USTAZ RASUL BIN DAHRI
Kitab Syarhus Sunnah (1 Jam Memahami Aqidah Islam) tulisan Al-Imam Al-Barbahari – Siri 13 – No. 107-108

TARIKH : Isnin (10 Mac 2014)
MASA : Selepas Maghrib
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

107. Ketahuilah, bahawa ajaran agama yang murni terhitung sejak wafatnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam hingga Khalifah Utsman, dan setelah beliau (Utsman) terbunuh, mulai muncul bibit perpecahan dan perselisihan sampai meletus persengketaan antara umat sehingga barisan umat menjadi retak dan kebanyakan orang mengikuti hawa nafsu dan bid’ah serta condong kepada kehidupan dunia.

Tidak seorang pun memiliki wewenang untuk mengada-adakan ajaran yang tidak pernah dipraktikkan para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam atau orang yang mengajak kepada perkara baru yang sebelumnya (menjadi peninggalan para pendahulu) dari ahli bid’ah sama sahaja telah mengada-adakan perkara bid’ah dan berusaha untuk menolak As-Sunnah, menyelisihi (kebenaran dan) jamaah, dan telah mempermudah gerak bid’ah, sementara ia lebih berbahaya bagi umat daripada iblis.

108. Sesiapa mengenali sunnah yang telah ditinggalkan ahli bid’ah dan menyelisihi ahli bid’ah serta berpegang teguh pada sunnah, bererti ia termasuk pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Itulah orang yang paling berhak menjadi ikutan dan mendapat pembelaan, kerana ia termasuk golongan yang dipesan dalam wasiat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mendapat perhatian.

Video Penuh & Teks Kitab : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-rasul-dahri-syarhus-sunnah-siri-13/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom