Istilah mungkin berbeza tetapi siapa pemerintah dialah yang wajib ditaati
Kata Syekh Muhammad bin Saleh Al-Uthaimin:
“Sekiranya para ulama mengatakan ‘al-imam;. Istilah yang digunakan buat pemerintah tertinggi negara berbeza-beza dalam kalangan manusia. Ada kalanya dinamakan raja; dalam negara yang menggunakan sistem beraja, atau presiden republik dan seumpamanya. Yang penting, pemerintah tertinggi negera disebut sebagai ‘al-imam’. Apa yang wajib atas orang-orang Islam adalah untuk mereka mempunyai seorang pemerintah sahaja.
Hakikat ini dijelaskan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Salleh Abas yang berkata, “Apabila Parlimen dibubar, Perdana menteri dan menteri lain tidak perlu meletak jawatan melainkan mereka kalah dalam pilihan raya umum yang diadakan berikutan pembubaran Parlimen itu.” *(139)