USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 63 – Bab Solat Istisqa (Meminta Hujan) – Hadis No. 157-158

TARIKH : Selasa (15 Rabiul Awwal 1436H / 6 Januari 2015)
MASA : 9.00 Malam

١٥٧ – عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ زَيْدِ بْنِ عَاصِمِِ الْمَزَانِيِّ رضي الله عنه قَالَ: خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَسْقِي فَتَوَجَّهَ إِلَى الْقِبْلَةِ يَدْعُو وَحَوَّلَ رِدَاءَهُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ فِيهِمَا بِالْقِرَاءَةِ. وَفِي لَفْظِِ: أَتَى الْمُصَلَّى.

157. Abdullah bin Zaid bin ‘Ashim Al-Mazini mengatakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah keluar untuk mengerjakan solat Istisqa. Baginda lalu menghadap kiblat dan berdoa seraya membalikkan selendangnya. Baginda lalu mengerjakan solat dua rakaat. Pada kedua rakaat tersebut, baginda mengeraskan bacaannya.”

Dalam suatu lafaz dikatakan, “Nabi mendatangi musolla.”

[HR. Bukhari dalam Al-Jum’ah (1304), Tirmidzi dalam Al-Jum’ah (512)]

١٥٤ – عَنْ أَبِيْ مَسْعُوْس -عُقْبَةَ بْنِ عَمْرِِو- الأَنْصَارِيِّ الْبَدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم: إِنَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ، يُخَوِّفُ اللهُ بِهِمَا عِبَادَهُ، وَإِنَّهُمَا لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدِِ مِنَ النَّاسِ وَلَا لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئََا، فَصَلُّوْا وَادْعُوْا اللهَ حَتَّى يَنْكَشِفَ مَا بِكُمْ.

154. Abu Mas;ud Uqbah bin Amr Al-Ansari Al-Badri radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Allah menggunakan keduanya untuk membuat hamba-hamba-Nya menjadi takut. Gerhana matahari dan bulan tidaklah terjadi kerana kematian dan kehidupan seseorang. Jika kalian menyaksikan sebahagian di antara gerhana tersebut, maka kerjakanlah solat dan berdoalah sehingga rasa takut itu hilang daripada diri kalian.”

[HR. Bukhari dalam Al-Kasuf (21)]

١٥٨ – عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، أَنَّ رَجُلًا دَخَلَ الْمَسْجِدَ يَوْمَ جُمُعَةٍ مِنْ بَابٍ كَانَ نَحْوَ دَارِ الْقَضَاءِ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَائِمٌ يَخْطُبُ ، فَاسْتَقْبَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَائِمًا ، ثُمَّ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلَكَتِ الْأَمْوَالُ وَانْقَطَعْتِ السُّبُلُ فَادْعُ اللَّهَ يُغِيثُنَا ، فَرَفَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَيْهِ ثُمَّ قَالَ : اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، قَالَ أَنَسٌ : وَلَا وَاللَّهِ مَا نَرَى فِي السَّمَاءِ مِنْ سَحَابٍ وَلَا قَزَعَةً ، وَمَا بَيْنَنَا وَبَيْنَ سَلْعٍ مِنْ بَيْتٍ وَلَا دَارٍ ، قَالَ : فَطَلَعَتْ مِنْ وَرَائِهِ سَحَابَةٌ مِثْلُ التُّرْسِ فَلَمَّا تَوَسَّطَتِ السَّمَاءَ انْتَشَرَتْ ثُمَّ أَمْطَرَتْ ، فَلَا وَاللَّهِ مَا رَأَيْنَا الشَّمْسَ سِتًّا ، ثُمَّ دَخَلَ رَجُلٌ مِنْ ذَلِكَ الْبَابِ فِي الْجُمُعَةِ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَائِمٌ يَخْطُبُ فَاسْتَقْبَلَهُ قَائِمًا فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلَكَتِ الْأَمْوَالُ وَانْقَطَعَتِ السُّبُلُ فَادْعُ اللَّهَ يُمْسِكْهَا عَنَّا ، قَالَ : فَرَفَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَيْهِ ثُمَّ قَالَ : ” اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ ” ، قَالَ : فَأَقْلَعَتْ وَخَرَجْنَا نَمْشِي فِي الشَّمْسِ ، قَالَ شَرِيكٌ : سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ أَهُوَ الرَّجُلُ الْأَوَّلُ ؟ فَقَالَ : مَا أَدْرِي .

قَالَ الْمُصَنِّفُ رحمه الله (الظَّرَابِ) الْجِبَالُ الصِّغَارُ.

وَ(الآكَامُ) جَمْعُ أَكَمَةِِ، وَهِيَ أَعْلَى مِنَ الرَّابِيَةِ وَدُوْنَ الْهَضَبَةَ.

وَ(دَارُ الْقَضَاءِ) دَارُ عُمَرَ بْنِ الْخَطَابِ رضي الله عنه، سُمِّيَتْ بِذَلِكَ لأَنَّهَا بِيْعَتْ فِيْ قَضَاءِ دَيْنِهِ.

158. Anas bin Malik menuturkan bahawa ada seorang lelaki yang memasuki masjid pada hari Jumaat melalui pintu yang menghadap ke arah Darul Qadha. Saat itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang berdiri dan berkhutbah. Orang tersebut lantas menghadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sambil berdiri dan berkata, “Duhai Rasulullah, harta benda sudah musnah dan laluan-laluan terputus. Oleh kerana itu, berdoalah kepada Allah agar menurunkan hujan untuk kami.”

Anas menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas mengangkat kedua tangannya dan berdoa, “Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami, turunkanlah hujan kepada kami dan turunkanlah hujan kepada kami.”

Anas berkata, “Demi Allah, tadinya kami tidak melihat mendung mahupun awan yang tipis. Saat itu di antara kami dan gunung Sal’in tidak ada satu rumah atau pun perkampungan.

Anas bercerita, “Kemudian muncullah mendung seperti kepulan awan di balik gunung tersebut. Ketika telah berada di tengah langit, maka mendung tersebut lantas tersebar. Setelah itu, turunlah hujan.”

Anas berkata, “Demi Allah, kami tidaklah melihat matahari selama seminggu.”

Anas menuturkan bahawa ada seorang lelaki yang masuk melalui pintu yang sama pada hari Jumaat berikutnya. Ketika itu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang berdiri berkhutbah. Lelaki tersebut lantas menghadap Rasulullah sambil berdiri dan mengatakan, “Hai Rasulullah, harta benda sudah musnah dan unta-unta telah melemah. Berdoalah kepada Allah agar menahan hujan untuk kami.”

Anas bercerita bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas mengangkat kedua tangannya dan berdoa, “Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, jangan di atas kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di atas anak-anak bukit, bukit-bukit, lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.”

Anas berkata, “Hujan pun reda dan kami mampu keluar berjalan di bawah sinar matahari.”

Syarik menuturkan bahawa dirinya lantas bertanya kepada Anas apakah orang yang meminta agar hujan reda tersebut adalah juga orang yang meminta turunnya hujan. Anas menjawab, “Aku tidaklah tahu.”

Penulis buku ini rahimahullah mengatakan bahawa Ad-Dhirab adalah gunung yang kecil, akam adalah bentuk jamak dari perkataan akamah yang bererti anak bukit yang lebih tinggi daripada Ar-Rabiyah (jenis anak bukit) dan lebih rendah daripada Al-Hadhbah (jenis anak bukit). Darul Qadha adalah rumah Umar bin Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu. Rumah ini dinamakan Darul Qadha kerana rumah tersebut dijual untuk melunasi hutang umar.

[HR. Bukhari dalam Al-Jum’ah (1014)]

Video Penuh & Teks Hadis : https://www.ilmusalaf.com/2015/1/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-63/

SEGMEN PILIHAN/span>

– Bagaimana Solat Istisqa : https://www.youtube.com/watch?v=MOegqtcMq_w

– Berbicara Dengan Khatib Ketika Khutbah dan Tatacara Berdoa Istisqa : https://www.youtube.com/watch?v=UfpXDumsEMU

– Khutbah Istisqa Sebelum atau Selapas Solat : https://www.youtube.com/watch?v=EkcvIEbuPII

– Siapa Yang Menyebabkan Kita Terkena Ain : https://www.youtube.com/watch?v=kauALKRgIKQ

– Tidak Ada Azan Atau Iqamat Ketika Solat Istisqa : https://www.youtube.com/watch?v=Jeg_iVhAT44

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom