Ustaz Idris Sulaiman – Umdatul Ahkam ( siri 60 )

USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 60 – Bab Solat Aidilfitri dan Aidiladha – Hadis No. 148-149

TARIKH : Selasa (25 Muharram 1436H / 18 November 2014)
MASA : 9.00 Malam

١٤٨ – عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم وَأَبُوْ بَكْرِِ وَعُمَرُ يُصَلُّوْنَ الْعِيْدَيْنِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ.

148. Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma menuturkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Abu Bakar dan Umar mengerjakan solat Aidil Fitri dan Aidil Adha sebelum khutbah.

[HR. Bukhari dalam Al-Jum’ah (963)]

١٤٩ – عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبِِ رضي الله عنهما قَالَ : خَطَبَنَا النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم يَوْمَ الْأَضْحَى بَعْدَ الصَّلَاةِ فَقَالَ : مَنْ صَلَّى صَلَاتَنَا وَنَسَكَ نُسُكَنَا فَقَدْ أَصَابَ النُّسُكَ، وَمَنْ نَسَكَ قَبْلَ الصَّلَاةِ فَلَا نُسُكَ لَهُ. فَقَالَ أَبُوْ بُرْدَةَ بْنُ نِيَارِِ -خَالُ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبِِ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، إِنِّيْ نَسَكْتُ شَاتِيْ قَبْلَ الصَّلَاةِ وَعَرَفْتُ أَنَّ الْيَوْمَ يَوْمُ أَكْلِِ وَشُرْبِِ وَأَحْبَبْتُ أَنْ تَكُوْنَ شَاتِيْ أَوَّلَ مَا يُذْبَحُ فِيْ بَيْتِيْ، فَذَبَحْتُ شَاتِيْ وَتَغَدَّيْتُ قَبْلَ أَنْ آتِيَ الصَّلَاةِ. قَالَ: شَاتُكَ شَاةُ لَحْمِِ. قَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ: فَإِنَّ عِنْدَنَا عَنَاقََا لَنَا جَذَقَةََ هِيَ أَحَبُّ إِلَيْنَا مِنْ شَاتَيْنَِ أَفَتَجْزِيْ عَنِّي؟ قَالَ: نَعَمْ، وَلَنْ تَجْزِيَ عَنْ أَحَدِِ بَعْدَكَ.

149. Al-Bara’ bin ‘Azib radhiyallahu ‘anhuma menuturkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyampaikan khutbah kepada para Sahabat pada hari Aidiladha. Baginda bersabda, “Sesiapa mengerjakan solat seperti solat kami dan menyembelih korban seperti korban kami, maka dia telah mendapat pahala berkorban. Sesiapa yang berkorban sebelum solat (Aidiladha), maka dia tidak mendapatkan pahala berkorban.”

Abu Burdah bin Niyar -paman Al-Bara’ bin ‘Azib daripada jalur ibunya- berkata, “Wahai Rasulullah, aku telah menyembelih kambingku sebelum solat (Aidiladha). Aku tahu bahawa hari itu adalah hari untuk makan dan minum. Aku senang jika kambingku adalah binatang yang pertama kali disembelih di rumahku. Oleh kerana itu, aku menyembelih kambingku dan aku sarapan dengannya sebelum aku solat (Aidil Adha).”

Nabi bersabda, “Kambingmu adalah kambing untuk dimakan dagingnya (tidak dianggap kambing korban).”

Abu Burdah berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami memiliki seekor kambing betina yang belum genap setahun. Kambing ini lebih aku sukai daripada dua ekor kambing. Apakah kambingku tersebut telah sah (untuk korban)?”

Nabi bersabda, “Ya, akan tetapi setelahmu, kambing seperti itu tidaklah sah.”

[HR. Bukhari dalam Al-Jum’ah (955)]

Video Penuh & Teks Hadis : http://www.ilmusalaf.com/2014/12/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-60/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>