USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 41 – Bab Kewajipan Tamakninah dalam Rukuk dan Sujud – Hadis No. 101

TARIKH : Selasa (11 Mac 2014)
MASA : Selepas Isyak
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

١٠١ – عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَدَخَلَ رَجُلُُ فَصَلَّى، ثُمَّ جَاءَ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم، فَقَالَ : ارْجِعْ فَصَلِّ، فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ، فَرَجَعَ الرَّجُلُ فَصَلَّى كَمَا كَانَ صَلَّى، ثُمَّ جَاءَ فَسَلَّمَ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم: وَعَلَيْكَ السَّلَامُ، ثُمَّ قَالَ : ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ -ثَلَاثََا- فَقَالَ الرَّجُلُ: وَالَّذِيْ بَعَثَكَ بِالْحَقِّ مَا أُحْسِنُ غَيْرَهُ، فَعَلَّمَنِيْ. فَقَالَ صلّى الله عليه وسلّم: إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَكَبِّرْ ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ الْقُرْءَآنِ، ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعََا، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمََا، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدََا، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسََا، ثُمَّ افْعَلْ ذَلِكَ فِيْ صَلَاتِكَ كُلِّهَا

101. Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk ke masjid. Kemudian ada seorang yang juga masuk lalu solat. (Setelah solat) orang tersebut menghampiri Nabi dan mengucapkan salam.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab salamnya dan bersabda, “Ulangilah solatmu kerana engkau belum solat.”

Orang tersebut lantas kembali mengerjakan solat seperti mulanya. (Setelah solat) orang tersebut menghampiri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mengucapkan salam kepadanya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membalas, “Wa’alaika as-Salam.”

“Ulangilah solatmu kerana engkau belum solat,” jawab Nabi tiga kali.

Orang tersebut mengatakan, “Demi yang mengutuskanmu dengan kebenaran, aku tidak dapat melakukan lebih baik daripada itu. Oleh kerana itu, ajarilah aku.”

Nabi bersabda, “Jika engkau bangkit mengerjakan solat, maka bertakbirlah, lalu bacalah Al-Quran yang mudah bagimu, kemudian rukuklah hingga engkau rukuk dengan tamakninah, lantas angkatlah (kepalamu) hingga engkau berdiri tegak. Setelah itu, sujudlah sampai engkau sujud dengan tamakninah, lalu angkatlah (kepalamu) hingga engkau tamakninah dalam keadaan duduk. Kerjakanlah yang demikian itu dalam seluruh solatmu.”

[HR. Bukhari dalam Al-Azan (793)]

Video Penuh & Teks Hadis : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-41/

SEGMEN PILIHAN

– Nasihat Berkenaan Peristiwa Kehilangan Kapal Terbang #MH370 : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-nasihat-berkenaan-peristiwa-kehilangan-kapal-terbang-mh370/

– Perbincangan Ulama Tentang Keperluan Membaca Al Fatihah dalam Solat : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-perbincangan-ulama-tentang-keperluan-membaca-al-fatihah-dalam-solat/

– Perbincangan Ulama Tentang Kewajipan Tamakninah dalam Rukuk & Sujud : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-perbincangan-ulama-tentang-kewajipan-tamakninah-dalam-rukuk-sujud/

– Perkara Wajib & Tidak Wajib di dalam Solat : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-perkara-wajib-tidak-wajib-di-dalam-solat/

– Larangan Mengikat Rambut & Melipat Pakaian dalam Solat : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-larangan-mengikat-rambut-melipat-pakaian-dalam-solat/

– Nak Isbal atau Lipat Seluar Ketika Solat? : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-nak-isbal-atau-lipat-seluar-ketika-solat/

– Dosa Kecil Dilakukan Berulang Kali Menjadi Dosa Besar : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-dosa-kecil-dilakukan-berulang-kali-menjadi-dosa-besar/

Dengarkan juga nasihat oleh Ustaz Rasul bin Dahri agar mendoakan kebaikan buat mangsa pesawat #MH370 di sini : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-rasul-dahri-doakan-mangsa-pesawat-mh370/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom