USTAZ RASUL BIN DAHRI
Kitab Syarhus Sunnah (1 Jam Memahami Aqidah Islam) tulisan Al-Imam Al-Barbahari – Siri 12 – No. 102-106

TARIKH : Isnin (3 Mac 2014)
MASA : Selepas Maghrib
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

102. Ketahuilah, tetap terus-menerus ada sekelompok manusia yang konsisten di atas kebenaran dan sunnah. Allah عَزَّ وَجَلَّ selalu memberi hidayah kepada mereka dan mereka menjadi pemberi cahaya hidayah bagi selain mereka dan penghidup sunnah, maka merekalah kelompok yang dikecualikan oleh Allah عَزَّ وَجَلَّ dari firman-Na:

وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلَّا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۖ

“Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri.” (Surah Al-Baqarah, ayat 213)

Sehingga Allah عَزَّ وَجَلَّ berfirman:

فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ ۗ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

“Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.” (Surah Al-Baqarah, ayat 213)

Dan Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم bersabda:

لَا تَزَالُ عَصَابَةُُ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِيْنَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنَ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ

“Akan senantiasa ada sekelompok manusia dari umatku yang tetap teguh di atas kebenaran, dia tidak merasa bahaya dengan hinaan orang, sehingga datang perkara (kemenangan) Allah.”

[Hadis riwayat Muslim (1.924) dari hadis Uqbah bin Amir رضي الله عنه. Dan ada hadis yang semisal itu dari Mughiroh bin Syu’bah رضي الله عنه yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3.640) serta Muslim (1.921). Dalam riwayat Muslim yang lain (1.920) dari hadis Tsauban رضي الله عنه. Juga dalam riwayat Muslim (1.922) dari hadis Jabir bin Samurah رضي الله عنه. Sementara dalam riwayat Al-Bukhari (7.460) dan Muslim (III/1.524 no. 1.037) dari jalur Mu’awiyah رضي الله عنه. Sedangkan dalam riwayat Muslim (1.920) adalah dari hadis Sa’ad bin Abi Waqas رضي الله عنه]

103. Ketahuilah, semoga Allah merahmatimu, bahawa ilmu itu bukan kerana banyaknya riwayat dan (buku), namun ulama adalah orang yang telah mampu mengikuti ilmu dan sunnah-sunnah meskipun hanya memiliki sedikit ilmu dan (kitab). Sesiapa yang menyelisihi Al-Kitab dan As-Sunnah, maka ia termasuk Ahli Bid’ah walaupun memiliki banyak ilmu dan (kitab).

104. Ketahuilah, semoga Allah merahmatimu, sesungguhnya sesiapa berbicara dalam masalah agama dengan pendapat akal, qiyas atau takwil tanpa ada sandaran dari As-Sunnah dan Al-Jama’ah, maka ia telah berbicara tentang Allah tanpa ilmu, dan sesiapa yang berbicara tentang Allah tanpa dasar ilmu, bererti termasuk orang-orang yang memaksakan diri.

105. Dan kebenaran adalah datang dari Allah, dan As-Sunnah adalah sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam serta Jamaah adalah apa sahaja yang telah menjadi kesepakatan para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada masa khalifah Abu Bakar, Umar, dan (Usman).

Sesiapa yang mencukupkan diri dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ajaran yang dipraktikkan (oleh para Sahabat serta) oleh Al-Jamaah, pasti ia akan mampu mengalahkan seluruh Ahli Bid’ah, dan badan bisa istirehat serta agamanya selamat, InsyaAllah. Kerana, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Umatku akan pecah,” lalu, baginda menjelaskan bahawa yang selamat ialah:

مَا كُنْتُ أَنَا عَلَيْهِ الْيَوْمَ وَأَصْحَابِيْ

“Apa yang aku ada di atasnya pada hari ini bersama sahabatku.”

Itulah penjelasan dan pengubatan tuntas, perkara jelas dan menara penyinar yang terang. Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَإِيَّاكُمْ وَالتَّعَمُّقَ، وَإِيَّاكُمْ وَالتَّنَطُّعَ وَعَلَيْكُمْ بِدِيْنِكُمْ العَتِيْقِ

“Waspadalah dari sikap memaksakan sesuatu, dan waspadalah dari sikap berlebihan, dan berpeganglah dengan agama yang murni.”

[Ini adalah perkataan Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu. Diriwayatkan oleh Ad-Darimi dalam Sunannya (I/66 no. 142, 143), Al-Lalika’i dalam “Syarhu Usuli I’tiqadi Ahlus Sunnah” (I/87 no. 108), Muhammad bin Nashr Al-Marwazi dalam As-Sunnah (hal. 29-30), Abdurrazaq dalam Jami’ul Ma’mar yang pernah digabungkan dengan pengarang buku ini (XI/252 no. 20.465), sedangkan yang juga meriwayatkan dari jalurnya adalah At-Tabrani di dalam Al-Mukjam Al-Kabir (IX/170 no. 8.845), Al-Baihaqi di dalam Al-Madkhal ilas Sunan Al-Kubro (hal. 271-272 no. 387) dari hadis Abi Qilabah, dia berkata, Abdullah bin Mas’ud berkata, “Belajarlah kalian ilmu agama sebelum ilmu itu dicabut, sedang dicabutnya ilmu itu dengan meninggalnya ulama. Ketahuilah! Jauhilah oleh kalian sikap berlebihan, sikap memaksakan sesuatu dan membuat-buat hal yang baru dalam agama dan hendaklah kalian berpegang teguh dengan agama yang murni.” Atsar ini darjatnya sahih. Atsar ini juga diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam Al-Madkhal ilas Sunnah (hal. 372 no. 388), serta Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq (XXXIII/52), (XXXXIII/315) dari jalur ‘Aidzullah Abi Idris Al-Khaulani dari Abdullah bin Mas’ud.]

Video Penuh & Teks Kitab : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-rasul-dahri-syarhus-sunnah-siri-12/

SOAL JAWAB

– Nak Buang Buku Bid’ah, Tapi Ada Tulisan Al-Quran : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-rasul-dahri-nak-buang-buku-bidah-tapi-ada-tulisan-al-quran/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom