USTAZ RASUL BIN DAHRI
Kitab Syarhus Sunnah (1 Jam Memahami Aqidah Islam) tulisan Al-Imam Al-Barbahari
Siri 10 – No. 98-100

TARIKH : Isnin (13 Januari 2014)
MASA : Selepas Maghrib
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

98. Ketahuilah, bahawa sesiapa yang mengatakan ,”Lafaz saya akan al-Quran makhluk,” maka dia termasuk ahli bid’ah, dan sesiapa diam, tidak menyatakan bahawa al-Quran adalah makhluk atau bukan makhluk, maka ia termasuk kelompok Jahmiyah. Itulah kenyataan Imam Ahmad bin Hanbal.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِيْ فَسَيَرَى اخْتِلَافََا كَثِيْرََا، فَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُوْرِ فَإِنَّهَا ضَلَالَةُُ وَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ وَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ

“Sesungguhnya, sesiapa di antara kalian yang hidup setelahku, maka akan melihat perselisihan yang sangat banyak. Waspadalah terhadap perkara bid’ah, kerana ia adalah sesat. Dan berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk serta peganglah dengan kuat.”

[HR. Abu Daud (4/607), Ibnu Majah (42), at-Tirmidzi (4/676) serta Ibnu Hibban di dalam Shahihnya (I/178 – 179 no. 5) dari hadis Irbath bin Sariyah radhiyallahu ‘anhu. Hadis ini disahihkan oleh Albani dalam Shahih at-Targhib wat Tarhib (37)]

99. Ketahuilah, awal kehancuran Jahmiyah dikeranakan (mereka berfikir) tentang hakikat Rabb, lalu mereka mengajukan pertanyaan kenapa dan bagimana? Mereka meninggalkan atsar dan membuat qiyas, lalu mereka mengukur agama dengan akalnya, sehingga mereka datang membawa kekufuran secara terang-terangan dan tidak diragukan bahawa demikian itu kufur, dan mereka mengkafirkan makhluk dan mengingkari ciptaan kemudian mereka mengeluarkan pernyataan ta’thil.

100. Sebahagian ulama menyatakan, di antaranya imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah [Lihat dalam kitab Syarhu Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah (II/321)], “Bahawa Jahmiyah adalah kafir, bukan termasuk ahli kiblat, halal darahnya, tidak boleh menerima warisan dan tidak boleh diwarisi, kerana mereka berpendapat bahawa tidak ada anjuran Solat Jumaat, jemaah (Solat Aidil Fitri dan Aidil Adha), dan tidak ada kewajipan untuk bersedekah. Mereka juga menyatakan, “Bahawa sesiapa tidak mengatakan al-Quran makhluk, maka ia kafir.” Mereka membuat fitnah di tengah umat dengan sesuatu yang tidak pernah dinyatakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya. Mereka hendak membuat masjid jamek kosong, melecehkan Islam, menggugurkan syariat jihad, menciptakan perpecahan dan menyelisihi atsar. Mereka berbicara seputar ayat-ayat yang sudah dinasakh dan mutasyabihat sehingga orang-orang diracuni dengan sikap bimbang dan ragu terhadap ajaran Islam lalu berbantah-bantahan dalam perkara yang menjadi urusan Rabb mereka, dan mereka menafikan azab kubur, telaga, syafaat, syurga dan neraka belum diciptakan, dan mereka mengingkari sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Akhirnya, ketika melihat hal ini, di antara para ulama ada yang menghalalkan untuk mengkafirkan mereka dan darah mereka halal, sebab siapa menolak satu ayat dari Kitabullah, sama sahaja menolak seluruhnya, dan siapa menolak satu atsar dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, bererti ia telah menolak semua atsar. Dengan demikian, ia bisa dianggap kafir terhadap Allah Yang Maha Agung. Mereka punya cukup waktu untuk menyebarkan kesesatan ditambah dukungan dari pemimpin, pedang, dan cambuk untuk itu, sehingga lenyaplah ilmu tentang as-Sunnah dan al-Jamaah, kemudian (mereka melemahkan keduanya) hingga benar-benar redup dan berganti dengan kebid’ahan dan ilmu kalam. Majoriti umat berpihak kepada mereka sehingga mereka memiliki beberapa majlis untuk menebar kesesatan akal mereka dan mereka menulis buku-buku untuk menipu manusia serta mencari posisi jabatan. Maka, muncullah fitnah besar dan tidak ada yang selamat kecuali orang yang telah mendapat pemeliharaan dari Allah. Pengaruh yang paling sederhana akibat bergaul dan duduk-duduk dengan mereka adalah timbulnya benih keraguan terhadap agama, atau mengikuti mereka, atau menganggap mereka di atas kebenaran, sementara tidak tahu persis apakah ia di atas kebenaran atau kebatilan sehingga menjadi orang yang bimbang dan ragu-ragu. Maka, hampir semua orang hancur sehingga datang masa pemerintahan Ja’far yang memiliki sebutan Mutawakkil dan melalui perantaraan beliau, Allah memadamkan bid’ah, menampakkan kebenaran, dan memenangkan Ahlus Sunnah sehingga perjuangan mereka hingga sekarang ini, meskipun mereka sedikit sementara kebid’ahan banyak sekali.

Peninggalan dan simbol kesesatan masih tersisa diamalkan dan didakwahkan oleh sekelompok kaum, sementara tidak seorang pun yang mencuba untuk menghambat dan menghalangi penyebaran dan pengamalan kesesatan tersebut.

Video Penuh & Teks Kitab : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-rasul-dahri-syarhus-sunnah-siri-10/

SEGMEN PILIHAN

– Sunnah Memulakan Ucapan dengan Khutbatul Hajah : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-rasul-dahri-sunnah-memulakan-ucapan-dengan-khutbatul-hajah/

– Pelihara Ilmu dengan Kitab : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-rasul-dahri-pelihara-ilmu-dengan-kitab/

– 5 Perkara Wajib ke atas Seorang Salafi : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-rasul-dahri-5-perkara-wajib-ke-atas-seorang-salafi/

– Tidak Wujud Gerakan ‘Wahabi’ : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-rasul-dahri-tidak-wujud-gerakan-wahabi/

– Salafi Tak Baca Niat? : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-rasul-dahri-salafi-tak-baca-niat/

– Menemui Nabi di Telaga Haudh : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-rasul-dahri-menemui-nabi-di-telaga-haudh/

– Syafaat untuk Orang yang Tidak Melakukan Syirik : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-rasul-dahri-syafaat-untuk-orang-yang-tidak-melakukan-syirik/

– Syurga & Neraka Sudah Diciptakan : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-rasul-dahri-syurga-neraka-sudah-diciptakan/

– Waspada Terhadap Perkara Bid’ah : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-rasul-dahri-waspada-terhadap-perkara-bidah/

– Tanda Kiamat : Ilmu Diambil dari Ahli Bid’ah : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-rasul-dahri-tanda-kiamat-ilmu-diambil-dari-ahli-bidah/

– Penganut Mantiq Itu Zindiq : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-rasul-dahri-penganut-mantiq-itu-zindiq/

– Tanggungjawab Ibu Bapa Mengajarkan Aqidah Sahih : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-rasul-dahri-tanggungjawab-ibu-bapa-mengajarkan-aqidah-sahih/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom