USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Umdatul Ahkam (Hadis Bukhari & Muslim Pilihan) tulisan Syaikh Abdul Ghani Al-Maqdisi – Siri 64 – Bab Solat Khauf (Ketakutan) – Hadis No. 159-161

TARIKH : Selasa (22 Rabiul Awwal 1436H / 13 Januari 2015)
MASA : 9.00 Malam

١٥٩ – عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله عنهما قَالَ: صَلَّى بِنَا رَسُوْلُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم صَلَاةَ الْخَوْفِ فِيْ بَعْضِ أَيَّامِهِ الَّتِيْ لَقِيَ فِيْهَا الْعَدُوَّ، فَقَامَتْ طَائِفَةُُ مَعَهُ وَطَائِفَةُُ بِإِزَاءِ الْعَدُوِّ، فَصَلَّى بِالَّذِيْنَ مَعَهُ رَكْعَةََ ثُمَّ ذَهَبُوْا وَجَاءَ الْآخَرُوْنَ، فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَةََ وَقَضَتِ الطَّائِفَتَانِ رَكْعَةََ رَكْعَةََ.

159. Abdullah bin Umar bin Al-Khattab radhiyallahu ‘anhuma mengatakan, “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mengimami kami dalam solat Khauf selama beberapa hari saat berhadapan dengan musuh. Satu kelompok berdiri bersama baginda dan satu kelompok yang lain menghadap ke arah musuh. Nabi mengimami orang-orang yang di belakangnya satu rakaat kemudian mereka pergi. Kelompok kedua lantas datang dan baginda mengimami mereka satu saat. Kedua kelompok tersebut kemudian menyelesaikan masing-masing satu rakaat (yang masih kurang).”

[HR. Muslim dalam Solat Al-Musafirin (306)]

١٦٠ – عَنْ يَزِيْدَ بْنِ رُوْمَانَ عَنْ صَالِحِ بْنِ خَوَّاتِ بْنِ جُبَيْرِِ عَمَّنْ صَلَّى مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم صَلَاةَ ذَاتِ الرِّقَاعِ صَلَاةَ الْخَوْفِ، أَنَّ طَائِفَةََ صَفَّتْ مَعَهُ وَطَائِفَةََ وُجَاهَ الْعَدُوِّ، فَصَلَّى بِالَّذِيْنَ مَعَهُ رَكْعَةََ، ثُمَّ ثَبَتَ قَائِمََا فَأَتَمُّوْا لِأَنْفُسِهِمْ ثُمَّ انْصَرَفُوْا، فَصَفُّوْا وَجَاهَ الْعَدُوِّ، وَجَاءَتِ الطَّائِفَةُ الْأُخْرَى، فَصَلَّى بِهِمُ الرَّكْعَةَ الَّتِيْ بَقِيَتْ، ثُمَّ ثَبَتَ جَالِسََا وَأَتَمُّوْا لِأَنْفُسِهِمْ ثُمَّ سَلَّمَ بِهِمْ. الرَّجُلُ الَّذِيْ صَلَّى مَعَ رَسُوْل اللهِ صلّى الله عليه وسلّم، هُوَ سَهْلُُ بْنِ أَبِيْ حَثْمَةَ.

160. Yazid bin Ruman meriwayatkan dari Salih bin Khawwat bin Jubair dari seorang sahabat yang mengerjakan solat Khauf bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika Perang Dzatur Riqa’. Satu kelompok membuat barisan bersama baginda dan kelompok kedua menghadap ke arah musuh. Nabi mengimami satu kelompok yang bersamanya satu rakaat. Lalu Nabi tetap berdiri dan kelompok tersebut menyempurnakan solat mereka sendiri-sendiri. Kelompok ini lantas beranjak pergi dan membuat barisan menghadap ke arah musuh. Kelompok yang kedua lantas datang dan Nabi pun mengimami mereka untuk satu rakaat yang tersisa. Nabi pun mengimami mereka untuk satu rakaat yang tersisa. Nabi lalu tetap duduk dan kelompok yang baru ini menyempurnakan solat mereka masing-masing. Setelah itu, Nabi السلام عليكم ورحمة الله وبركاته bersama-sama mereka.

Sahabat yang mengerjakan solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam itu adalah Sahl bin Abu Hasmah.

[HR. Muslim dalam Solat Al-Musafirin (310)]

١٦١ – عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْأَنْصَارِيِّ رضي الله عنهما قَالَ: شَهِدْتُ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم صَلَاةَ الْخَوْفِ فَصَفَفْنَا صَفَّيْنِ، صَفُُّ خَلْفَ رَسُوْلِ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم وَالْعَدُوُّ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ، فَكَبَّرَ النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم وَكَبَّرْنَا جَمِيْعََا، ثُمَّ رَكَعَ وَرَكَعْنَا جَمِيْعََا، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوْعِ وَرَفَعْنَا جَمِيْعََا، ثُمَّ انْحَدَرَ بِالسُّجُوْدِ وَالصَّفُّ الَّذِيْ يَلِيْهِ وَقَامَ الصَّفُّ الْمُؤَخَّرُ {فِيْ نَحْرِ الْعَدُوِّ، فَلَمَّا قَضَى النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم السُّجُوْدَ وَقَامَ الصَّفُّ الَّذِيْ يَلِيْهِ، انْحَدَرَ الصَّفُّ الْمُؤَخَّرُ بِالسُّجُوْدِ وَقَامُوْا ثُمَّ تَقَدَّمَ الصَّفُّ الْمُؤَخَّرُ} وَتَأَخَّرَ الصَّفُّ الْمُقَدَّمُ، ثُمَّ رَكَعَ النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم وَرَكَعْنَا جَمِيْعََا، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوْعِ وَرَفَعْنَا جَمِيْعََا، ثُمَّ انْحَدَرَ بِالسُّجُوْدِ وَالصَّفُّ الَّذيْ يَلِيْهِ – الَّذِيْ كَانَ مُؤَخَّرََا فِي الرَّكْعَةِ الْأُوْلَى – وَقَامَ الصَّفُّ الْمُؤَخَّرُ فِيْ نُحُوْرِ الْعَدُوِّ، فَلَمَّا قَضَى النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم السُّجُوْدَ، وَالصَّفُّ الَّذِيْ يَلِيْهِ، انْحَدَرَ الصَّفُّ الْمُؤَخَّرُ بِالسُّجُوْدِ فَسَجَدُوْا، ثُمَّ سَلَّمَ النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم وَسَلَّمْنَا جَمِيْعََا.

قَالَ جَابِرُُ: كَمَا يَصْنَعُ حَرَسُكُمْ هَؤُلَاءِ بِأُمَرَائِهِمْ.

ذَكَرَهُ مُسْلِمُُ بِتَمَائِهِ وَذَكَرَ الْبُخَارِيُّ طَرْفََا مِنْهُ وَأَنَّهُ صَلَّى صَلَاةَ الْخَوْفِ مَعَ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم فِيْ الْغَزْوَةِ السَّابِعَةِ، غَزِوَةِ ذَاتِ الرِّقَاعِ.

161. Jabir bin Abdullah Al-Ansari radhiyallahu ‘anhuma mengatakan, “Aku turut serta solat Khauf bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Kami membentuk dua saf di belakang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, sementara itu musuh berdua di belakang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, sementara itu musuh berada di antara kami dan kiblat. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bertakbir dan kami pun bertakbir semua. Nabi lalu rukuk dan kami pun rukuk semua. Baginda kemudian mengangkat kepala dari rukuk dan kami pun mengangkat (kepala) semua. Baginda lalu turun sujud bersama-sama dengan saf yang kedua tetap berdiri menghadap musuh.”

[Setelah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam selesai sujud dan saf yang pertama di belakang baginda berdiri, maka saf kedua pula turun untuk sujud. Setelah sujud, dan berdiri, saf kedua tersebut maju ke depan] dan saf pertama mundur ke belakang. Nabi lantas rukuk dan kami pun rukuk semua, lalu baginda mengangkat kepalanya dari rukuk dan kami pun mengangkat (kepala) semua. Setelah itu, baginda turun sujud bersama saf yang terdekat dengan baginda -iaitu saf belakang pada saat rakaat pertama. Saf belakang tetap berdiri menghadap musuh.”

“Ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menyelesaikan sujud bersama saf depan, maka saf belakang pun turun untuk sujud. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu salam dan kami pun salam semua.”

Jabir mengatakan, “Seperti yang dilakukan oleh penjaga-penjaga kalian terhadap para pemimpin kalian.”

Imam Muslim menyebutkan hadis ini dengan lengkap. Sedangkan Imam Bukhari menyebutkan sebahagian hadis ini bahawa Jabir pernah solat khauf bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika perang ketujuh iaitu Perang Dzatur Riqa’.

[HR. Muslim dalam Solat Al-Musafirin (307), Bukhari dalam Al-Maghazi (4125)]

Video Penuh & Teks Hadis : https://www.ilmusalaf.com/2015/02/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-64/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom