USTAZ PROF. MADYA DR. FADLAN BIN MOHD OTHMAN
Kitab Manhaj at-Talaqqi wal Istidlal baina Ahlus Sunnah wal Mubtadi’ah (Methodologi Pengambilan Ilmu & Pengolahan Dalil antara Ahli Sunnah & Ahli Bid’ah) tulisan Syaikh Ahmad bin Abdur Rahman As-Suwaiyan – Siri 11

TARIKH : Isnin (20 Januari 2014)
MASA : Selepas Isyak
TEMPAT : Tingkat 8, Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

Nyata bahawa pendalilan ilmu yang sahih bersandar kepada hadis-hadis yang sahih dan hasan. Sementara hadis-hadis yang maudhu dan dhaif, tidak dibolehkan berdalil dengannya, serta wajib berhati-hati daripadanya.

Kerana itu, Abdullah bin Al-Mubarak berkata:

“Pada yang sahih dari hadis terdapat kesibukan daripada (mencari) yang berpenyakitnya”

[Al-Jamie’ li Akhlaq Ar-Rawi (2/159)]

Berkata Yahya bin Sa’id Al-Qottan:

“Janganlah kamu melihat kepada hadis, tetapi lihatlah kepada isnad; sekiranya sah isnad. Jika tidak, maka janganlah kamu tertipu dengan hadis apabila tidak sah isnad”

[Siyar A’lam An-Nubala’ (9/188)]

Berkata Ibnu Qudamah:

“Adapun hadis-hadis maudhu’ yang diada-adakan oleh golongan zindiq, untuk mereka kelirukan dengannya ahli Islam, atau hadis-hadis dha’if -samada kerana kedha’ifan perawi-perawinya, atau mereka tidak dikenali, atau kerana kecacatan yang terdapat padanya- tidak boleh membuat pernyataan dengannya, dan tidak pula mempercayai apa yang di dalamnya, bahkan wujudnya seperti tiadanya.”

[Zamm At-Ta’will (m/s 47)]

Ibnu Taimiyah berkata:

“Maka, yang wajib adalah dibezakan di antara hadis yang sahih dengan hadis yang bohong; kerana Sunnah adalah kebenaran tanpa kebatilan, iaitu hadis-hadis sahih tanpa yang maudhu’. Ini adalah satu asas yang agung bagi ahli Islam secara umum dan bagi sesiapa yang mendakwa Sunnah secara khusus.”

[Majmu’ah Al-Fatawa (3/380)]

Beliau juga berkata:

“Pendalilan dengan sesuatu yang tidak diketahui kesahihannya, tidak dibolehkan secara ittifak; kerana ia adalah kata-kata dengan tanpa ilmu dan ia adalah haram mengikut Kitab, Sunnah dan Ijmak.”

[Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyah (7/167-168)]

Beliau juga berkata:

“Tidak boleh disandarkan di dalam Syari’ah kepada hadis-hadis dha’if yang tidak sahih dan tidak hasan.”

[Majmu’ah Al-Fatawa (1/250)]

Asy-Syaukani berkata:

“Sesungguhnya hukum-hukum Syarak adalah berkedudukan sama rata, tiada beza di antaranya. Oleh itu, tidak boleh menyiarkan sedikit pun daripadanya melainkan dengan yang tertegak dengan hujjah. Jika tidak, ia termasuk dari mereka-reka pembohongan terhadap Allah, apa yang Dia tidak katakan, dan di dalamnya terdapat hukuman yang sedia maklum”

[Al-Fawaid Al-Majmu’ah (m/s 100)]

Pendalilan dengan Hadis-hadis Dha’if

Sesetengah orang yang jahil menyangka dibolehkan berhujjah dengan hadis-hadis yang dha’if secara mutlak. Mereka mendalilkan dengan kata-kata sebahagian ahli ilmu di dalam bab ini, dan pastinya ini adalah salah dari dua aspek:

Aspek Pertama : Bahawa ini bukanlah secara mutlak di sisi para Imam yang mahir, bahkan ia berkait dengan amalan-amalan lebihan sahaja.

Aspek Kedua : Bahawa para Imam yang membolehkan beramal dengan hadis-hadis dha’if telah meletakkan beberapa syarat yang teliti, iaitu:

  1. Hendaklah kelemahan yang terdapat di dalamnya tidak melampau, dengan keadaan perawinya bukan penipu, atau dikhuatiri menipu, atau pemalsuan, atau melampau tersilap.
  2. Ia mestilah terletak di bawah usul am, di mana tidak tercapai untuk melarang mengenainya satu dalil yang lebih khas daripada keumuman berkenaan. Oleh itu, terkeluar apa yang direka dalam keadaan ia tidak mempunyai asal sama sekali.
  3. Janganlah diisytiharkan perkara berkenaan, agar seseorang itu tidak beramal dengan hadis yang dha’if, lalu dia mensyariatkan apa yang tidak disyariatkan, ataupun ia dilihat oleh orang-orang jahil lalu dia menyangkanya sunnah yang sahih.
  4. Hendaklah orang yang beramal dengannya mengiktikadkan keadaan hadis berkenaan adalah dha’if.

[Telah dinyatakan oleh Ibnu Hajar di dalam Tabyin Al-Ujab bima Warada fi Fadhl Rajab (m/s 6-7), dan daripada beliau oleh As-Sakhowi di dalam Fath Al-Mughith (1/268), dan lihat Al-I’tishom (1/287-299)]

Usul Ketiga
Kesahihan Memahami Nas-nas


Sesungguhnya kesahihan memahami nas-nas Syari’ah adalah tunggak utama bagi kesahihan pendalilan. Seseorang individu tidak akan mampu untuk mengetahui kehendak Allah -عز وجل- dan kehendak Rasul-Nya -صلى الله عليه وسلم- melainkan ketika mana betul kefahamannya terhadap petunjuk-petunjuk Kitab dan Sunnah. Banyak bid’ah dan kesesatan yang berlaku hanya kerana kesilapan memahami.

Umar ibn Al-Khattab di dalam suratnye kepada Abu Musa Al-Asy’ari -رضي الله عنهما-:

“Kemudian fahamkan dan fahamkan pada perkara disampaikan kepada engkau yang tiada di dalam Quran dan Sunnah, kemudian kiaskan semua perkara ketika itu dan ketahuilah misal-misal, kemudian pergilah mengikut apa yang engkau lihat, paling disukai oleh Allah dan paling menyerupai kebenaran”.

[I’lam Al-Muwaqqi’in (1/130), Athar di dalam Sunan Daraqutni (4/206-207), dan Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra (10/115)]

Berkata Imam Ibnu Qayyim:

“Kesahihan pemahaman dan keelokan niat adalah di antara nikmat Allah yang terbesar, yang Dia kurniakan ke atas hamba-hamba-Nya. Bahkan tidak diberikan seseorang hamba sebarang pemberian selepas Islam yang lebih afdhal dan tiada yang lebih agung daripada kedua-duanya. Dengan kedua-duanya, seseorang hamba akan terselamat dari jalan golongan dimurkai yang telah rosak niat mereka, dan jalan golongan sesat yang telah rosak kefahaman mereka. Dia akan menjadi dari golongan yang dikurniakan nikmat ke atas mereka; yang elok kefahaman dan niat mereka. Merekalah ahli jalan yang lurus, yang kita diperintahkan untuk meminta kepada Allah agar menunjukkan kita jalan mereka di dalam setiap solat. Kesahihan pemahaman adalah cahaya yang Allah campakkan ke dalam hati seseorang hamba; yang dia bezakan dengannya di antara yang elok dan yang rosak, yang hak dan yang batil, hidayah dan kesesatan, penyelewengan dan petunjuk. Ia akan dibantu oleh keelokan niat, pencarian kebenaran dan ketaqwaan kepada Tuhan pada sembunyi dan terang. Isininya akan memutuskan perbuatan mengikuti hawa nafsu, melebihkan dunia, menuntut sanjungan makhluk dan meninggalkan ketaqwaan.”

[I’lam Al-Muwaqqi’in (1/87)]

Ibnu Al-Qayyim berkata di tempat yang lain:

“Kefahaman dari Allah dan Rasul-Nya adalah tanda kebenaran dan penyiaran wilayah kenabian. Di dalamnya berbeza-beza kedudukan para Ulama, sehinggakan seribu dikira di sebelah satu. Lihatlah kepada kefahaman Ibnu Abbas, Umar telah bertanya kepadanya dan kepada sesiapa yang hadir dari kalangan Ahli Badar dan lain-lain mengenai surah:

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan” (Surah An-Nasr, ayat 1)

dan kefahaman yang dikhaskan pada Ibnu Abbas padanya adalah: Bahawa ia merupakan takziah Allah -سبحانه وتعالى- nabi-Nya kepada diri-Nya sendiri, dan memberitahu baginda mengenai kedatangan ajal baginda. Umar menyetujui beliau pada perkara tersebut, sedangkan ia tersembunyi daripada para Sahabat selain mereka berdua. Ibnu Abbas ketika itu, adalah orang yang paling muda di kalangan mereka. Di manakah anda dapati di dalam surah ini pemberitahuan tentang ajal baginda; jika bukan kefahaman yang khas? ini menjadi halus sehinggakan sampai kepada peringkat-peringkat yang semakin pudar kefahaman kebanyakan manusia mengenainya. Lalu dia memerlukan bersama dengan Nas kepada yang lain, dan tidak berlaku mencukupi dengan nas-nas pada haknya. Manakala pada hak orang yang memiliki kefahaman, dia tidak akan perlukan bersama dengan nas-nas kepada yang lain.”

[At-Tafsir Al-Qayyim (m/s 41)]

Video Penuh & Teks Kitab : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-fadlan-othman-manhaj-at-talaqqi-wal-istidlal-baina-ahlus-sunnah-wal-mubtadiah-siri-11/

SEGMEN PILIHAN

– Hukum Membaca Kitab Agama Lain : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-fadlan-othman-hukum-membaca-kitab-agama-lain/

– Asya’irah Tidak Kafir : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-fadlan-othman-asyairah-tidak-kafir/

– Jangan Menghukum Orang Lain Masuk Neraka : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-fadlan-othman-jangan-menghukum-orang-lain-masuk-neraka/

– Syarat Beramal dengan Hadis Dha’if : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-fadlan-othman-syarat-beramal-dengan-hadis-dhaif-2/

– Sesungguhnya Orang Beriman Tidak Menipu : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-fadlan-othman-sesungguhnya-orang-beriman-tidak-menipu/

– Ali RA : Allah Wujud Tanpa Tempat : https://www.ilmusalaf.com/2014/01/ustaz-fadlan-othman-ali-ra-allah-wujud-tanpa-tempat/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom