USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
DAURAH Usul As-Sunnah tulisan Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (W: 241H) – Sesi 1 (No. 1-4)

TARIKH : Sabtu (1 Februari 2014)
MASA : 8.30-10.30 pagi
TEMPAT : Lahad Datu, Sabah

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal:

Dasar-dasar dan prinsip-prinsip Sunnah di sisi kami adalah;

1. Berpegang dengan pegangan Sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, mengikuti mereka dan meninggalkan bid’ah. Dan ketahuilah bahawa semua bid’ah adalah dholalah (sesat). Dan hendaklah kita meninggalkan perbalahan dan menghindari majlis pengikut hawa nafsu, di samping meninggalkan perdebatan, persengketaan dan berbantah-bantahan dalam agama.

2. Sunnah di sisi kami adalah apa yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan Sunnah baginda adalah pentafsir kepada Al-Quran, dan ia adalah petunjuk buat Al-Quran. Tidak ada Qias dalam Sunnah dan tidak boleh dibawakan misalan-misalan baginya. Ia (syarak) tidak boleh dicapai oleh akal mahupun hawa nafsu. Sebaliknya, ia adalah ittiba’ dan meninggalkan tuntutan hawa nafsu.

3. Termasuk dalam Sunnah-sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang wajib untuk diikuti, di mana sesiapa yang meninggalkan sebahagian daripadanya, mahupun tidak menerima dan beriman dengannya, dia tidak akan tergolong dalam kalangan pengikut Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

4. Beriman dengan Qadar yang baik dan yang buruk. Kita hendaklah mempercayai Hadis-hadis yang ditinggalkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam serta beriman dengannya. Bukan dengan bertanya, ‘kenapa?’ ‘mengapa?’ dan ‘bagaimana?’, tetapi sebaliknya kita hendaklah mempercayai dan mengimani akan Hadis-hadis tersebut. Sesiapa yang tidak mengetahui tafsiran sesebuah Hadis yang mana ia tidak dapat difahami oleh akalnya, maka cukuplah baginya akan pemahaman tersebut dan hendaknya dia beriman serta berserah diri kepadanya.

Seperti Hadis : الصَّادِقُ الْمَصْدُوْق (yang benar lagi dipercayai), Hadis berkenaan Qadar dan Hadis melihat (Allah). Walaupun ianya tidak pernah didengari dan orang yang mendengarnya merasa pelik, apa yang perlu kita lakukan adalah beriman dengannya tanpa menolak walaupun sepatah huruf. Hendaklah kita menghindarkan diri daripada berbalah, berbahas dan berdebat dengan sesiapa pun.

Ini kerana, perbincangan tentang Hadis berkenaan Qadar, melihat Allah dan lain-lain yang seumpamanya adalah suatu yang jelek dan ditegah untuk diperbahaskan. Para pembahas dan pendebar ini tidak akan tergolong dalam kalangan pengikut Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, walaupun kata-kata mereka menepati Sunnah, sehinggalah dia meninggalkan perdebatan, berserah dan beriman dengan athar-athar.

Video Penuh & Terjemahan Kitab : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/daurah-usul-as-sunnah-sesi-1/

SEGMEN PILIHAN

– Kewajipan Berpegang dengan Pegangan Sahabat Nabi : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-kewajipan-berpegang-dengan-pegangan-sahabat-nabi/

– Tuntutan Agama untuk Meninggalkan Bid’ah : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-tuntutan-agama-untuk-meninggalkan-bidah/

– Apa Erti Sunnah Nabi? : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-apa-erti-sunnah-nabi/

– Sunnah Sebagai Pentafsir kepada Al-Quran : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-sunnah-sebagai-pentafsir-kepada-al-quran/

– Imam Ahmad : Tidak Ada Qias dalam Sunnah : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-imam-ahmad-tidak-ada-qias-dalam-sunnah/

– Beriman dengan Qadar yang Baik & Buruk : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-beriman-dengan-qadar-yang-baik-buruk/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom