USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 59 – Bab Solat Jumaat – Hadis No. 145-147

TARIKH : Selasa (18 Muharram 1436H / 11 November 2014)
MASA : 9.00 Malam

١٤٥. عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ الله صلّى الله عليه وسلّم قَالَ : مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الجُمْعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ، ثُمَّ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْأُوْلَى، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةََ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةََ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشََا أَقْرَنَ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَة الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةََ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةََ، فَإِذَا خَرَجَ الْإِمَامُ حَضَرَتِ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُوْنَ الذِّكْرَ.

145. Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa mandi pada hari Jumaat seperti halnya mandi janabah dan lalu (ke masjid) di awal waktu, maka seolah-olah dia telah bersedekah seekor unta yang gemuk. Siapa sahaja yang pergi pada waktu yang kedua, maka seolah-olah dia telah bersedekah seekor sapi. Siapa pun yang pergi pada waktu yang ketiga, maka seolah-olah dia telah bersedekah seekor domba jantan yang bertanduk. Barangsiapa yang pergi pada waktu yang keempat, maka dia seolah-olah bersedekah dengan ayam. Siapa sahaja yang pergi pada waktu yang kelima, maka seolah-olah dia bersedekah dengan telur. Jika imam telah keluar (untuk berkhutbah), maka Malaikat pun hadir untuk mendengarkan khutbah.”

[HR. Bukhari dalam Al-Jum’ah (881)]

١٤٦ – عَنْ سَلَامَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ رضي الله عنه -وَكَانَ مِنْ أَصْحَابِ الشَّجَرَةِ- قَالَ : كُنَّا نُصَلِّي مَعَ رَسُوْلِ الله صلَّى الله عليه وسلّم صَلَاةَ الْجُمُعَةِ، ثُمَّ نَنْصَرِفُ وَلَيْسَ لِلْحِيطَانِ ظِلُُّ نَسْتَظِلُّ بِهِ. وَفِي لَفْظِِ : كُنَّا نُجَمِّعُ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم إِذَا زَالَتِ الشَّمْسُ ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَتَتَبَّعُ الْفَيْءَ.

146. Salamah bin Al Akwa’ -beliau termasuk orang yang turut serta dalam bai’at Ridhwan- mengatakan, “Kami mengerjakan solat Jumaat bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kami lantas beranjak (daripada solat) sementara itu di kebun-kebun belum ada bayangan yang bisa untuk berteduh.”

Dalam lafaz lain dikatakan, “Kami mengerjakan solat Jumaat bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika matahari telah condong (ke barat), kemudian kami kembali dan mencari tempat berteduh.”

[HR. Bukhari dalam Al-Maghazi (4168), Muslim dalam Al-Jum’ah (32) di dalamnya terdapat lafaz “Natatabba'”]

١٤٧ – عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم يَقْرَأُ فِي صَلَاةِ الْفَجْرِ يَوْمَ الْجُمْعَةِ (الم تَنْزِيْلُ) (السَّجْدَةِ) وَ(هَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ) (الإنسان)

147. Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika mengerjakan solat Subuh pada hari Jumaat membaca, “Alif laam miim tanziil….” (Surah As-Sajdah) dan “Hal ataa ‘alal insani….” (Surah Al-Insan).

[HR. Muslim dalam Al-Jum’ah (64)]

Video Penuh & Teks Hadis : https://www.ilmusalaf.com/2014/11/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-59/

SEGMEN PILIHAN

– Tertinggal Solat Jumaat : https://www.ilmusalaf.com/2014/11/ustaz-idris-sulaiman-tertinggal-solat-jumaat/

– Wanita Ingin Solat Jumaat? : https://www.ilmusalaf.com/2014/11/ustaz-idris-sulaiman-wanita-ingin-solat-jumaat/

– Tempat dan Bilangan Yang Diperlukan Untuk Solat Jumaat : https://www.ilmusalaf.com/2014/11/ustaz-idris-sulaiman-tempat-dan-bilangan-yang-diperlukan-untuk-solat-jumaat/

– Panjangkanlah Solat & Pendekkan Khutbah Jumaat : https://www.ilmusalaf.com/2014/11/ustaz-idris-sulaiman-panjangkanlah-solat-pendekkan-khutbah-jumaat/

– Perbuatan Khatib Mengangkat Tangan dan Memegang Tongkat Ketika Khutbah Jumaat : https://www.ilmusalaf.com/2014/11/ustaz-idris-sulaiman-perbuatan-khatib-mengangkat-tangan-dan-memegang-tongkat-ketika-khutbah/

– Dakwaan Dianjurkan Jimak Malam Jumaat : https://www.ilmusalaf.com/2014/11/ustaz-idris-sulaiman-dakwaan-dianjurkan-jimak-malam-jumaat/

– Darurat Menghentikan Solat : https://www.ilmusalaf.com/2014/11/ustaz-idris-sulaiman-darurat-menghentikan-solat/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom