Semoga Allah merahmati Sahl bin Abdullah At-Tusturi RH *(41) yang berkata:
“Manusia akan terus berada dalam keadaan baik selagi mana mereka mengagungkan pemerintah dan para ulama. Sekiranya mereka mengagungkan kedua-dua ini nescaya Allah akan mengelokkan dunia dan akhirat mereka. Adapun sekiranya mereka melecehkan kedua-dua ini nescaya mereka merosakkan dunia dan akhirat mereka.” *(42)
Mempertahankan Pemerintah dan membantunya memerangi golongan Bughat iaitu golongan yang mahu menjatuhkan pemerintah daripada kedudukannya adalah satu kewajipan atas umat Islam. Ini keranan sekiranya umat Islam tidak membantu pemerintah mereka nescara mudah bagi golongan Bughat untuk menguasai tampuk pemerintahan lalu tersebarlah kerosakan di atas muka bumi. *(46)