USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
Kitab Tafsir Ibnu Katsir tulisan Al-Imam Abul Fida’ Ismail bin Umar bin Katsir (Ibnu Katsir) – Siri 23 – Surah Al-Fajr, ayat 1-14

TARIKH : Khamis (3 Rabiulawal 1436H / 25 Disember 2014)
MASA : 9.00 Malam

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡفَجۡرِ (١) وَلَيَالٍ عَشۡرٍ۬ (٢) وَٱلشَّفۡعِ وَٱلۡوَتۡرِ (٣) وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَسۡرِ (٤) هَلۡ فِى ذَٲلِكَ قَسَمٌ۬ لِّذِى حِجۡرٍ (٥) أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ (٦) إِرَمَ ذَاتِ ٱلۡعِمَادِ (٧) ٱلَّتِى لَمۡ يُخۡلَقۡ مِثۡلُهَا فِى ٱلۡبِلَـٰدِ (٨) وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُواْ ٱلصَّخۡرَ بِٱلۡوَادِ (٩) وَفِرۡعَوۡنَ ذِى ٱلۡأَوۡتَادِ (١٠) ٱلَّذِينَ طَغَوۡاْ فِى ٱلۡبِلَـٰدِ (١١) فَأَكۡثَرُواْ فِيہَا ٱلۡفَسَادَ (١٢) فَصَبَّ عَلَيۡهِمۡ رَبُّكَ سَوۡطَ عَذَابٍ (١٣) إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلۡمِرۡصَادِ (١٤)

Dengan nama Allah, yang mempunyai rahmat yang luas, yang memberi rahmat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Demi waktu fajar; (1) Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); (2) Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; (3) Dan malam, apabila ia berlalu; (4) Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna? (5) (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) (6) Iaitu penduduk “Iram” yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) (7) Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? (8) Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? (9) Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? (10) (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). (11) Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. (12) Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; (13) Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat) (14)

[Surah Al-Fajr, ayat 1-14]

Video Penuh & Teks Al-Quran : https://www.ilmusalaf.com/2015/1/ustaz-idris-sulaiman-tafsir-ibnu-katsir-siri-23/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom