Ustaz Idris Sulaiman – Umdatul Ahkam ( siri 58 )

USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 58 – Bab Solat Jumaat – Hadis No. 142-144

TARIKH : Selasa (11 Muharram 1436H / 4 November 2014)
MASA : 9.00 Malam

١٤٢ – عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال : جَاءَ رَجُلُُ وَالنَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم يَخْطُبُ النَّاسَ يَوْمَ الْجُمْعَة، فقال : ((صّلَّيْتَ يَا فُلَان؟)) قال : لَا، قال : ((قُمْ فَارْكَعْ رَكْعَتَيْنِ))

142. Jabir bin Abdullah radhiyallahu ‘anhuma menuturkan bahawa ada seorang lelaki datang ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang berkhutbah kepada orang ramai pada hari Jumaat. Nabi lantas bertanya, “wahai fulan, apakah engkau telah solat (tahiyatul masjid)?”

“Belum”, jawab orang tersebut. Nabi bersabda, “bangkitlah dan kerjakanlah solat 2 rakaat.”

[HR. Al-Bukhari dalam Al-Jumu’ah (920) dan Muslim dalam Al-Jumu’ah (861)]

١٤٣ – عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن النبي صلّى الله عليه وسلّم قال : ((إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ : أَنْصِتْ – يَوْمَ الْجُمعَةِ، وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ – فَقَدْ لَغَوْتَ)).

143. Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika engkau berkata kepada temanmu, ‘diamlah’, pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, maka engkau telah berbuat sia-sia”.

[HR. Al-Bukhari dalam Al-Jum’ah (934) dan Muslim dalam Al-Jum’ah (851)]

عن سهل بن سعد الساعدي رضي الله عنه، أَنَّ رِجَالََا تَمَارَوا في مِنْبَرِ رسول الله صلّى الله عليه وسلّم، مِنْ أَيِّ عُودِِ هُوَ؟ فقال سهل : مِنْ طَرْفَاءِ الْغَابَةِ، وَقَدْ رَأَيْتُ رسولَ الله صلّى الله عليه وسلّم قَامَ عَلَيْهِ، فَكَبَّرَ، وَكَبَّرَ النَّاسُ وَرَاءَهُ، وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ، ثُمَّ رَكَعَ، فَنَزَلَ الْقَهْقَرَى، حَتَّى سَجَدَ فِي أَصْلِ الْمِنْبَرِ، ثُمَّ عَادَ حَتَّى فَرَغَ مِنْ آخِرِ صَلَاتِهِ، ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ، فقال : ((يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّمَا صَنَعْتُ هَذَا لَتَأْتَمُّوا بِي، وَلِتَعَلَّمُوا صَلَاتِي)).

وفي لفظِِ، فصلى وهو عَلَيْهَا، ثم كبَّر عليها، ثم رَكَعَ وَهُوَ عَلَيْهَا، ثمَّ نَزَلَ الْقَهْقَرَى.

144. Sahl bin Sa’ad As-Sa’idi radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa orang-orang memperdebatkan tentang mimbar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, terbuat daripada kayu apa ia?

Sahl berkata, “Mimbar tersebut berasal dari pohon torfa’ daripada hutan. Aku pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri di atas mimbar tersebut. Baginda bertakbir, dan orang-orang pun turut bertakbir di belakang baginda, sedang baginda berada di atas mimbar. Setelah itu, baginda rukuk. Baginda lantas mengundur ke belakang tanpa menoleh hingga baginda sujud di atas lantai. Baginda lalu kembali ke mimbar hingga baginda menyelesaikan akhir solatnya.

Baginda lalu mengadap ke orang-orang dan mengatakan, ‘Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku melakukan ini agar kalian mengikutiku dan mempelajari solatku.'”

Dalam lafaz yang lain dikatakan, Nabi mengerjakan solat di atas mimbar, baginda lalu bertakbir di atasnya dan juga rukuk di atasnya. Baginda lalu mundur ke belakang tanpa menoleh.

[HR. Al-Bukhari dalam Al-Jum’ah (917), dan Muslim dalam Al-Masaajid (544)]

Video Penuh & Teks Hadis : http://www.ilmusalaf.com/2014/11/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-58/

SEGMEN PILIHAN

– Ditegah Menasihati Orang untuk Diam Ketika Khatib Sedang Berkhutbah : http://www.ilmusalaf.com/2014/11/ustaz-idris-sulaiman-ditegah-menasihati-orang-untuk-diam-ketika-khatib-sedang-berkhutbah/

– Inovasi Tambahan Anak-anak Tangga Mimbar : http://www.ilmusalaf.com/2014/11/ustaz-idris-sulaiman-inovasi-tambahan-anak-anak-tangga-mimbar/

– Antara Yang Dianjurkan Sebelum Solat Jumaat : http://www.ilmusalaf.com/2014/11/ustaz-idris-sulaiman-antara-yang-dianjurkan-sebelum-solat-jumaat/

– Lewat Pergi Solat Jumaat, Kurang Pahala : http://www.ilmusalaf.com/2014/11/ustaz-idris-sulaiman-lewat-pergi-solat-jumaat-kurang-pahala/

– Adakah Wujud Solat Sunat Qabliyah Jumaat? : http://www.ilmusalaf.com/2014/11/ustaz-idris-sulaiman-adakah-wujud-solat-sunat-qabliyah-jumaat/

– Main WhatsApp Ketika Khutbah Jumaat : http://www.ilmusalaf.com/2014/11/ustaz-idris-sulaiman-main-whatsapp-ketika-khutbah-jumaat/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>