USTAZ AHMAD FAZRIN BIN YAHAYA
Kitab Al-Adab Al-Mufrad tulisan Imam Al-Bukhari rahimahullah – Siri 2 – Bab 2 (Berbakti kepada Ibu) – Hadis No. 3 & 4
TARIKH : Rabu (5 Mac 2014)
MASA : Selepas Isyak
TEMPAT : Tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam
HADIS NO. 3
Abu ‘Ashim menceritakan kepada kami, dia berkata:
عَنْ بَهْزِ حَكِيْمِِ، عَنْ أَبِيْهِ عَنْ جَدِّهِ، قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَبَرُّ؟ قَالَ : أُمَّكَ. قُلْتُ : مَنْ أَبَرُّ؟ قَالَ : أُمَّكَ. قُلْتُ : مَنْ أَبَرُّ؟ قَالَ : أُمَّكَقُلْتُ : مَنْ أَبَرُّ؟ قَالَ : أَبَاكَ، ثُمَّ الْأَقْرَبُ فَالْأَقْرَبُ
Dari Bahz bin Hakim, dari ayahnya dari datuknya, “Aku bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, kepada siapa aku berbakti?’ Baginda bersabda, ‘Ibumu.’ Aku bertanya lagi, ‘Lalu?’ ‘Ibumu,’ jawab baginda. Aku bertanya lagi, ‘Lalu?’ Baginda menjawab, ‘Ibumu’. Aku bertanya lagi, ‘Lalu?’ Baginda menjawab, ‘Ayahmu, lalu orang yang terdekat, lalu yang terdekat.'”
Penjelasan Kata:
الْبِرُّ : Berkata
ثُمَّ الْأَقْرَبُ فَالْأَقْرَبُ : Iaitu berbuat baik kepada kerabat yang lebih dekat hubungan kekeluargaannya, kemudian kepada yang lain.
Kandungan Hadis:
- Kewajipan berbakti kepada orang tua dan haramnya derhaka kepada mereka.
- Reda ibu lebih didahulukan dari reda ayah. Ibu lebih patut diperlakukan dengan baik kerana dia telah menjalani berbagai kesulitan ketika hamil, melahirkan dan menyusui.
- Perintah untuk berbakti kepada sanak-saudara sesuai dengan urutan kekerabatan mereka.
HADIS NO. 4
Sa’id bin Abi Maryam menceritakan kepada kami, dia berkata: Muhammad bin Ja’far bin Abi Katsir menceritakan kepada kami, dia berkata: Zaid bin Aslam mengkhabarkan kepadaku, dari ‘Atha` bin Yasar:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسِِ أَنَّهُ أَتَاهُ رَجُلُُ فَقَالَ: إِنِّي خَطِبْتُ امْرَأَةََ، فَأَبَتْ أَنْ تَنْكِحَنِي، وَخَطَبَهَا غَيْرِي، فَأَحَبَّتْ أَنْ تَنْكِحَهُ، فَغِرْتُ عَلَيْهَا فَقَتَلْتُهَا، فَهَلْ لِيْ مِنْ تَوْبَةِِ؟ قَالَ : أُمُّكَ حَيَّةُُ؟ قَالَ : لَا. قَالَ : تُبْ إِلَى اللهِ عزّ وَجلّ، وَتَقَرَّبْ إِلَيْهِ مَا اسْتَطَعْتَ. فَذَهَبْتُ، فَسَأَلْتُ ابْنِ عَبَّاسِِ : لِمَ سَأَلْتَهُ عَنْ حَيَاةِ أُمِّهِ؟ فَقَالَ : إِنِّي لَا أَعْلَمُ عَمَلََا أَقْرَبُ إِلَى اللهِ عزّ وجلّ مِنْ بِرِّ الْوَالِدَةِ
Dari ‘Abdullah bin ‘Abbas bahawa seorang lelaki mendatanginya lalu berkata, “Aku meminang seorang wanita, tetapi wanita itu menolak pinanganku. Dan (setelah kedatanganku), seorang lelaki datang meminangnya dan dia menerimanya. Aku cemburu kepada wanita itu lalu membunuhnya, apakah ada taubat untukku?” Ibnu ‘Abbas lalu bertanya, “Apakah ibumu masih hidup?” Dia menjawab, “Tidak.” Ibnu ‘Abbas lalu berkata, “Bertaubatlah kepada Allah ‘azza wa jalla dan dekatkanlah diri kepada-Nya semampumu.” Aku (‘Atha`) mendatanginya lalu bertanya kepadanya, “Mengapa engkau bertanya kepadanya tentang ibunya?” Beliau menjawab, “Aku tidak tahu amalan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah ‘azza wa jalla selain dari berbakti kepada ibu.” [Sahih. As-Sahihah (2799)]
Penjelasan Kata:
خَطِبْتُ امْرَأَة : Aku melamar seorang wanita.
غِرْتُ : Aku benci jika seseorang turut menyukai orang yang aku sukai. Definisi ghirah adalah harga diri dan cinta.
أُمُّكَ حَيَّةُُ : Pada frasa tersebut kata tanya sengaja tidak ditampakkan, dan maksud daripada kalimah tersebut adalah, “Apakah ibumu masih hidup sehingga engkau dapat beribadah kepada Allah dengan berbakti kepadanya (ibumu)?
Kandungan Hadis:
- Keharusan lelaki datang melamar wanita untuk dinikahi.
- Hadis di atas menunjukkan bahawa seorang wanita yang dilamar boleh menolak pinangan jika dia tidak menyetujuinya.
- Terkadang marah seorang lelaki timbul kerana ada pihak lain yang turut menyukai orang yang dicintai.
- Seorang pembunuh seharusnya melakukan taubat nasuha dan mendekatkan diri kepada Allah semampunya.
- Berbakti kepada ibu lebih dapat mendekatkan seorang pelaku maksiat kepada Allah ta’ala berbanding dengan bentuk ketaatan yang lain.
Video Penuh & Teks Hadis : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-al-adab-al-mufrad-siri-2/
SEGMEN PILIHAN
– Berbuat Ihsan, Melakukan yang Terbaik untuk Kedua Ibu Bapa : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-berbuat-ihsan-melakukan-yang-terbaik-untuk-kedua-ibu-bapa/
– Pelihara Diri & Keluarga daripada Api Neraka : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-pelihara-diri-keluarga-daripada-api-neraka/
– Wajib Mendahulukan Berbuat Kebaikan kepada Ibu Berbanding Bapa : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-wajib-mendahulukan-berbuat-kebaikan-kepada-ibu-bapa/
– Pertunangan Mengikut Syariat : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-pertunangan-mengikut-syariat/
– Wanita Dinikahi Kerana 4 Perkara & Wanita Berhak Menolak Pinangan : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-wanita-dinikahi-kerana-4-perkara-wanita-berhak-menolak-pinangan/
– Izin & Reda Wali dalam Pernikahan : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-izin-reda-wali-dalam-pernikahan/
– Ciri Taubat Nasuha : Wajib Mendekatkan Diri kepada Allah : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-ciri-taubat-nasuha-wajib-mendekatkan-diri-kepada-allah/
– Tuntutan Berbuat Baik Juga kepada Selain Ibu Bapa : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-tuntutan-berbuat-baik-juga-kepada-selain-ibu-bapa/
– Bersabar & Hikmah dalam Dakwah kepada Ahli Keluarga : https://www.ilmusalaf.com/2014/03/ustaz-ahmad-fazrin-yahaya-bersabar-hikmah-dalam-dakwah-kepada-ahli-keluarga/
Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom
– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions”
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add”
* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…
www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom