Ustaz Idris Sulaiman – Umdatul Ahkam ( siri 62 )

USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 62 – Bab Solat Gerhana (Bulan dan Matahari) – Hadis No. 153-156

TARIKH : Selasa (1 Rabiulawal 1436H / 23 Disember 2014)
MASA : 9.00 Malam

١٥٣ – عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها أنَّ الشَّمْسَ خَسَفَتْ عَلَى عَهْدِ رَسُوْلِ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم فَبَعَثَ مُنَادِيََا يُنَادِي: الصَّلَاةَ جَامِعَةََ، فَاجْتَمَعُوْا وَتَقَدَّمَ فَكَبَّرَ، وَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتِِ فِيْ رَكْعَتَيْنِ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتِِ.

153. Aisyah radhiyallahu ‘anha menuturkan bahawa pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah terjadi gerhana matahari. Baginda lantas mengutus seorang penyeru untuk mengumandangkan seruan, “As-Solaatu jami’ah (Mari kita lakukan solat berjemaah).”

Orang ramai lantas berkumpul. Nabi lalu maju dan bertakbir. Baginda melakukan empat kali rukuk dan empat kali sujud dalam dua rakaat.

[HR. Bukhari dalam Al-Kasuf (4)]

١٥٤ – عَنْ أَبِيْ مَسْعُوْس -عُقْبَةَ بْنِ عَمْرِِو- الأَنْصَارِيِّ الْبَدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم: إِنَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ، يُخَوِّفُ اللهُ بِهِمَا عِبَادَهُ، وَإِنَّهُمَا لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدِِ مِنَ النَّاسِ وَلَا لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئََا، فَصَلُّوْا وَادْعُوْا اللهَ حَتَّى يَنْكَشِفَ مَا بِكُمْ.

154. Abu Mas;ud Uqbah bin Amr Al-Ansari Al-Badri radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Allah menggunakan keduanya untuk membuat hamba-hamba-Nya menjadi takut. Gerhana matahari dan bulan tidaklah terjadi kerana kematian dan kehidupan seseorang. Jika kalian menyaksikan sebahagian di antara gerhana tersebut, maka kerjakanlah solat dan berdoalah sehingga rasa takut itu hilang daripada diri kalian.”

[HR. Bukhari dalam Al-Kasuf (21)]

١٥٥ – عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ: خَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ ، فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ ، ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ، ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ ، ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الْأُولَى ، ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدِ انْجَلَتِ الشَّمْسُ ، فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ، ثُمَّ قَالَ : إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا ، ثُمَّ قَالَ : يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنَ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ ، يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلبَكَيْتُمْ كَثِيرًا “

وَفِي لَفْظِِ: فَاسْتَكْمَلَ أَرْبَعَ رَكَعَاتِِ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتِِ.

155. Aisyah radhiyallahu anha menuturkan bahawa gerhana matahari pernah terjadi pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bangkit dan mengimami orang ramai. Baginda memperpanjang tempoh berdirinya. Baginda lalu rukuk dan memanjangkan tempoh rukuknya. Baginda lalu berdiri lagi dan memanjangkan tempoh berdirinya namun lebih singkat daripada berdiri yang pertama. Baginda lantas rukuk dan memanjangkan tempoh rukuk akan tetapi lebih singkat daripada rukuk yang pertama. Nabi lalu sujud dan memanjangkan tempoh sujudnya. Pada rakaat yang lain, baginda berbuat seperti apa yang baginda perbuat pada rakaat yang pertama. Baginda lantas beranjak (selesai solatnya) dan matahari telah kelihatan.

Nabi lalu berkhutbah kepada orang ramai. Baginda memuji dan menyanjung Allah dan bersabda, “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidaklah mengalami gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang. Jika kalian melihat hal itu, maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.”

Nabi selanjutnya bersabda, “Wahai umat Muhammad, demi Allah, tidak ada seorang pun yang lebih cemburu daripada Allah subhanahu kerana ada seorang hambanya baik lelaki mahupun perempuan yang berzina. Wahai umat Muhammad, demi Allah, jika kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”

Dalam lafaz lain dikatakan, “Nabi lantas menyempurnakan empat kali rukuk dan empat kali sujud.”

[HR. Bukhari dalam Al-Jum’ah (1044), Nasaai dalam Al-Kasuf (1449)]

١٥٦ – عَنْ أَبِي مُوسَى ، قَالَ : ” خَسَفَتِ الشَّمْسُ فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ ، فَأَتَى الْمَسْجِدَ فَصَلَّى بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ رَأَيْتُهُ قَطُّ يَفْعَلُهُ وَقَالَ هَذِهِ الْآيَاتُ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لَا تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ ، وَلَكِنْ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ ” .

156. Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu anhu menuturkan, “Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Nabi lantas berdiri takut kerana khuatir sekiranya akan terjadi kiamat, sehingga baginda pun mendatangi masjid. Baginda berdiri mengerjakan solat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang lebih lama. Aku belum pernah melihat Nabi melakukan solat sedemikian rupa.”

“Nabi lantas bersabda, ‘Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah yang ditunjukkan-Nya. Gerhana tersebut tidaklah terjadi kerana kematian atau kehidupan seseorang, akan tetapi Allah menunjukkannya untuk menakutkan hamba-hamba-Nya. Jika kalian melihat sebahagian di antara gerhana tersebut, maka bersegeralah untuk berzikir, berdoa, dan memohon ampunan kepada Allah.'”

[HR. Bukhari dalam Al-Jum’ah (1059)]

Video Penuh & Teks Hadis : http://www.ilmusalaf.com/2014/12/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-62/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>