USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi
Siri 38 – Bab Sifat Solat Nabi – Hadis No. 88-91

TARIKH : Selasa (28 Januari 2014)
MASA : Selepas Isyak
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

٨٨ – عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيَّ صلّى الله عليه وسلّم كَانَ يَرْفَعُ بِيَدَيْهِ حَذْوَ مَنْكَبَيْهِ إِذَا افْتَتَحَ الصَّلَاةَ وَإِذَا كَبَّرَ لِلرُّكُوْرِ وَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوْعِ : رَفَعَهُمَا كَذَلِكَ وَقَالَ : سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، وَكَانَ لَا يَفْعَلُ ذَلِكَ فِيْ السُّجُوْدِ

88. Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma menuturkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengangkat kedua tangannya sejajar dengan kedua bahunya tatkala takbiratul ihram dan bertakbir ketika rukuk. Jika baginda mengangkat kepala setelah rukuk, baginda mengangkat kedua tangan sedemikian rupa seraya mengatakan, “Sami’allahu liman hamidah rabbana wa lakal hamd (Allah mendengar orang yang memujinya. Duhai Tuhan kami, segala puji untuk-Mu)”. Nabi tidak mengangkat kedua tangannya ketika hendak sujud.

[HR. Bukhari dalam Al-Azan (735)]

٨٩ – عَنِ ابْنِ عَبَّاسِِ رضي الله عنهما قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم : أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظَمِِ : عَلَى الْجَبْهَةِ -وَأَشَارَ بِيَدِهِ إِلَى أَنْفِهِ – وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ

89. Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku diperintahkan untuk bersujud di atas tujuh tulang (iaitu) dahu, -baginda mengisyaratkan kepada hidungnya-, kedua telapak tangannya, kedua lututnya dan hujung-hujung jari kedua kaki.”

[HR. Nasaai dalam Ath-Tathbiiq (1085)]

٩٠ – عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم إِذَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ يُكَبِّرُ حِيْنَ يَقُوْمُ، ثُمَّ يُكَبِّرُ حِيْنَ يَرْكَعُ، ثُمَّ يَقُوْلُ : سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، حِيْنَ يَرْفَعُ صُلْبَهُ مِنَ الرُّكُوْعِ ثُمَّ يَقُوْلُ – وَهُوَ قَائِمُُ – “رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، ثُمَّ يُكَبِّرُ حِيْنَ يَهْوِيْ سَاجِدََا، ثُمَّ يُكَبِّرُ حِيْنَ يَرْفَعُ رَأْسَهُ ثُمَّ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِيْ صَلَاتِهِ كُلِّهَا حَتَّى يَقْضِيَهَا وَيُكَبِّرُ حِيْنَ يَقُوْمُ مِنَ الثِّنْتَيْنِ بَعْدَ الْجُلُوْسِ

90. Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam jika hendak mengerjakan solat, baginda bertakbir ketika berdiri, kemudian bertakbir ketika rukuk, lalu mengucapkan, “Sami’allahu liman hamidah” ketika mengangkat tulang belakangnya setelah rukuk. Tatkala berdiri, baginda mengucapkan, “Rabbana wa lakal hamd.”

[HR. Nasaai dalam Ath-Tathbiiq (1138), Bukhari dalam Al-Azan (789)]

٩١ – عَنْ مَطَرِّفِ بْنِ عَبْدِ اللهِ قَالَ : صَلَّيْتُ أَنَا وَعِمْرَانُ بْنِ حُصَيْنِِ خَلْفَ عَلِيِّ بْنِ أَبِيْ طَالِبِِ رضي الله عنه فَكَانَ إَذَا سَجَدَ كَبَّرَ، وَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ كَبَّرَ، وَإِذَا نَهَضَ مِنَ الرَّكْعَتَيْنِ كَبَّرَ، فَلَمَّا قَضَى الصَّلَاةَ أَخَذَ بِيَدِي عِمْرَانُ بْنُ حُصَيْنِِِ فَقَالَ : قَدْ ذَكَّرَنِيْ هَذَا صَلَاةَ مُحَمَّدِِ صلّى الله عليه وسلّم أَوْ قَالَ : صَلَّى بِنَا صَلَاةَ مُحَمَّدِِ صلّى الله عليه وسلّم

91. Mutharrif bin Abdullah mengatakan, “Aku dan Imran bin Hushain mengerjakan solat di belakang (bermakmum kepada) Ali bin Abu Thalib radhiyallahu ‘anhu. Jika hendak sujud, beliau bertakbir. Jika mengangkat kepalanya, beliau juga bertakbir. Jika bangkit dari rakaat kedua, beliau bertakbir. Ketika solat telah selesai, Imran bin Hushain memegang tanganku dan mengatakan, ‘Cara solat ini mengingatkanku dengan tatacara (atau sifat) solat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.’ atau boleh jadi dia mengatakan, ‘Dia telah mengimami kita dengan tatacara solat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.”

[HR. Bukhari dalam Al-Azan (786)]

Video Penuh & Teks Hadis : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-38/

SEGMEN PILIHAN

– Mengangkat Kedua Tangan dalam Takbir Solat & Hikmahnya : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-mengangkat-kedua-tangan-dalam-takbir-solat-hikmahnya/

– 7 Anggota Sujud & Hikmahnya : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-7-anggota-sujud-hikmahnya/

– Penghalang di Dahi di Tempat Sujud : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-penghalang-di-dahi-di-tempat-sujud/

– Beberapa Lafaz Doa Tambahan ketika Iktidal : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-beberapa-lafaz-doa-tambahan-ketika-iktidal/

– Posisi & Keadaan Tangan Ketika Berdiri dalam Solat : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-posisi-keadaan-tangan-ketika-berdiri-dalam-solat/

– Posisi & Keadaan Tangan Ketika Iktidal : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-posisi-keadaan-tangan-ketika-iktidal/

– Jangan Turun Sujud Seperti Unta : Dahulukan Tangan atau Lutut? : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-jangan-turun-sujud-seperti-unta-dahulukan-tangan-atau-lutut/

– Tunduk, Cium & Peluk Ketika Bersalaman Sebagai Tanda Hormat : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-tunduk-cium-peluk-ketika-bersalaman-sebagai-tanda-hormat/

– Hidupkan Sunnah Berjabat Tangan dengan Betul : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-idris-sulaiman-hidupkan-sunnah-berjabat-tangan-dengan-betul/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom