USTAZ AHMAD FAZRIN BIN YAHAYA AL-HAFIZ
Kitab Al-Adab Al-Mufrad tulisan Imam Al-Bukhari rahimahullah – Siri 3 – Bab 4 (Berbakti kepada Kedua Orang Tua Meskipun Keduanya Zalim Terhadapnya) – Hadis No. 7 & Bab 5 (Ucapan Lemah Lembut kepada Orang Tua) – Hadis No. 8 – 9

TARIKH : Rabu (19 Mac 2014)
MASA : Selepas Isyak
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

BAB 4
BERBAKTI KEPADA KEDUA ORANG TUA MESKIPUN KEDUANYA ZALIM TERHADAPNYA

7. Hajjaj menceritakan kepada kami, dia berkata: Hammad bin Salamah menceritakan kepada kami, dari Sulaiman at-Taimi, dari Sa’id al-Qaisi:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسِِ قَالَ : مَا مِنْ مُسْلِمِِ لَهُ وَالِدَانِ مُسْلِمَانِ يُصْبِحُ إِلَيْهِمَا مُحْتَبِسََا إِلَّا فَتَحَ اللهُ بَابَيْنِ -يَعْنِي مِنَ الْجَنَّةِ- وَإِنْ كَانَ وَاحِدََا فَوَاحِدُُ، وَإِنْ أَغْضَبَ أَحَدَهُمَا لَمْ يَرْضَى اللهُ عَنْهُ حَتَّى يَرْضَى عَنْهُ، قِيْلَ : وَإِنْ ظَلَمَاهُ؟ قَالَ : وَإِنْ ظَلَمَاهُ

Dari Ibnu ‘Abbas, dia berkata: “Tidak seorang pun dari kaum Muslimin yang mempunyai kedua orang tua beragama Islam yang berbakti kepada mereka berdua dengan mengharap pahala (dari Allah) melainkan Allah akan membukakan dua pintu -maksudnya pintu syurga- untuknya. Jika tinggal satu dari keduanya yang masih hidup, maka akan dibukakan adalah satu pintu. Jika dia menjadikan salah satu di antaranya marah, Allah tidak akan reda (kepadanya) sehingga orang tuanya reda kepadanya.” Lalu ada yang bertanya, “Meskipun kedua (orang tua)nya itu menzaliminya?” Ibnu Abbas menjawab, “Meskipun keduanya menzaliminya.”

[Hasan dengan dua jalan. Sa’id adalah rawi yang majhul]

Penjelasan Kata:

يُصْبِحُ إِلَيْهِمَا : Seseorang berjalan di pagi hari menuju orang tuanya untuk berbakti kepada keduanya.
مُحْتَسِبََا : Berharap mendapatkan ganjaran dan pahala dari Allah.
وَإِنْ ظَلَمَاهُ : Iaitu keduanya menzaliminya dalam berbagai perkara dunia.

Kandungan Hadis:

  1. Berbakti kepada orang tua merupakan jalan yang dapat menghantarkan ke Syurga.
  2. Derhaka kepada orang tua dapat menjerumuskan seseorang ke dalam Neraka.
  3. Reda Allah bergantung kepada reda orang tua terhadap anaknya.
  4. Berbakti dan berbuat baik kepada kedua orang tua adalah wajib, walaupun keduanya telah menzalimi anak dalam perkara dunia.
  5. Darjat hadis di atas da’if, akan tetapi makna yang dikandungnya dapat dibenarkan.

BAB 5
UCAPAN LEMAH LEMBUT KEPADA ORANG TUA

8. Musaddad menceritakan kepada kami, dia berkata: Isma’il bin Ibrahim menceritakan kepada kami, dia berkata: Ziyad bin Mikhraq menceritakan kepada kami, dia berkata:

عَنْ طَيْسَلَةَ بْنِ مَيَّاسِِ قَالَ : كُنْتُ مَعَ النَّجَدَاتِ، فَأَصَبْتُ ذُنُوْبََا لَا أَرَاهَا إِلَّا مِنَ الْكَبَائِرِ، فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِابْنِ عُمَرَ. قَالَ : مَا هِيَ؟ قُلْتُ : كَذَا وَكَذَا. قَالَ : لَيْسَتْ هَذِهِ مِنَ الْكَبَائِرِ، هُنَّ تِسْعُُ : الْإِشْرَاكُ بِاللهِ، وَقَتْلُ نَسْمَةِِ، وَالْفِرَارُ مِنَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ الْمَحْصَنَةِ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالَ الْيَتِيْمِ، وَإِلْحَادُ فِي الْمَسْجِدِ، وَالَّذِيْ يَسْتَسْخِرُ، وَبُكَاءُ الْوَالِدَيْنِ مِنَ الْعُقُوْقِ، قَالَ لِيْ ابْنُ عُمَرَ : أَتَفَرَّقُ النَّارَ وَتُحِبُّ أَنْ تَدْخُلَ الْجَنَّةَ؟ قُلْتُ : إِيْ، وَاللهِ! قَالَ : أَحَيُّ وَالِدَاكَ؟ قُلْتُ : عِنْدِيْ أُمِّيْ. قَالَ : فَوَاللهِ! لَوْ أَلَنْتَ لَهَا الْكَلَامَ، وَأَطْعَمْتَهَا الطَّعَامَ، لَتَدْخُلَنَّ الْجَنَّةَ مَا اجْتَنَبْتَ الْكَبَائِرَ

Taisalah bin Mayyas menceritakan kepadaku, dia berkata, “Ketika bersama orang-orang Najadat, aku lalu melakukan perbuatan dosa yang ku anggap sebagai dosa besar. Kemudian aku menceritakan hal itu kepada ‘Abdullah bin ‘Umar. Beliau lalu bertanya, ‘Apa yang engkau lakukan?’ Aku pun mencertiakan perbuatan itu. Beliau menjawab, ‘Itu bukan salah satu dari dosa besar. Dosa besar itu ada sembilan, iaitu mempersekutukan Allah, membunuh manusia, lari dari pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan berzina), makan riba, makan harta anak yatim, buat maksiat di dalam masjid, menghina, dan (membuat) kedua orang tua menangis kerana derhaka (kepada keduanya).’ Ibnu ‘Umar lalu bertanya, ‘Apakah engkau takut masuk neraka dan ingin masuk Syurga?’ ‘Tentu,’ jawabku. Beliau bertanya, ‘Apakah kedua orang tuamu masih hidup?’ ‘Aku masih mempunyai seorang ibu,’ jawabku. Beliau berkata, ‘Kalau sekiranya engkau melemah-lembutkan ucapanmu terhadapnya dan membuatkan makanan untuknya, engkau akan masuk Syurga selama engkau menjauhi dosa-dosa besar.'”

[Sahih. As-Sahihah (2898)]

Penjelasan Kata:

النَّجَدَاتُ : Pengikut Najdah bin ‘Amir al-Khariji. An-Najdat merupakan salah satu kaum Khawarij.
الْكَبَائِرُ : Jenis dosa yang pelakunya diancam dengan hadd atau seksa yang pedih.
الْإِسْرَاكُ بِالله : Menjadikan makhluk selain Allah sebagai sembahan.
النَّسْمَةُ : Jiwa.
الزَّحْفُ : Berperang di jalan Allah.
قَذْفُ الْمَحْصَنَةِ : Menuduh wanita yang menjaga kesucian dirinya bahawa dia telah berzina.
الْإِلْحَادُ : Melanggar rambu-rambu yang telah ditentukan Allah dan memilih jalan kesyirikan dan bid’ah.
يَسْتَسْخِرُ : Mencemuh seseorang, mentertawakannya dan membuat orang lain turut mentertawakannya.
أَتَفَرَّقُ النَّارَ : Takut api Neraka.
أَلَنْتَ :  Lirihkan suaramu dan bicaralah dengan budi bahasa yang lembut.

Kandungan Hadis:

  1. Derhaka kepada orang tua merupakan dosa besar. Apabila keduanya menangis kerana besarnya kederhakaan si anak kepada keduanya, maka hal ini lebih berat dosanya.
  2. Berbakti kepada ibu bapa dan bertutur kata yang lembut kepada mereka merupakan salah satu sebab yang dapat memasukkan seseorang ke dalam Syurga.

9. Abu Nu’aim menceritakan kepada kami, dari Sufyan, dari Hisyam bin ‘Urwah:

وَنْ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيْهِ قَالَ : {وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ}، قَالَ : لَا تَمْتَنِعْ مِنْ شَيْءِِ أَحَبَّاهُ

Dari ‘Urwah, dia berkata, “Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang,” (Al-Isra’, ayat 24). Lalu berkata, “Janganlah engkau menahan sesuatu yang diinginkan keduanya.”

[Sahihul Isnad]

Penjelasan Kata:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ : Kiasan untuk menggambarkan kerendahan hati dan kelemah-lembutan yang teramat sangat.

Kandungan Hadis:

  1. Hadis di atas memberi perhatian agar bertutur kata dan berlaku baik kepada orang tua.
  2. Salah satu bentuk bakti kepada orang tua adalah menjaga, memuliakan, menghormati dan bersikap rendah hati terhadap keduanya.
  3. Memenuhi keinginan orang tua yang selaras dengan syariat merupakan kewajipan anak.

Video Penuh & Teks Hadis : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-al-adab-al-mufrad-siri-3/

SEGMEN PILIHAN

– Al-Haruriyyah adalah Kelompok Khawarij & Anti-Hadis : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-al-haruriyyah-adalah-kelompok-khawarij-anti-hadis/

– Ibnu Abbas : 9 Dosa Besar : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-ibnu-abbas-9-dosa-besar/

– Berbakti kepada Ibu Bapa Memasukkan Seseorang ke dalam Syurga : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-berbakti-kepada-ibu-bapa-memasukkan-seseorang-ke-dalam-syurga/

– Rendah Diri kepada Ibu Bapa & Penuhi Keinginan Mereka : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-rendah-diri-kepada-ibu-bapa-penuhi-keinginan-mereka/

– Bapa Merogol Anak, Adakah Anak Perlu Diam dan Patuh? : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-bapa-merogol-anak-adakah-anak-perlu-diam-dan-patuh/

– Muawiyah Minta Nasihat Secara Terbuka, Perlembagaan Izinkan Demonstrasi : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-muawiyah-minta-nasihat-secara-terbuka-perlembagaan-izinkan-demonstrasi/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom