USTAZ (PROF. MADYA) DR. FADLAN BIN MOHD OTHMAN
Kitab Manhaj at-Talaqqi wal Istidlal baina Ahlus Sunnah wal Mubtadi’ah (Methodologi Pengambilan Ilmu & Pengolahan Dalil antara Ahli Sunnah & Ahli Bid’ah) tulisan Syaikh Ahmad bin Abdur Rahman As-Suwaiyan – Siri 14

TARIKH : Isnin (25 Zulhijjah 1435H / 20 Oktober 2014)
MASA : 9.00 Malam

USUL-USUL ILMIAH UNTUK MEMAHAMI NAS-NAS SYARIAH DAN MEMPELAJARINYA

Keempat: Mengetahui matlamat-matlamat Pensyariatan Islam:

Di antara kelebihan Allah dan rahmat-Nya kepada Umat ini, Dia mensyariatkan kesemua hukum-hukum kerana matlamat-matlamat dan tujuan-tujuan agung yang kesemuanya terbina untuk maslahat sekalian hamba di Dunia mereka dan Akhirat mereka. Allah -تعالى- berfirman:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ (٥٧)

{Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.} [Yunus : 57].

Berkata Ibnu Taimiyah: »Syariah binaannya adalah di atas menghasilkan maslahah-maslahah dan menyempurnakannya, menghentikan mafsadah-mafsadah dan mengurangkannya seberapa mungkin, serta mengenal yang terbaik di antara dua yang baik dan yang terburuk di antara dua yang buruk, supaya ia dapat didahulukan ketika bercelaru yang terbaik di antara dua yang baik, dan ditolak yang terburuk di antara dua yang buruk« [Minhaj As-Sunnah An-Nabawiah : (6\118)].

Berkata Ibnu Qayyim: »Sesungguhnya Syariah, asas dan binaannya adalah di atas hikmah-hikmah dan maslahah-maslahah sekalian hamba, di dalam kehidupan dan pada tempat kembali. Ia adalah keadilan seluruhnya, rahmat seluruhnya, maslahah-maslahah seluruhnya, dan hikmah seluruhnya. Setiap masalah yang keluar daripada keadilan kepada kezaliman, daripada rahmat kepada lawannya, daripada maslahah kepada mafsadah, dan daripada hikmah kepada sia-sia, ia bukanlah daripada Syariah, sekalipun ia dimasukkan ke dalamnya dengan pentakwilan. Kerana Syariah adalah keadilan Allah di antara hamba-hamba-Nya, rahmat-Nya, rahmat-Nya di antara makhluk-makhluk-Nya, payungan-Nya di Bumi-Nya, hikmah-Nya yang menunjukkan kepada-Nya dan kepada kebenaran Rasul-Nya -صلى الله عليه وسلم- dengan sesempurna-sempurna dan sebenar-benar petunjuk« [Ei’lam Al-Muwaqqi’ein : (3\14)].

Sesungguhnya mengenal matlamat pensyariatan dan tujuan hukum-hukum akan membantu mujtahid di dalam menggambarkan hukum-hukum secara sempurna, dan akan memeliharanya daripada jatuh kepada kepungan masalah-masalah juzuk dan nas-nas yang terputus. Dari itu, dia akan mampu untuk menilai maslahah-maslahah dan menimbangnya, mendahulukan apa yang wajib didahulukan, berijtihad ketika masalah-masalah mendatang, serta meletakkan semua perkara pada tempatnya yang layak untuknya dari segi syarak dan akal. Kerana ini, para Ulama telah memperincikan tentang kajian perkara-perkara kemestian, perkara-perkara keperluan dan perkara-perkara keelokan, serta mereka meletakkan kaedah-kaedah fiqh yang diambil dari dalil-dalil syar’ie bagi mengenal matlamat-matlamat Syariah. Ada di antaranya kaedah-kaedah untuk mengangkat kesempitan dan menolak kemudharatan, kaedah-kaedah untuk menahan kerosakan-kerosakan yang lebih besar, kaedah-kaedah untuk menjelaskan maslahah-maslahah mendatang .. dan penyuluh-penyuluh selainnya yang akan membantu seseorang mujtahid untuk meletakkan nas-nas pada tempat-tempatnya, serta mengambilnya dengan matlamat-matlamatnya, walau bagaimana berlainan masa dan keadaan, juga supaya dilindungi ijtihad daripada kesesatan dan penyelewengan. [Imam As-Syatibi -رحمه الله تعالى- mempunyai usaha yang terpuji di dalam membahaskan tajuk ini serta menjelaskan masalah-masalah dan cabang-cabangnya. Itulah adalah di dalam kitab beliau yang hebat : (Al-Muwafaqaat). Begitu juga Al-Izz bin Abdussalam -رحمه الله تعالى- mempunyai kata-kata yang hebat di dalam kitabnya: (Qawaid Al-Ahkam fi Masolih Al-Anam). Dua kitab ini adalah di antara yang elok dirujuk dan dikaji oleh para pendakwah dan penuntut-penuntut ilmu.]

Mungkin kelalaian tentang bab yang agung ini telah membawa sebahagian penuntut fiqh kerdil dari kalangan manusia masa kini kepada lahiriah keterlaluan, yang melucutkan nas-nas daripada matlamat-matlamat dan hikmah-hikmahnya, membeku pada huruf-hurufnya, merosakkan persepaduan dan pertaliannya, melupakan petunjuk-petunjuknya yang dalam dan makna-maknanya yang halus, lalu muncullah percampuran dan teraba-raba ..!

Saya kira, pengajian matlamat-matlamat Pensyariatan Islam adalah di antara keutamaan-keutamaan penting yang mesti dititikberatkan oleh para Ulama dan penuntut-penuntut ilmu. Sebagaimana ia juga harus dititikberatkan oleh para pendakwah dan pengislah di tapak-tapak semaian didikan mereka. Tajuk ini adalah di antara timbangan-timbangan penting yang membantu untuk meluaskan lingkungan, mendalamkan pandangan, serta mengkaji nas-nas dan kejadian-kejadian dengan kesyumulan yang bersepadu.

Video Penuh & Teks Kitab : https://www.ilmusalaf.com/2014/10/ustaz-fadlan-othman-manhaj-at-talaqqi-wal-istidlal-baina-ahlus-sunnah-wal-mubtadiah-siri-14/
Muatturun Nota : https://www.mediafire.com/?rtlanonkst9t2m6

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom