USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
DAURAH Usul As-Sunnah tulisan Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (W: 241H) – Sesi 2 (No. 5-19)

TARIKH : Sabtu (1 Februari 2014)
MASA : 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
TEMPAT : Lahad Datu, Sabah

5. Al-Quran adalah kalamullah dan bukan makhluk. Tidak salah untuk mengatakan Al-Quran adalah bukan makhluk. Kata-kata Allah tidak terpisah daripada-Nya, dan tidak ada apa jua daripadanya adalah makhluk.

Hendaklah kalian berhati-hati daripada berdebat dengan mereka yang melakukan hal-hal yang baru. Dalam perkara ini, mereka yang berkata dengan lafaz atau selainnya dengan berkata: “aku tidak tahu sama ada Al-Quran ini adalah makhluk atau bukan makhluk, tetapi ianya adalah kalamullah”, mereka ini adalah Ahli Bid’ah sama seperti mereka yang berkata: “Al-Quran adalah makhluk”. Sedangkan Al-Quran adalah kalamullah dan bukan makhluk.

6. Beriman dengan melihat (Allah) pada Hari Kiamat seperti yang diriwayatkan daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam Hadis-hadis yang sahih, dan bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melihat Tuhannya. Perkara ini telah sabit secara sahih daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melalui riwayat daripada Ali bin Zaid, Yusof bin Mahraan dan Ibnu Abbas. Hadisnya di sisi kami secara zahirnya sepertimana yang diriwayatkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Adapun berbicara tentangnya adalah bid’ah. Sekiranya kita harus beriman dengannya sepertimana ia diriwayatkan secara zahir dan tidak perlu berdebat tentangnya dengan sesiapa pun.

7. Beriman dengan timbangan pada Hari Kiamat. Sebagaimana dalam riwayat,

“Barangkali seseorang hamba itu akan ditimbang pada Hari Kiamat dan beratnya tidak akan menyamai beratnya sayap lalat.”

Amalan manusia juga akan ditimbang sebagaimana dalam Hadis. Kami beriman dengannya serta mempercayainya dan berpaling daripada mereka yang menolaknya. Di samping itu kami tidak berdebat dengannya.

8. Dan bahawasanya Allah akan berbicara dengan manusia pada Hari Kiamat tanpa ada penterjemah antara mereka dengan Allah. Kami beriman dengannya serta mempercayainya.

9. Beriman dengan Telaga. Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mempunyai telaga pada Hari Kiamat yang akan didatangi oleh umatnya. Luasnya seperti perjalanan sebulan. Perkakas minumannya seperti bilangan bintang di langit sebagaimana dalam Hadis-hadis yang sahih.

10. Beriman dengan azab kubur. Bahawasanya Umat ini akan diuji dalam kubur mereka serta ditanya tentang Iman dan Islam dan tentang siapa Tuhannya? Siapa Nabinya? Mereka akan didatangi Mungkar dan Nakir sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan mengikut ketetapannya. Kami beriman dengannya serta mempercayainya.

11. Beriman dengan Syafa’at Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Bahawasanya akan ada kaum yang dikeluarkan dari Neraka setelah mereka terbakar dan menjadi arang. Mereka akan diperintahkan ke sungai yang berhampiran dengan pintu Syurga sepertimana dalam Hadis. Hal ini adalah mengikut kehendak Allah dan seperti mana yang dikehendaki oleh Allah. Kita hanya perlu beriman dengannya serta mempercayainya.

12. Beriman bahawa Masih Al-Dajjal akan muncul dan tertera di antara kedua matanya “كفر” (kufur). Kita hanya perlu beriman dengan Hadis-hadis yang menyebut tentangnya, dan bahawasanya ia adalah makhluk. Isa bin Maryam ‘alaihi as-salam akan turun dan membunuhnya di Pintu Lud. Iman itu adalah kata-kata dan perbuatan; ia bertambah dan berkurang sebagaimana dalam Hadis:

“Orang beriman yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling elok akhlaknya.”

13. Sesiapa meninggalkan solat maka dia telah kafir dan tidak ada amalan yang jika ditinggalkan akan jatuh kafir kecuali solat. Maka sesiapa meninggalkannya dia akan jatuh kafir dan Allah telah menghalalkan dia untuk dibunuh.

14. Orang yang paling mulia daripada kalangan Umat ini sesudah Nabinya adalah: Abu Bakar Al-Siddiq, lalu Omar bin Al-Khattab, lalu Othman bin ‘Affan. Kami mendahulukan mereka bertiga sebagaimana para Sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mendahulukan mereka. Mereka tidak berbeza pendapat dalam hal ini.

15. Setelah mereka bertiga adalah Ahli Syura yang lima: ‘Ali bin Abi Talib, Talhah, Az-Zubair, Abdul Rahman bin ‘Auf, Sa‘ad. Mereka semua layak menjawat jawatan Khalifah dan mereka semua adalah imam. Hal ini berdasarkan Hadis Ibnu Omar,

“Kami menghitung ketika mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hidup dan para Sahabatnya masih ada: Abu Bakar, Omar, lalu Othman, dan setelah mereka itu kami berdiam.”

16. Setelah Ahli Syura adalah Ahli Badar daripada kalangan Muhajirin dan setelah mereka adalah Ahli Badar daripada kalangan Ansar daripada kalangan Sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, mengikut siapa yang dahulu dalam berhijrah dan mereka dahulu sebelum yang kemudian.

17. Golongan yang paling mulia sesudah mereka adalah para Sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang hidup dalam kurun baginda diutuskan.

18. Semua mereka yang bersahabat dengan baginda sama ada setahun, sebulan, sehari, atau seketika, atau melihatnya maka dia daripada kalangan Sahabatnya mengikut kadarnya. Dia mendahului yang lain kerana dapat bersama baginda, mendengar dan melihatnya.

19. Maka orang yang paling rendah daripada kalangan mereka adalah yang paling mulia berbanding kurun mereka yang tidak melihatnya. Sekiranya mereka bertemu Allah dengan segala macam amalan, golongan yang telah bersahabat dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, melihat serta dengar daripadanya, dan melihat dengan mata kepala mereka serta beriman dengannya walaupun untuk seketika adalah lebih mulia berbanding (Generasi) Tabi’in walaupun mereka itu beramal dengan semua amalan yang baik.

Video Penuh & Terjemahan Kitab : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/daurah-usul-as-sunnah-sesi-2/

SEGMEN PILIHAN

– Al-Quran adalah Kalamullah, Bukan Makhluk : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-al-quran-adalah-kalamullah-bukan-makhluk/

– Manusia Akan Melihat Allah di Hari Akhirat : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-manusia-akan-melihat-allah-di-hari-akhirat/

– Amalan Kita Akan Ditimbang di Hari Kiamat : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-amalan-kita-akan-ditimbang-di-hari-kiamat/

– Telaga Haudh di Padang Mahsyar : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-telaga-haudh-di-padang-mahsyar/

– Beriman dengan Azab Kubur : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-beriman-dengan-azab-kubur/

– Memohon Syafaat Nabi di Hari Akhirat : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-memohon-syafaat-nabi-di-hari-akhirat/

– Tanda Kiamat : Kemunculan Dajjal, Nabi Isa & Imam Mahdi : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-tanda-kiamat-kemunculan-dajjal-nabi-isa-imam-mahdi/

– Iman adalah Kata-kata & Perbuatan, Ia Bertambah & Berkurang : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-iman-adalah-kata-kata-perbuatan-ia-bertambah-berkurang/

– Sesiapa yang Meninggalkan Solat, Dia Telah Kafir : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-sesiapa-yang-meninggalkan-solat-dia-telah-kafir/

– Susunan Orang Paling Mulia di Muka Bumi : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-susunan-orang-paling-mulia-di-muka-bumi/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom