USTAZ AHMAD FAZRIN BIN YAHAYA AL-HAFIZ
Kitab Al-Adab Al-Mufrad tulisan Imam Al-Bukhari rahimahullah – Siri 8 – Bab 13 (Berbakti kepada Kedua Orang Tua yang Musyrik), Bab 14 (Tidak Boleh Menghina Kedua Orang Tua), Bab 15 (Hukuman Derhaka kepada Kedua Orang Tua), Bab 16 (Tangisan Kedua Orang Tua) & Bab 17 (Doa Kedua Orang Tua) – Hadis No. 25, 27, 28, 29, 31, 32

TARIKH : Rabu (20 Sya’ban 1435H / 18 Jun 2014)
MASA : 9.00 Malam

BAB 13
BERBAKTI KEPADA KEDUA ORANG TUA YANG MUSYRIK

25. Al-Humaidi menceritakan kepada kami, dia berkata: Ibnu ‘Uyainah menceritakan kepada kami, dia berkata: Hisyam bin Urwah menceritakan kepada kami, dia berkata: Ayahku mengkhabarkan kepadaku, dia berkata:

أَخْبَرْتَنِيْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِيْ بَكْرِِ قالَتْ : أَتَتْنِيْ أُمِّي رَاغِبَةُُ فِي عَهْدِ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم، فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صلّى الله عليه وسلّم : أَصِلُهَا؟ قَالَ : نَعَمْ. قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ : فَأَنْزَلَ اللهُ عزّ وجلّ فِيْهَا : (لَّا يَنۡهَٮٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَـٰتِلُوكُمۡ فِى ٱلدِّينِ).

Asma’ binti Abu Bakar mengkhabarkan kepadaku, dia berkata, “Ibuku datang dalam keadaan rindu kepadaku di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Apakah aku boleh menjumpainya?’ Baginda menjawab, ‘Boleh.’ Ibnu ‘Uyainah berkata, ‘Lalu Allah ‘azza wa jalla menurunkan (Surah Al-Mumtahanah, ayat 8), ‘Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu)’.'”

[Sahih. Sahih Abu Dawud (1467). Al-Bukhari (51) kitab Al-Hibah (29) bab Al-Hadiyyah lil Musyrikin, Muslim (12) kitab Az-Zakat (hadis 49-50)]

BAB 14
TIDAK BOLEH MENGHINA KEDUA ORANG TUA

27. Muhammad bin Katsir menceritakan kepada kami, dia berkata: Sufyan mengkhabarkan kepada kami, dia berkata: Sa’d bin Ibrahim menceritakan kepadaku dari Humaid bin ‘Abdirrahman:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِِو قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم : مِنَ الْكَبَائِرِ أَنْ يَشْتُمَ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ، فَقَالُوا : كَيْفَ يَشْتُمُ؟ قَالَ : يَشْتُمُ الرَّجُلُ فَيَشْتُمُ أَبَاهُ وَأُمَّهُ.

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Salah satu dosa besar adalah jika salah seorang mencerca kedua orang tuanya.’ Para Sahabat lalu bertanya, ‘Bagaimana dia boleh mencercanya?’ Baginda menjawab, ‘Dia mencerca seseorang lalu orang itu mencerca ayah dan ibunya.'”

[Sahih. At-Ta’liqur Raghib (3/221). Al-Bukhari (78) kitab Al-Adab bab La Yasubbur Rajul Walidaihi, Muslim (1) kitab Al-Iman (146)]

28. Muhammad bin Salam menceritakan kepada kami, dia berkata : Makhlad mengkhabarkan kepada kami, dia berkata:

أَخْبَرْنَا ابْنُ جُرَيْجِِ قَالَ : سَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنِ الْحَارِثِ بْنِ سُفْيَانَ يَزْعُمُ أَنَّ عُرْوَةَ بْنِ عِيَاضِِ أَخْبَرَهُ، أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللهِ بْنِ عَمْرِِو بْنِ الْعَاصِ يَقُوْلُ : مِنَ الْكَبَائِرِ عِنْدَ اللهِ تَعَالَى أَنْ يَسْتَسِبَّ الرَّجُلُ لِوَالِدِهِ.

[Hasanul Isnad]

BAB 15
HUKUMAN DERHAKA KEPADA KEDUA ORANG TUA

29. ‘Abdullah bin Yazid menceritakan kepada kami, dia berkata, ‘Uyainah bin ‘Abdirrahman menceritakan kepada kami dari ayahnya:

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم قَالَ : مَا مِنْ ذَنْبِِ أَجْدَرُ أَنْ يُعَجِّلَ لِصَاحِبِهِ الْعُقُوْبَةُ مَعَ مَا يُدَّخِرُ لَهُ مِنَ الْبَغْيِ وَقَطِيْعَةَ الرَّحِمَ.

Daripada Abu Bakrah, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda, “Tidak ada dosa yang lebih pantas untuk disegerakan balasannya (di dunia ini) berikut dosa yang disimpan untuknya (di akhirat) daripada orang yang melampaui batas dan memutuskan silaturrahim.”

[Sahih. As-Sahihah (918, 928). Abu Dawud (40) kitab Al-Adab (43) bab An-Nahyu ‘anil Baghyi, At-Tirmidzi (351) kitab Al-Qiyamah (57) bab Haddatsana ‘Ali bin Hajar, Ibnu Majah (31) kitab Az-Zuhd (23) bab Al-Baghyu (hadis 4211)]

BAB 16
TANGISAN KEDUA ORANG TUA

31. Musa menceritakan kepada kami, dia berkata: Hammad bin Salamah menceritakan kepada kami daripada Ziyad bin Mikhraq:

عَنْ طَيْسَلَةَ، أَنَّهُ سَمِعَ ابْنَ عُمَرَ يَقُوْلُ : بُكَاءُ الْوَالِدَيْنِ مِنَ الْعُقُوْقِ وَالْكَبَائِرِ.

Dari Taisalah, bahawa ia mendengar Ibnu ‘Umar berkata, “Tangisan kedua orang tua termasuk kederhakaan dan dosa besar.”

[Sahih. As-Sahihah (2898)]

BAB 17
DOA KEDUA ORANG TUA

32. Mu’az bin Fudhalah menceritakan kepada kami, dia berkata: Hisyam menceritakan kepada kami daripada Yahya -ia adalah Ibnu Abi Katsir-:

عَنْ أَبِيْ جَعْفَرِِ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُوْلُ : قَالَ النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم : ثَلَاثُ دَعَوَاتِِ مُسْتَجَابَاتُُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيْهِنَّ : دَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَالِدِهِ.

Daripada Abu Ja’far bahawa dia mendengar Abu Hurairah berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tiga doa yang terkabul yang tidak diragukan padanya, iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang yang musafir dan doa orang tua untuk anaknya.'”

[Hasan. As-Sahihah (596). Abu Dawud (8) kitab As-Solah (29) bab Ad-Du’a bi Zhahril Ghaib, At-Tirmidzi (25) kitab Al-Birr was Silah (7) bab Maa Ja’a fi Da’watil Walidain, Ibnu Majah (34) kitab Ad-Du’a (11) bab Da’watul Walidain wa Da’watul Maslum (hadis 3826)]

Video Penuh & Teks Hadis : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-al-adab-al-mufrad-siri-8/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom