USTAZ AHMAD FAZRIN BIN YAHAYA AL-HAFIZ
Kitab Al-Adab Al-Mufrad tulisan Imam Al-Bukhari rahimahullah – Siri 9 – Bab 17 (Doa Kedua Orang Tua) & Bab 18 (Mengajak Ibu yang Beragama Nasrani kepada Islam) – Hadis No. 33-34

TARIKH : Rabu (8 Zulkaedah 1435H / 3 September 2014)
MASA : 9.00 Malam

33. ‘Ayyasy bin Al-Walid menceritakan kepada kami, dia berkata : ‘Abdul A’la menceritakan kepada kami, dia berkata: Muhammad bin Ishaq menceritakan kepada kami, daripada Yazid bin ‘Abdillah bin Qusaith, daripada Muhammad bin Syurahil -saudara Bani ‘Abdid Daar- :

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم يَقُوْلُ : مَا تَكَلَّمَ مَوْلُوْدُُ مِنَ النَّاسِ فِي مَهْدِِ إِلَّا عِيْسَى ابْنُ مَرْيَمَ صلّى الله عليه وسلّم، وَصَاحِبُ جُرَيْجِِ، قِيْلَ : يَا نَبِيَّ اللهُ، وَمَا صَاحِبُ جُرَيْجِِ؟ قَالَ : فَإِنَّ جُرَيْجََا كَانَ رَجُلََا رَاهِبََا فِيْ صَوْمِعَةِِ لَهُ، وَكَانَ رَاعِي بَقَرِِ يَأْوِي إِلَى أَسْفَلِ صَوْمِعَتِهِ، وَكَانَتِ امْرَأَةُُ مِنْ أَهْلِ الْقَر ْيَةِ تَخْتَلِفُ إِلَى الرَّاعِي، فَأَتَتْ أُمُّهُ يَوْمََا فَقَالَتْ : يَا جُرَيْجُ، وَهُوَ يُصَلِّيَ، فَقَالَ -فِي نَفْسِهِ وَهُوَ يُصَلِّي-: أُمِّي وَصَلَاتِي؟ فَرَأَى أَنْ يُئْثِرَ صَلَاتَهُ، ثُمَّ صَرَخَتْ بِهِ الثَّانِيَةُ، فَقَالَ فِي نَفْسِهِ : أُمِّي وَصَلَاتِي؟ فَرَأَى أَنْ يُئْثِرَ صَلَاتَهُ، ثُمَّ صَرَخَتْ بِهِ الثَّالِثَةُ، فَقَالَ : أُمِّي وَصَلَاتِي؟ فَرَأَى أَنْ يُئْثِرَ صَلَاتَهُ، فَلَمَّا لَمْ يُجِبْهَا، قَالَتْ : لَا أَمَاتَكَ اللهُ يَا جُرَيْجُ! حَتَّى تَنْظُرَ فِي وَجْهِ الْموْمِسَاتِ، ثُمَّ انْصَرَفَتْ. فَأُتِيَ الْمَلِكَ بِتِلْكَ الْمَرْأَةِ وَلَدَتْ، فَقَالَ : مِمَّنْ؟ قَالَتْ : مِنْ جُرَيْجِِ، قَالَ : أَصَاحِبُ الصَّوْمِعَةِ؟ قَالَتْ : نَعَمْ، قَالَ : اهْدِمُوْا صَوْمِعَتَهُ وَأْتُوْنِ بِهِ، فَضَرَبُوْا صَوْمِعَتَهُ بِالْفَئُوسِ حَتَّى وَقَعَتْ. فَجَعَلُوا يَدَهُ إِلَى عُنُقِهِ بِجَبْلِِ، ثُمَّ انْطُلِقَ بِهِ، فَمَرَّ بِهِ عَلَى الْمُوْمِسَاتِ، فَرَآهُنَّ فَتَبَسَّمَ، وَهُنَّ يَنْظُرْنَ إِلَيْهِ فِي النَّاسِ، فَقَالَ الْملِكُ: مَا تَزْعُمُ هَذِهِ؟ قَالَ : مَا تَزْعُمُ؟ قَالَ : تَزْعُمُ أَنَّ وَلَدَهَا مِنْكَ، قَالَ : أَنْتِ تَزْعُمِيْنَ؟ قَالَتْ : نَعَمْ، قَالَ : أَيْنَ هَذَا الصَّغِيْرُ؟ قَالُوا : هَذَا هُوَ فِي حِجْرِهَا، فَأَقْبَلَ عَلَيْهِ فَقَالَ : مَنْ أَبُوكَ؟ قَالَ : رَاعِي الْبَقَرِ. قَالَ الْمَلِكُ: أَنَجْعَلُ صَوْمِعَتَكَ مِنْ ذَهَبِِ؟ قَالَ : لَا، قَالَ : مِنْ فِضَّةِِ؟ قَالَ : لَا، قَالَ : فَمَا نَجْعَلُهَا؟ قَالَ : رُدُّوْهَا كَمَا كَانَتْ، قَالَ : فَمَا الَّذِي تَبَسَّمْتَ؟ قَالَ : أَمْرََا عَرَفْتُهُ، أَدْرَكْتَنِي دَعْوَةُ أُمِّي، ثُمَّ أَخْبَرَهُم.

Daripada Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak ada bayi yang berbicara dalam buaian kecuali ‘Isa putera Maryam dan Juraij,’ Lalu ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah Juraij?” Baginda menjawab, “Juraij adalah seorang rahib yang tinggal di rumah peribadahannya. Lalu ada seorang pengembala yang mengembala sapinya di bahagian bawah tempat peribadahannya. Lalu seorang wanita dari suatu desa berulang kali menemui pengembala itu. Suatu hari datanglah ibu Juraij dan memanggilnya, ‘Wahai Juraij.’ Juraij ketika itu sedang solat. Dia lalu bertanya dalam hatinya, ‘Ibuku atau solatku?’ Rupanya dia mengutamakan solatnya. Ibunya memanggil untuk kali kedua, Juraij bertanya lagi dalam hatinya, ‘Ibuku atau solatku?’ Rupanya dia mengutamakan solatnya.’ Ibunya memanggil untuk kali ketiga, Juraij bertanya lagi dalam hatinya, ‘Ibuku atau solatku?’ Rupanya dia (masih tetap) mengutamakan solatnya. Ketika sudah tidak menjawab panggilan itu, ibunya berkata, ‘Allah tidak akan mematikanmu wahai Juraij sehingga wajahmu dipertontonkan di hadapan para pelacur.’ Lalu ibunya pun pergi. Kemudian wanita tadi dibawa menghadap raja dalam keadaan sudah melahirkan. Raja itu bertanya kepada wanita tersebut, ‘Siapakah ayah kepada anak ini?’ ‘Juraij,’ jawab wanita itu. Raja lalu bertanya lagi, ‘Apakah penghuni tempat peribadahannya itu?’ ‘Benar,’ jawab wanita itu. Raja berkata, ‘Hancurkan rumah peribadahannya dan bawa dia kemari.’ Orang ramai lalu menghancurkan tempat peribadahannya dengan kapak sehingga rata dan mengikat tangannya pada lehernya dengan tali lalu membawanya menghadap raja. Di tengah perjalanan, Juraij dilewatkan di hadapan para pelacur. Ketika melihatnya, Juraij tersenyumdi mana mereka melihat Juraij berada di antara manusia. Raja lalu bertanya kepadanya, ‘Siapakah ini menurutmu?’ Juraij bertanya kembali, ‘Siapakah yang engkau maksudkan?’ Raja berkata, ‘Dia (wanita tadi) berkata bahawa anaknya adalah hasil hubungannya denganmu.’ Juraij bertanya, ‘Apakah engkau telah berkata begitu?’ ‘Benar,’ jawab wanita itu. Juraij lalu bertanya, ‘Di manakah bayi itu?’ Orang-orang lalu menjawab, ‘(Itu) di pangkuan (ibu)nya.’ Juraij lalu menemuinya dan bertanya kepada bayi itu, ‘Siapakah ayahmu?’ Bayi itu menjawab, ‘Pengembala sapi.’ Orang-orang lalu berkata, ‘Apakah kami membangunkan rumah ibadahmu daripada emas?’ Juraij menjawab, ‘Tidak.’ ‘Atau daripada perak?’ tanya orang-orang. ‘Tidak’, jawab Juraij. ‘Lalu daripada apa kami membangunkan semula rumah ibadahmu?’ tanya orang ramai. Juraij menjawab, ‘Bangunkanlah seperti semula.’ Raja lalu bertanya, ‘Lalu untuk apa engkau tersenyum?’ ‘Untuk sesuatu yang sudah aku ketahui,’ jawab Juraij. ‘Telah sampai kepadaku doa ibuku lalu aku memberitahu mereka,’ lanjutnya.”

[Sahih. Al-Bukhari (60) kitab Al-Anbiya’ (48) bab Wadzkur fil Kitabi Maryam, Muslim (45) kitab Al-Birr was Silah wal Adab (hadis 7-8)]

34. AbdulWalid Hisyam bin ‘Abdil Malik menceritakan kepada kami, dia berkata, ‘Ikrimah bin ‘Ammar menceritakan kepada kami, dia berkata:

حَدَثَنِي أَبُو كَثِيْرِِ السُّحَيْمِي قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُوْلُ : مَا سَمِعَ بِي أَحَدُُ يَهُوْدِيُُّ وَلَا نَصْرَانِيُُّ، إِلَّا أَحَبَّنِي، إِنَّ أُمِّي كُنْتُ أُرِيْدُهَا عَلَى الْإِسْلَامِ فَتَأْبَى، فَقُلْتُ لَهَا، فَأَبَتْ، فَأَتَيْتُ النَّبِيَّ صلّى الله عليه وسلّم فَقُلْتُ : ادْعُ اللهَ لَهَا، فَدَعَا، فَأَتَيْتُهَا -وَقَدْ أَجَافَتْ عَلَيْهَا الْبَابَ- فَقَالَتْ : يَا اَبَا هُرَيْرَةَ، إِنِّي أَسْلَمْتُ، فَأَخْبَرْتُ النَّبِيَّ صلّى الله عليه وسلّم فَقُلْتُ : ادْعُ اللهَّ لِي وَلِأُمِّي، فَقَالَ : اللَّهُمَّ عَبْدُكَ أَبُو هُرَيْرَةَ وَأُمُّهُ، أَحَبَّهُمَا إِلَى النَّاسِ.

Abu Katsir As-Suhaimi menceritakan kepadaku, dia berkata: Aku mendengar Abu Hurairah berkata, “Tidak ada seorang pun Yahudi mahupun Nasrani yang mendengar tentangku melainkan dia mencintaiku. Sesungguhnya ibuku ku harapkan masuk Islam tetapi dia menolak. Lalu aku katakan kepadanya (sekali lagi), dia tetap menolak. Maka, aku menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan aku katakan kepada baginda, ‘Doakanlah ibuku.’ Baginda lalu mendoakannya. Lalu aku menemui ibuku dan ku dapati pintunya sedang tertutup. Ibuku lalu berkata, ‘Wahai Abu Hurairah, aku telah masuk Islam.’ Maka, aku memberitahu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ku katakan, ‘Doakanlah aku dan ibuku.’ Baginda lalu mengucapkan, ‘Ya Allah, hamba-Mu; Abu Hurairah dan ibunya, jadikanlah manusia mencintai keduanya.'”

[Hasan. Al-Misykah (5895)]

Video Penuh & Teks Hadis : https://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-al-adab-al-mufrad-siri-9/

SEGMEN PILIHAN

– Bukanlah Menjadi Asas Beragama untuk Mencari Karamah : https://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-bukanlah-menjadi-asas-beragama-untuk-mencari-karamah/

– Cadangan Pindah Makam Nabi Muhammad : https://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-cadangan-pindah-makam-nabi-muhammad/

– Anjuran Berwuduk dan Bersolat Ketika Hendak Memohon Hajat kepada Allah : https://www.ilmusalaf.com/2014/09/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-anjuran-berwuduk-dan-bersolat-ketika-hendak-memohon-hajat-kepada-allah/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom