Perbezaan pandangan, perselisihan atau kebencian tidak wajar membuatkan kita sampai tidak bersikap adil dan tidak mengakui kebenaran. Ketahuilah bahawa sikap adil itulah yang lebih hampir kepada takwa. Allah SWT berfirman:
Syukur ke hadrat Ilahi, sehingga kini rakyat dapat hidup aman damai, bebas bergerak ke mana-mana; siang atau malam, tanpa perlu risau tentang keselamatan mereka. Tidak seperti di sesetengah negara ‘maju’ Barat, kebarangkalian untuk menjadi jenayah rompak, rogol atau bunuh sangat tinggi lebih-lebih lagi diwaktu malam.
Hendaklah kita bermuhasabah bertanya kepada diri sendiri, adakah kita sebahagian daripada penyelsaian buat masalah, atau adakah kita sebahagian daripada masalah yang dihadapi oleh negara.
Tidak menafikan bahwa kerajaan sedia ada bukan sempurna; bebas daripada kesalahan dan kesilapan. Sememangnya masih banyak kelemahan dan kekurangan dalam struktur pentadbiran negara.
“Perbuatan taasub kepada pemikiran tertentu yang menyalahi Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya serta menjadikan ia sebagai syarat kebersamaan dan sebab permusuhan, ia adalah perbuatan hizbi.” jelas beliau *(191)