USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Tafsir Ibnu Katsir tulisan Al-Imam Abul Fida’ Ismail bin Umar bin Katsir (Ibnu Katsir) – Siri 22 – Surah Al-Ghasyiyyah, ayat 1-26

TARIKH : Khamis (25 Safar 1436H / 18 Disember 2014)
MASA : 9.00 Malam

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

هَلۡ أَتَٮٰكَ حَدِيثُ ٱلۡغَـٰشِيَةِ (١) وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ خَـٰشِعَةٌ (٢) عَامِلَةٌ۬ نَّاصِبَةٌ۬ (٣) تَصۡلَىٰ نَارًا حَامِيَةً۬ (٤) تُسۡقَىٰ مِنۡ عَيۡنٍ ءَانِيَةٍ۬ (٥) لَّيۡسَ لَهُمۡ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ۬ (٦) لَّا يُسۡمِنُ وَلَا يُغۡنِى مِن جُوعٍ۬ (٧) وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ نَّاعِمَةٌ۬ (٨) لِّسَعۡيِہَا رَاضِيَةٌ۬ (٩) فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ۬ (١٠) لَّا تَسۡمَعُ فِيہَا لَـٰغِيَةً۬ (١١) فِيہَا عَيۡنٌ۬ جَارِيَةٌ۬ (١٢) فِيہَا سُرُرٌ۬ مَّرۡفُوعَةٌ۬ (١٣) وَأَكۡوَابٌ۬ مَّوۡضُوعَةٌ۬ (١٤) وَنَمَارِقُ مَصۡفُوفَةٌ۬ (١٥) وَزَرَابِىُّ مَبۡثُوثَةٌ (١٦) أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلۡإِبِلِ ڪَيۡفَ خُلِقَتۡ (١٧) وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ ڪَيۡفَ رُفِعَتۡ (١٨) وَإِلَى ٱلۡجِبَالِ كَيۡفَ نُصِبَتۡ (١٩) وَإِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَيۡفَ سُطِحَتۡ (٢٠) فَذَكِّرۡ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَڪِّرٌ۬ (٢١) لَّسۡتَ عَلَيۡهِم بِمُصَيۡطِرٍ (٢٢) إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ (٢٣) فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَكۡبَرَ (٢٤) إِنَّ إِلَيۡنَآ إِيَابَہُمۡ (٢٥) ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا حِسَابَہُم (٢٦)

Dengan nama Allah, yang mempunyai rahmat yang luas, yang memberi rahmat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? (1) Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina. (2) Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah. (3) Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar). (4) Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya. (5) Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri. (6) Yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun. (7) (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri. (8) Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia). (9) (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga yang tinggi (tempat kedudukannya dan darjatnya). (10) Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia. (11) Di dalam Syurga itu ada mata air yang mengalir. (12) Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya). (13) Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka). (14) Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar). (15) Serta hamparan-hamparan yang terbentang. (16) (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.? (18) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? (20) Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan. (21) Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). (22) Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta dia kufur ingkar. (23) Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya. (24) Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka. (25) Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka. (26)

[Surah Al-Ghasyiyyah, ayat 1-26]

Video Penuh & Teks Al-Quran : https://www.ilmusalaf.com/2014/12/ustaz-idris-sulaiman-tafsir-ibnu-katsir-siri-22/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom