)].

Beliau juga berkata: »Ramai dari kalangan orang-orang yang dinasabkan kepada Islam, menyeleweng kepada melemparkan Al-Quran ke belakang mereka, dan mengikut apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan. Oleh itu, mereka tidak mengagungkan perintah Al-Quran dan larangannya, tidak menyokong orang yang Al-Quran perintahkan untuk menyokongnya, dan tidak memusuhi orang yang diperintahkan oleh Al-Quran untuk memusuhinya [Ibid : (14\227), dan lihat : (14\59-630)].

Serupa dengan mereka, orang-orang zaman moden dari golongan berhaluan kiri, sekular dan yang menyerupai mereka; yang melampau kelancangan mereka di dalam menolak nas-nas dan menentangnya dengan kadar yang besar -والعياذ بالله-. Di antara yang menyerupai mereka sekarang adalah orang-orang yang menyangka Agama adalah warisan yang suci, tetapi ia tidak sesuai untuk zaman ini! Kerana ini, mereka menuntut pemisahannya daripada seluruh hal-ehwal kehidupan, kemasyarakatan, politik, ekonomi, penyiaran .. dan sebagainya.

Video Penuh & Teks Kitab : http://www.ilmusalaf.com/2014/10/ustaz-fadlan-othman-manhaj-at-talaqqi-wal-istidlal-baina-ahlus-sunnah-wal-mubtadiah-siri-15/
Muatturun Nota : https://www.mediafire.com/?rtlanonkst9t2m6

SEGMEN PILIHAN

– Dasar-dasar Umum Penghujahan Ahli Bid’ah : http://www.ilmusalaf.com/2014/10/ustaz-fadlan-othman-dasar-dasar-umum-penghujahan-ahli-bidah/

– Ahli Bid’ah Berani Menolak Nas-nas Agama : http://www.ilmusalaf.com/2014/10/ustaz-fadlan-othman-ahli-bidah-berani-menolak-nas-nas-agama/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>