Tabung Infaq Kebakaran Kg. Puyut, Lahad Datu, Sabah

TABUNG INFAQ KEBAKARAN KG. PUYUT, LAHAD DATU, SABAH

“Kalianhanyalah mendapat pertolongan dan rezeki dengan sebab adanya orang-orang lemah dari kalangan kalian.” (HR. Bukhari)

Ikhwah sekalian. Para ulama’ menyampaikan pesan bahawa orang kaya dan berada itu lebih memerlukan orang miskin dan orang lemah berbanding sebaliknya.

Dan musim mendulang amal membantu golongan yang lemah kembali lagi.

Inna lillahi wainna ilaihi raji’un. Takdirnya sebuah kebakaran di Kampung Puyut Lahad Datu telah mengakibatkan hampir 10 rumah lenyap ditelan api. Sekurang-kurangnya 10 keluarga hilang tempat berteduh malam ini. 10 keluarga hilang periuk dan dapur untuk menanak nasi. Yang tersisa hanyalah apa yang tergantung pada tubuh yang gontai dan longlai.

Skuad Iman mengambil inisiatif untuk menggerakkan kempen infak dan sedekah jariah. Buat masa ini kempen ini bersifat dalaman.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda maksudnya, “Sesiapa menghilangkan satu kesulitan seorang mukmin dari kesulitan-kesulitan dunia, maka Allah akan menghilangkan kesulitan baginya kesulita-kesulitan di hari kiamat. Dan sesiapa memudahkan urusan seorang mukmin, maka Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya.” (HR. Muslim)

Antara keperluan infak berupa:

  1. Keperluan harian berupa makanan & minuman.
  2. Pakaian.
  3. Dan keperluan asas yang lain.

Kepada ikhwan yang berhasrat mendulang amal kebajikan & menabung saham lumayan negeri akhirat, boleh berhubung dengan:

  • Aljimar Almahir (Lahad Datu): 014 677 2721
  • Ahmad Safuan (Kuala Lumpur): 019 5051 395

Semua infaq tunai boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 12207020031554 atau Maybank 162012732183 atas nama Ahmad Sabri bin Jinlapudin.

Ahmad Sabri bersama team Ilmu salaf dot com akan ke Lahad Datu pada 31 Januari 2014 bagi acara Daurah Ilmiah.

Mohon emel ke [email protected] atau what’sapp resit selepas pembayaran untuk tujuan rekod dan akauntabiliti pihak pengurusan Skuad Iman.

Disediakan oleh
Mohd Riduan b Khairi
Presiden Skuad Iman