USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 42 – Bab Bacaan Al-Quran dalam Solat – Hadis No. 102-105

TARIKH : Selasa (18 Mac 2014)
MASA : Selepas Isyak
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

١٠٢ – عَنْ عُبَادَةُ بْنِ الصَّامِتِ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللَّهِ صلّى الله عليه وسلّم قَالَ : لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَهِ الْكِتَابِ

102. Ubadah bin As-Somit radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak ada solat buat sesiapa yang tidak membaca Al-Fatihah.”

[HR. Bukhari dalam Al-Azan (756)]

١٠٣ – عَنْ أَبِيْ قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رضي الله عنه قَالَ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم يَقْرَأُ فِيْ الرَّكْعَتَيْنِ الْأُوْلَيَيْنِ مِنْ صَلَاةِ الظُّهْرِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَسُوْرَتَيْنِ يُطَوِّلُ فِيْ الْأُوْلَى وَيُقَصِّرُ فِيْ الثَّانِيَةِ وَفِيْ الرَّكْعَتَيْنِ الْأُخْرَيَيْنِ بِأُمِّ الْكِتَابِ، وَكَانَ يُطَوِّلُ فِيْ الرَّكْعَةِ الْأُوْلَى فِيْ صَلَاةِ الصُّبْحِ وَيُقَصِّرُ فِيْ الثَّانِيَةِ

103. Abu Qatadah Al-Ansari radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah membaca Al-Fatihah dan dua surah dalam dua rakaat pertama solat Zohor. Baginda memanjangkan (bacaan) pada rakaat pertama dan memendekkan (bacaan) pada rakaat kedua. Pada dua rakaat yang lain, baginda membaca Al-Fatihah. Pada solat Subuh, baginda memanjangkan (bacaan) pada rakaat pertama dan memendekkan (bacaan) pada rakaat kedua.”

[HR. Bukhari dalam Al-Azan (759)]

١٠٤ – عَنْ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمِِ رضي الله عنه قَالَ : سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلّى الله عليه وسلّم يَقْرَأُ فِيْ الْمَغْرِبِ بِالطُّوْرِ

104. Jubair bin Mut’im radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca surat At-Tuur ketika solat Maghrib.”

[HR. Bukhari dalam Al-Jihad (765)]

١٠٥ – عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبِِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَِّ صلّى الله عليه وسلّم كَانَ فِيْ سَفَرِِ فَصَلَّى الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ فَقَرَأَ فِيْ إِحْدَى الرَّكْعَتَيْنِ بِ (وَالتِّيْنِ وَالزَّيْتُوْنِ)، فَمَا سَمِعْتُ أَحَدََا أَحْسَنَ صَوْتََا -أَوْ قِرَاءَةََ- مِنْهُ صلّى الله عليه وسلّم

105. Al-Bara’ bin Azib radhiyallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berada dalam satu perjalanan, baginda mengerjakan solat Isyak yang akhir dan membaca, ‘Wat tiini waz zaitun’ dalam salah satu rakaatnya. Aku belum pernah mendengar seorang pun yang memiliki suara atau bacaan yang lebih indah daripada baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam.”

[HR. Muslim dalam As-Solat (769)]

Video Penuh & Teks Hadis : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-42/

SEGMEN PILIHAN

– Hukum Makmum Membaca Al-Fatihah dalam Solat : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-hukum-makmum-membaca-al-fatihah-dalam-solat/

– Memanjangkan Bacaan Surah pada Rakaat 1 & Memendekkan pada Rakaat 2 : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-memanjangkan-bacaan-surah-pada-rakaat-1-memendekkan-pada-rakaat-2/

– Bacalah Al-Quran dengan Merdu, Indah, Tartil & Berlagu : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-bacalah-al-quran-dengan-merdu-indah-tartil-berlagu/

– Pelihara Al-Quran yang Telah Dihafal, Jangan Biar Terlupa : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-pelihara-al-quran-yang-telah-dihafal-jangan-biar-terlupa/

– Tak Sempat Habiskan Bacaan Al-Fatihah, Imam Sudah Rukuk : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-tak-sempat-habiskan-bacaan-al-fatihah-imam-sudah-rukuk/

– Imam Menguatkan Sedikit Bacaan dalam Solat Sirriyyah untuk Mengajar : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-imam-menguatkan-sedikit-bacaan-dalam-solat-sirriyyah-untuk-mengajar/

– Umat Islam Sedang Dijajah Secara Halus : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-umat-islam-sedang-dijajah-secara-halus/

– Hukum Bekerja dengan Majikan Orang Kafir : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-hukum-bekerja-dengan-majikan-orang-kafir/

– Persepsi Negatif Terhadap Orang Berjanggut : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-idris-sulaiman-persepsi-negatif-terhadap-orang-berjanggut/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom