Screen Shot 2013-04-25 at 1.35.07 AM
“Umdatul Ahkam” – Siri 17
Bab Mandi Janabah ( Junub ) – Hadis No. 31-33
Penceramah : Ustaz Idris bin Sulaiman
Tarikh : 23 April 2013 (Selasa)
Tempat : MEDIU, Tingkat 8, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

HADIS NO. 31

Abu Hurairah رضى اللّه عنه menuturkan bahawa Nabi صلّى اللّه عليه وسلّم bertemu dengannya di salah satu jalan di kota Madinah. Ketika itu dia dalam keadaan junub. Abu Hurairah mengatakan, “Aku menghindar dari beliau dan pergi untuk mandi. Aku lantas menemui beliau.”

Nabi bersabda, “Dimana kamu tadi wahai Abu Hurairah?”

“Aku tadi sedang junub kerana itu aku enggan duduk-duduk denganmu dalam keadaan tidak suci,” jawab Abu Hurairah.

Nabi bersabda, “Maha Suci Allah, sesungguhnya seorang Muslim -dalam riwayat lain, Mukmin- tidaklah najis.”

[HR al-Bukhari dalam al-Ghusl (285)]

HADIS NO. 32

Aisyah رضى اللّه عنها menuturkan bahawa jika Rasulullah صلّى اللّه عليه وسلّم hendak mandi janabah, maka beliau membasuh kedua telapak tangannya lantas berwudhu’ seperti wudhu’ untuk solat, kemudian menyela-nyela rambutnya dengan kedua tangannya hingga beliau telah merasa yakin bahawa beliau telah membasahi kulit kepalanya, beliau mengguyurnya dengan air sebanyak tiga kali, kemudian membasuh anggota tubuh yang lainnya.

[HR al-Bukhari dalam al-Ghusl (285), Nasaai dalam al-Ghusl dan at-Tayammum (417)]

HADIS NO. 33

Aisyah mengatakan, “Aku pernah mandi bersama Rasulullah صلّى اللّه عليه وسلّم dari satu bejana dan kami mendiduk air dari bejana itu berbaringan”

[HR al-Bukhari dalam al-Ghusl (273), Nasaai dalam ath-Thaharah (232)]

Video Penuh : http://www.youtube.com/watch?v=zTkmUmqcjfI

SEGMEN PILIHAN

– Menegur Orang Yang Jahil : http://www.youtube.com/watch?v=Bc8aS4xcLMQ

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom