USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN
DAURAH Usul As-Sunnah tulisan Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (W: 241H) – Sesi 3 (No. 20-36)

TARIKH : Sabtu (1 Februari 2014)
MASA : 1.00 – 2.00 petang
TEMPAT : Lahad Datu, Sabah

20. Mendengar dan taat kepada para imam dan terhadap pemerintah Islam, daripada kalangan mereka yang baik mahupun yang jahat; dan daripada kalangan mereka yang mendukung pemerintahan di mana manusia berhimpun dibawahnya dan reda dengannya; dan daripada kalangan mereka yang mengambil tampuk pemerintahan dengan pedang sehingga dia menjadi Khalifah dan digelar Amir Al-Mukminin.

21. Perang akan terus berlanjutan dengan pemerintah sehinggalah ke Hari Kiamat; sama ada daripada kalangan pemerintah yang baik mahupun yang jahat; ia tidak boleh ditinggalkan.

22. Pembahagian Harta Fai’ (فيء) dan pelaksanaan Hudud ke atas Umat akan berterusan dan tidak boleh sesiapa mencela mereka (pemerintah) mahupun mengganggu-gugat mereka.

23. Membayar sedekah melalui mereka (pemerintah) adalah harus dan tertunai. Sesiapa yang membayar melalui mereka (pemerintah) akan tertunai kewajipannya sama ada daripada kalangan pemerintah yang baik mahupun yang jahat.

24. Solat Jumaat di belakang mereka dan di belakang imam yang dilantik oleh mereka (pemerintah) adalah dibolehkan dan kekal sempurna dengan dua rakaat. Sesiapa mengulanginya maka dia seorang Ahli Bid’ah yang meniggalkan Hadis-hadis dan menyalahi Sunnah.

Dia tidak akan memperolehi apa-apa daripada fadilat (solat) Jumaat sekiranya dia tidak mengharuskan solat di belakang pemerintah yang baik mahupun yang jahat. Maka Sunnah menuntut supaya dikerjakan bersama mereka dengan kepercayaan bahawa ia sempurna tanpa sebarang keraguan dalam hati.

25. Sesiapa menentang pemerintah daripada kalangan pemerintah Islam sedangkan masyarakat telah bersatu di bawahnya dan merestui pemerintahannya dengan apa jua cara sama ada dengan keredaan mahupun dengan mereka ditewaskan; sesungguhnya dia telah mematahkan tongkat pemerintah orang Islam dan menyalahi Hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sekiranya dia mati, dia akan mati dalam keadaan Jahiliyah. Tidak halal untuk memerangi pemerintah mahupun menentangnya demi sesiapapun daripada kalangan manusia. Sesiapa melakukannya, maka dia seorang Ahli Bid’ah yang telah menyalahi Sunnah dan jalan (yang lurus).

26. Memerangi perompak dan Khawarij adalah harus sekiranya mereka mengancam nyawa dan harta seseorang itu, dalam keadaan itu dibolehkan untuknya mempertahankan nyawa dan hartanya dengan segala kemampuannya. Tetapi tidak boleh jika sekiranya mereka berpaling dan meninggalkannya. Tidak boleh bagi sesiapa untuk menjejaki mereka kecuali pemerintah atau wakilnya. Maka dia hanya boleh mempertahankan dirinya ketika itu sahaja dengan niat tidak membunuh sesiapa.

Sekiranya dalam keadaan dia mempertahankan nyawanya dia membunuh (penjenanyah tersebut) (diharapkan) Allah menjauhkan (si penjenayah yang terbunuh) daripada-Nya. Adapula sekiranya dia terbunuh ketika mempertahankan dirinya dan hartanya diharapkan dia mati syahid. Hal ini sebagaimana dalam Hadis-hadis dan athar-athar yang menyebut supaya mereka diperangi tetapi tidak diperintahkan supaya mereka dibunuh mahupun dijejaki.

Sebagaimana tidak boleh baginya sekiranya penjenayah itu pengsan, tercedera atau tertawan untuknya membunuhnya atau dikenakan hukum had. Sebaliknya penjenayah itu perlu diserahkan kepada pemerintah untuk menghukumnya.

27. Kami tidak bersaksi ke atas sesiapa daripada Ahli Kiblah dengan amalan yang dilakukannya bahawa dia tergolong dalam golongan ahli Syurga mahupun ahli Neraka. Kita mengharap buat orang yang soleh dan khuatir ke atasnya; dan kita khuatir atas orang yang melakukan kesalahan dan dosa di samping mengharapkan rahmat Allah buatnya.

28. Sesiapa bertemu dengan Allah dengan dosa dalam keadaan telah bertaubat dan tidak terus-menerus melakukannya; maka Allah akan mengampuninya. Allah menerima taubat hamba-Nya dan mengampuni dosa-dosanya.

29. Sesiapa bertemu Allah dalam keadaan telah ditegakkan hukum had ke atasnya kerana dosa tersebut ketika di dunia; maka (hukuman had) itu penebus dosa buatnya sebagaimana dalam Hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

30. Sesiapa pula bertemu Allah dalam keadaan terus-menerus melakukan dosa dan tidak bertaubat sedangkan dia layak untuk dihukum. Maka keadaannya terserah kepada Allah, sama ada Allah berkehendak dia akan diseksa atau diampuni.

31. Dan sesiapa bertemu Allah dalam keadaan kufur, Allah akan menyeksanya dan tidak akan mengampuninya.

32. Rejam adalah hukuman ke atas penzina yang ‘muhsan’ (telah berkahwin), sekiranya pesalah mengaku atau tertegak kesaksian ke atasnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah merejam dan para Khalifah Al-Rasyidin pun telah merejam.

33. Sesiapa yang mencela sesiapa dari kalangan para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan membenci mereka kerana suatu perbuatan mereka serta mengucapkan keburukan ke atas mereka, sesungguhnya dia tergolong di kalangan Ahli Bid’ah sehingga dia mendoakan kebaikan ke atas para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan hatinya menerima mereka dengan baik.

34. Sifat munafik adalah kufur: Iaitu kufur dengan Allah serta menyembah selain-Nya dan pada masa yang sama menzahirkan Islam di khalayak ramai. Sebagaimana orang-orang munafik pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Adapun sabda baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tiga sifat sekiranya ada pada seseorang maka dia seorang munafik”; ia adalah suatu ancaman yang kita perlu meriwayatkannya sebagaimana dalam riwayat tanpa mentafsirkannya.

Begitu juga dengan sabda baginda, “Janganlah kalian kembali sesudah pemergianku menjadi kafir dengan membunuh sesama kamu. Sekiranya dua orang Islam bertemu dengan dua pedang mereka dan kemudian orang yang membunuh dan yang dibunuh tempatnya adalah di dalam Neraka. Mencela seorang Muslim adalah suatu kefasikan dan membunuhnya adalah suatu kekufuran. Sesiapa berkata kepada saudaranya: “wahai kafir” maka pengkafiran itu akan kembali kepada salah seorang daripada mereka. “Termasuk dalam kekufuran adalah perbuatan berlepas diri daripada nasab walaupun sedikit” dan seumpamanya daripada Hadis-hadis yang sahih.

Kita menerimanya walaupun kita tidak mengetahui ertinya; kita tidak berbicara tentangnya mahupun berdebat tentangnya. Kita tidak mentafsirkan Hadis-hadis ini kecuali sebagaimana ia diriwayatkan tanpa menolaknya kecuali dengan suatu yang lebih kuat daripadanya.

35. Syurga dan Neraka adalah dua makhluk yang telah dicipta sebagaimana dalam Hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Aku telah masuk ke dalam Syurga dan aku melihat istana”, “Dan aku telah melihat Khauthar”, “Aku telah melihat ahli Syurga dan aku mendapati kebanyakan mereka …”, “Dan aku telah melihat ke dalam Neraka dan aku dapati…”.

Maka sesiapa mendakwa bahawa keduanya belum diciptakan maka dia telah mendustakan Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan aku melihat bahawa mereka tidak beriman dengan Syurga dan Neraka.

36. Dan desiapa mati daripada kalangan Ahli Kiblat dalam keadaan mengesakan (Allah); dia akan disolatkan dan diminta pengampunan buatnya. Dia tidak akan dihalang daripada pengampunan dan solat ke atasnya juga tidak akan ditinggalkan kerana dosa yang dilakukannya sama ada kecil mahupun besar. Urusannya terserah kepada Allah.

– Tamat –

Video Penuh & Terjemahan Kitab : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/daurah-usul-as-sunnah-sesi-3/

SEGMEN PILIHAN

– Dengar & Taat Selagi Pemerintah Masih Islam : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-dengar-taat-selagi-pemerintah-masih-islam/

– Memerangi Khawarij & Mempertahankan Diri daripada Perompak : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-memerangi-khawarij-mempertahankan-diri-daripada-perompak/

– Menentukan Orang ke Syurga atau Neraka Bukan Urusan Kita : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-menentukan-orang-ke-syurga-atau-neraka-bukan-urusan-kita/

– Hukum Hudud, Qisas & Takzir : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-hukum-hudud-qisas-takzir/

– Pelaku Dosa yang Tidak Bertaubat : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-pelaku-dosa-yang-tidak-bertaubat/

– Hanya Orang Islam akan Masuk Syurga : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-hanya-orang-islam-akan-masuk-syurga/

– Rejam adalah Hukuman yang Telah Ditetapkan oleh Allah : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-rejam-adalah-hukuman-yang-telah-ditetapkan-oleh-allah/

– Syi’ah & Khawarij Mencela Para Sahabat Nabi : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-syiah-khawarij-mencela-para-sahabat-nabi/

– Syurga & Neraka Sudah Wujud : https://www.ilmusalaf.com/2014/02/ustaz-idris-sulaiman-syurga-neraka-sudah-wujud/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom