Ustaz Idris Sulaiman – Umdatul Ahkam ( siri 66 )

USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 66 – Bab Jenazah – Hadis No. 165-167

TARIKH : Selasa (6 Rabi’ul Akhir 1436H / 27 Januari 2015)
MASA : 9.00 Malam

١٦٥ – عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم كُفِّنَ فِيْ ثَلَاثَةِ أَثِوَابِِ يَمَانِيَّةِِ بِيْضِِ، سَحُوْلِيَّةِِ لَيْسَ فِيْهَا قَمِيْصُُ وَلَا عِمَامَةُُ.

165. Aisyah radhiyallahu ‘anha menuturkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dikafankan dengan tiga lembaran kain dari Yaman yang berwarna putih bersih dengan tanpa baju mahupun serban.

[HR. Bukhari dalam Al-Janaiz (1264)]

١٦٦ – عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ الْأَنْصَارِيَّةِ قَالَتْ: دَخَلَ عَلَيْنَا رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم حِيْنَ تُوُفِّيَتْ بِنْتُهُ زَيْنَبُ، فَقَالَ: اغْسِلْنَهَا ثَلَاثََا أَوْ خَمْسََا أَوْ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ -إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ- بِمَاءِِ وَسِدْرِِ وَاجْعَلْنَ فِيْ الْآخِرَةِ كَافُوْرََا أَوْ شَيْئََا مِنْ كَافُوْرِِ، فَإِذَا فَرَغْتُنَّ فَآذِنَّنِي فَلَمَّا فَرَغْنَا آذَنَّاهُ، فَأَعْطَانَا حَقْوَهُ فَقَالَ: أشْعِرْنَهَا إِيَّاهُ، يَعْنِي إِزَارَهُ. وَفِيْ رِوَايَةِِ: أَوْ سَبْعََا. وَقَالَ: اِبْدَأْنَ بِمَيَامِنِهَا وَمَوَاضِعِ الْوضُوْءِ مِنْهَا، وَأَنَّ أُمَّ عَطِيَّةَ قَالَتْ: وَجَعَلْنَا رَأْسَهَا ثَلَاثَةَ قُرُوْنََا.

166. Ummu ‘Atiyah Al-Ansari berkata, “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menemui kami tatkala puterinya yang bernama Zainab meninggal dunia. Baginda lantas bersabda, “Mandikanlah dia tiga kali, lima kali atau lebih banyak daripada itu jika kalian memandang perlu hal tersebut dengan menggunakan air dan daun bidara. Campurilah yang terakhir dengan kapur barus atau dengan sedikit kapur barus. Jika kalian telah selesai, maka beritahulah aku.””

(Ummu ‘Atiyah berkata), “Ketika kami telah selesai, maka kami memberitahu baginda. Baginda lalu memberi kami kain dan bersabda, ‘Kenakanlah kain ini padanya.'”

Dalam riwayat lain dikatakan, “atau (mandikanlah dia) tujuh kali.” Nabi bersabda, “Mulailah dari anggota badan sebelah kanan dan anggota-anggota wuduknya.”

Ummu ‘Atiyah mengatakan, “Kami menjalin rambut Zainab menjadi berlapang tiga.”

[HR. Bukhari dalam Al-Wuduk (162, 1259)]

١٦٧ – عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسِِ رضي الله عنهما قَالَ: بَيْنَمَا رَجُلُُ وَاقِفُُ بِعَرَفَةَ، إِذْ وَقَعَ عَنْ رَاحِلَتِهِ، فَوَقَصَتْهُ -أَوْ قَالَ: فَأَوْقَصَتْهُ- فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم: اغْسِلُوْهُ بِمَاءِِ وَسِدْرِِ، وَكَفِّنُوْهُ فِيْ ثَوْبَيْنِ وَلَا تُحَنِّطُوْهُ وَلَا تُخَمِّرُوْا رَأْسَهُ، فَإِنَّهُ يُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مُلَبِّيََا. وَفِيْ رِوَايَةِِ: وَلَا تُخَمِّرُوْا وَجْهَهُ وَرَأْسَهُ. قَالَ الْمُصَنِّفُ: الْوَقْصُ: كَسْرُ الْعُنُقِ.

167. Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma menuturkan bahawa ada seseorang yang wukuf di Arafah. Tiba-tiba dia terjatuh dari kenderaannya sehingga membuat tulang lehernya patah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, “Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara. Kafanilah dia dengan kedua pakaian ihramnya dan janganlah kalian beri wangi-wangian serta janganlah kalian tutupi kepalanya, kerana sesungguhnya dia akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan bertalbiyah.”

Dalam riwayat lain dikatakan, “Janganlah kalian tutupi wajah dan kepalanya.”

Penulis buku ini mengatakan, “Al-Waqsu adalah patah lehernya.”

[HR. Bukhari dalam Al-Janaiz (1265), Nasaai dalam Manasik Al-Haj (2666)]

Video Penuh & Teks Hadis : http://www.ilmusalaf.com/2015/02/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-66/

SEGMEN PILIHAN

– 4 Perkara Wajib Atas Orang Yang Sedang Sakit Tenat : https://www.youtube.com/watch?v=JlbAT-MEZwE

– Talqin Semasa Hampir Mati bukan Selepas Dikebumikan : https://www.youtube.com/watch?v=YjGtXsVCNIM

– Budak Yahudi diselamatkan dari Api Neraka : https://www.youtube.com/watch?v=s90gdkcR6Bs

– Ambil Upah Urus Jenazah : https://www.youtube.com/watch?v=SjZPzvvrPr4

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>