USTAZ AHMAD FAZRIN BIN YAHAYA AL-HAFIZ
Kitab Al-Adab Al-Mufrad tulisan Imam Al-Bukhari rahimahullah – Siri 5 – Bab 7 (Derhaka kepada Kedua Orang Tua) – Hadis No. 15-16 & Bab 8 (Allah Melaknat Orang yang Melaknat Kedua Orang Tuanya) – Hadis No. 17

TARIKH : Rabu (7 Rejab 1435H / 7 Mei 2014)
MASA : Selepas Isyak
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

BAB 7
DERHAKA KEPADA KEDUA ORANG TUA

15. Musaddad menceritakan kepada kami, dia berkata: Bisyr bin Al-Mufaddal menceritakan kepada kami, dia berkata: Al-Jurairi menceritakan kepada kami daripada ‘Abdurrahman bin Abi Bakrah:

عَنْ أَبِيْ بَكْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم : أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ؟ ثَلَاثََام قَالُوْا : بَلَى يَا رَسُوْلُ اللهِ، قَالَ : الْاِشْرَاكُ بِاللهِ وَعُقُوْقُ الْوَالِدَيْنِ. وَجَلَسَ وَكَانَ مُتَّكِئََ : أَلَا وَقَوْلُ الزُّوْرِ، مَا زَالَ يُكَرِّرُهَا حَتَّى قُلْتُ : لَيْتَهُ سَكَتَ.

Dari Abi Bakrah, dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Maukah kalian aku beritahukan tentang dosa yang palng besar?’ Baginda mengucapkannya tiga kali. Para Sahabat menjawab, ‘Tentu wahai Rasulullah.’ Baginda lalu bersabda, ‘Mempersekutukan Allah dan derhaka kepada kedua orang tua.’ Baginda mengucapkannya sambil duduk bersandar, ‘Serta ucapan (sumpah) palsu, kebohongan atau tuduhan tanpa bukti.’ Baginda terus mengulang-ulangnya sehingga aku berkata, ‘Sekiranya baginda diam.'”

[Sahih. Ghayatul Maram (277). Al-Bukhari (78) Kitab Al-Adab 6 bab ‘Uququl Qalidain minal Kaba’ir, Muslim (1) kitab Al-Iman (hadis 143)]

16. Muhammad bin Salam menceritakan kepada kami, dia berkata: Jarir mengkhabarkan kepada kami, dari ‘Abdul Malik bin ‘Umair:

عَنْ وَرَّادِِ -كَاتِبُ الْمُغِيْرَةَ بْنِ شُعْبَةَ- قَالَ : كَتَبَ مُعَاوِيَةُ إِلَى الْمُغِيْرَةِ : اكْتُبْ إِلَيَّ بِمَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم. قَالَ وَرَّادُ : فَأَمْلَى عَلَيَّ وَكَتَبْتُ بِيَدَيَّ: إِنِّيْ سَمِعْتُهُ يَنْهَى عَنْ كَثْرَةِ السُّؤَالِ، وَإِضَاعَةَ الْمَالِ، وَعَنْ قِيْلَ وَقَالَ.

Dari Warrad, jurutulis Al-Mughirah bin Syu’bah, dia berkata, “Mu’awiyah pernah menulis surat kepada Al-Mughirah yang isinya, ‘Kirimkanlah surat kepadaku yang isinya tentang apa yang pernah engkau dengar dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.'” Warrad berkata, “Maka dia melakukannya untukku dan ku tulis ucapannya yang berbunyi, ‘Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang banyak bertanya, dan membuang-buang harta serta desas-desus menyatakan ini dan itu.'”

[Sahih. Ad-Da’ifah di bawah penjelasan hadis (5598)]

BAB 8
ALLAH MELAKNAT ORANG YANG MELAKNAT KEDUA ORANG TUANYA

116. ‘Amr bin Marzuq menceritakan kepada kami, dia berkata: Syu’bah mengkhabarkan kepada kami dari Al-Qasim bin Abi Bazzah:

عَنْ أَبِيْ الطُّفَيْلِ قَالَ : سُئِلَ عَلِيَّ : هَلْ خَصَّكُمُ النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم بِشَيْءِِ لَمْ يَخُصَّ بِهِ النَّاسَ كَافَّةََ؟ قَالَ : مَا خَصَّنَا رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم بِشَيْءِِ لَمْ خُصَّ بِهِ النَّاسَ؛ إِلَّا مَا فِي قَرَابِ سَيْفِي، ثُمَّ أَخْرَجَ صَحِيْفَةََ، فَإِذَا فِيْهَا مَكْتُوْبُُ : لَعَنَ اللهُ مَنْ ذَبَحَ لِغَيْرِ اللهِ، لَعَنَ اللهُ مَنْ سَرِقَ مَنَارَ الْأَرْضِ، لَعَنَ اللهُ مَن لَعَنَ وَالِدَيْهِ، لَعَنَ اللهُ مَنْ آوَى مُحْدِثََا.

Dari Abut Tufail, dia berkata, “Suatu ketika ‘Ali ditanya, ‘Apakah Nabi mengkhususkanmu dengan sesuatu yang seluruh manusia tidak diberinya?’ ‘Ali lalu menjawab, ‘Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mengkhususkan kamid engan sesuatu yang tidak diberikan kepada seluruh manusia, kecuali sesuatu yang ada pada sarung pedangku ini.’ Lalu dia mengeluarkan secarik kertas yang bertuliskan, ‘Allah melaknat siapa yang menyembelih binatang untuk selain Allah, Allah melaknat siapa yang mencuri tanda batasan tanah, Allah melaknat siapa yang melaknat kedua orang tuanya, Allah melaknat siapa yang melindungi (membantu) orang yang berbuat kerosakan di bumi.'”

[Sahih. Al-Misykah (4080). Muslim (35) kitab Al-Adhahi (hadis 44-45)]

Video Penuh & Teks Hadis : https://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-al-adab-al-mufrad-siri-5/

SEGMEN PILIHAN

– Syirik adalah Musuh Besar kepada Tauhid, Dosanya Tidak Diampunkan : https://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-syirik-adalah-musuh-besar-kepada-tauhid-dosanya-tidak-diampunkan/

– Derhaka kepada Ibu Bapa Merupakan Dosa Besar Selepas Syirik : https://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-derhaka-kepada-ibu-bapa-merupakan-dosa-besar-selepas-syirik/

– Khawarij Mengkafirkan Pelaku Dosa Besar : https://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-khawarij-mengkafirkan-pelaku-dosa-besar/

– Haramnya Berdebat & Banyak Bertanya Tanpa Keperluan : https://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-haramnya-berdebat-banyak-bertanya-tanpa-keperluan/

– Hilangnya Sunnah Tabayyun & Tasabbut dalam Menyebarkan Berita : https://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-hilangnya-sunnah-tabayyun-tasabbut-dalam-menyebarkan-berita/

– Bantah Anti-Hadis : Hadis Telah Tertulis Sejak Zaman Nabi Lagi! : https://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-bantah-anti-hadis-hadis-telah-tertulis-sejak-zaman-nabi-lagi/

– Haram Menyembelih Binatang Kerana Selain Allah : https://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-haram-menyembelih-binatang-kerana-selain-allah/

– Haram Mengambil Hak Tanah Orang Lain : https://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-haram-mengambil-hak-tanah-orang-lain/

– Allah Laknat Orang yang Melaknat Kedua Ibu Bapanya : https://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-allah-laknat-orang-yang-melaknat-kedua-ibu-bapanya/

– Orang yang Membantu Ahli Bid’ah Juga Dilaknat : https://www.ilmusalaf.com/2014/05/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-orang-yang-membantu-ahli-bidah-juga-dilaknat/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom