USTAZ (PROF. MADYA) DR. FADLAN BIN MOHD OTHMAN
Kitab Manhaj at-Talaqqi wal Istidlal baina Ahlus Sunnah wal Mubtadi’ah (Methodologi Pengambilan Ilmu & Pengolahan Dalil antara Ahli Sunnah & Ahli Bid’ah) tulisan Syaikh Ahmad bin Abdur Rahman As-Suwaiyan – Siri 13

TARIKH : Isnin (25 Sya’ban 1435H / 23 Jun 2014)
MASA : 9.35 Malam

BAB 1 : TATACARA AHLI SUNNAH DI DALAM PENERIMAAN DAN PENDALILAN

Usul Ketiga : Kesahihan Memahami Nas-Nas

Usul-usul Ilmiah untuk Memahami Nas-nas Syariah dan Mempelajarinya:

Kedua : Mengetahui bahasa Arab

Agar difahami petunjuk-petunjuk Kitab dan Sunnah di atas bentuk yang sahih, mestilah diketahui bahasa Arab yang Al-Quran Al-Karim turun di dalamnya, dan Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- tujukan percakapan kepada sahabat-sahabat Baginda di dalamnya. Kerana ini, berulang-ulang keprihatinan ulama-ulama Ummah dan imam-imam mereka terhadap bahasa Al-Quran supaya diletakkan arahan Yang Mensyariatkan pada kedudukannya yang selayaknya dari segi Syarak.

Berkata Imam As-Syafie: ».. Saya hanya mulakan dengan apa yang saya nyatakan, bahawa Al-Quran turun dalam bahasa Arab bukan yang lain; kerana tidak akan mengetahui penerangan jumlah-jumlah ilmu Kitab seseorang yang jahil keluasan lidah Arab, kepelbagaian bentuk-bentuknya, kesatuan makna-maknanya dan perbezaannya. Sesiapa yang mengetahuinya, hilanglah daripadanya kekeliruan yang masuk kepada sesiapa yang tidak mengetahui bahasanya« [Ar-Risalah : (m/s : 50)]

Berkata Ibnu Abd Al-Barr Al-Qurtubi: »Antara perkara yang diperlukan untuk memahami Hadith adalah apa yang kita telah nyatakan untuk membantu memahami Kitab Allah -عز وجل-: Ialah ilmu mengenai bahasa Arab dan kedudukan kata-katanya, keluasan bahasanya, syairnya, majaznya, umum lafaz percakapannya dan khususnya, dan seluruh mazhab-mazhabnya bagi sesiapa yang mampu, kerana ia adalah sesuatu yang tidak boleh tak diperlukan. Umar ibn Al-Khattab -رضي الله عنه- telah menulis ke seluruh pelosok: Hendaklah mereka mempelajari Sunnah, Faraid dan Lahn –yakni: Nahu– sebagaimana mereka mempelajari Al-Quran« [Jamie’ Bayan Al-Ilm wa Fadlih : (2\1132)]

Berkata Ibnu Taimiyah: »Tiada jalan lari dalam menafsirkan Al-Quran dan Al-Hadith daripada mengenali lafaz-lafaz yang menunjukkan kepada kehendak Allah dan Rasul-Nya, serta bagaimana difahami kata-katanya. Mengetahui bahasa Arab yang kita ditujukan percakapan dengannya adalah di antara perkara yang membantu untuk kita memahami kehendak Allah dan Rasul-Nya dengan kata-katanya, begitulah juga mengetahui petunjuk lafaz-lafaz pada makna-makna berkenaan. Kerana keseluruhan kesesatan ahli bidaah adalah dengan sebab ini, mereka membawa kata-kata Allah dan Rasul-Nya kepada apa yang mereka dakwa ia menunjuk kepadanya, sedangkan perkara tersebut bukanlah sedemikian rupa ..« [Al-Fatawa : (7\116), dan lihat (7\118,119, 169, 286)]

As-Syatibi berkata: »Yang dimaksudkan di sini: Bahawa Al-Quran turun dengan bahasa Arab secara keseluruhan, maka pencarian memahaminya hanya terjadi pada jalan ini sahaja; kerana Allah -تعالى- berfirman: {Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab,} [Yusuf : 2], Dia berfirman: {Dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.} [As-Syuara’ : 195], dan Dia berfirman: {Bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.} [An-Nahl : 103] .. sehingga kepada lain-lain yang menunjukkan bahawa ia adalah berbangsa Arab dan dengan lidah Arab, bukan berbangsa Ajam dan tidak pula dengan lidah Ajam. Sesiapa yang ingin memahaminya, maka dari arah lidah Arab, dia difahamkan. Tiada jalan untuk mendapatkan kefahamannya dari selain arah ini« [Al-Muwafaqaat : (2\64)]

Di sini terdapat satu masalah yang perlu dititik beratkan, iaitu petunjuk-petunjuk Syarak akan mengkhususkan bahasa, mengikatnya dan menerangkannya. Berkata Ibnu Taimiyah: »Sesuatu nama apabila Nabi -صلى الله عليه وسلم- menjelaskan yang dinamakan dengannya, tidak semestinya Baginda telah menukilkannya daripada Bahasa atau menambah padanya. Bahkan yang dimaksudkan adalah ia dikenali dengan pengenalan Baginda -صلى الله عليه وسلم- sendiri, bagaimana sekalipun keadaannya; kerana inilah yang dimaksudkan« [Al-Fatawa : (19\236)]

Kerana ini, penjelasan [Tuhan] Yang Mensyariatkan untuk istilah-istilah dan lafaz-lafaz adalah didahulukan ke atas mana-mana keterangan: »Kerana Nabi -صلى الله عليه وسلم- telah menjelaskan yang dikehendaki dengan lafaz-lafaz berkenaan, dengan penjelasan yang tidak perlukan kepada penghujahan dengan pemerolehan, bukti-bukti penggunaan Arab dan sebagainya. Kerana ini, wajib merujuk dalam penamaan nama-nama ini kepada penjelasan Allah dan Rasul-Nya; kerana ia mencukupi dan memadai« [Al-Fatawa : (7\287)]

Apabila sebahagian pelaku bidaah melupakan hakikat ini, mereka mula menafsirkan lafaz-lafaz Syara’ yang berkaitan dengan Usuluddin dengan bersandarkan kepada bahasa semata-mata, tanpa melihat kepada maqasid Yang mensyariatkan; Murjiah sebagai contoh, menjadikan lafaz Iman dengan hanya percaya sahaja, tanpa mengambil kira kehendak Yang mensyariatkan. [Lihat Al-Fatawa : (7\289-298)]

Ketiga : Menghimpunkan nas-nas yang datang ke dalam bab yang sama

Nas-nas Syariah mewakili satu unit yang sebahagiannya menyempurnakan sebahagian yang lain. Tidak akan jelas sesuatu masalah, sehinggalah cukup semua nas-nas yang datang mengenainya. Nas-nas yang sabit akan berpadanan dan tidak akan bercanggahan, kerana semuanya keluar dari misykat yang sama, tidak mungkin datang pertembungan di antaranya ataupun percanggahan. Allah telah menyifatkan Kitab-Nya yang mulia dengan firman-Nya:

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِٱلذِّكۡرِ لَمَّا جَآءَهُمۡ‌ۖ وَإِنَّهُ ۥ لَكِتَـٰبٌ عَزِيزٌ۬ (٤١) لَّا يَأۡتِيهِ ٱلۡبَـٰطِلُ مِنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَلَا مِنۡ خَلۡفِهِۦ‌ۖ تَنزِيلٌ۬ مِّنۡ حَكِيمٍ حَمِيدٍ۬ (٤٢)

{Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi. Tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.} [Fussilat : 41-42]

Apabila ini telah tetap: Sesungguhnya tidak boleh diambil satu nas dan ditinggalkan nas yang lain di dalam satu bab yang sama; kerana ini akan membawa kepada pemecahan nas-nas dan pemisahannya. Allah -تعالى- berfirman:

أَفَتُؤۡمِنُونَ بِبَعۡضِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَتَكۡفُرُونَ بِبَعۡضٍ۬‌ۚ

{Adakah kamu hanya beriman kepada sebahagian Kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain?} [Al-Baqarah : 85]

Di dalam bab ini, berkata Imam Ahmad bin Hanbal: »Hadith apabila tidak dihimpunkan jalan-jalannya, ia tidak akan difahami, dan hadith saling tafsir-menafsirkan di antara satu sama lain« [Al-Jamie’ li Akhlaq Ar-Rawi : (2\212)]

Ibnu Taimiyah berkata: »Apabila seseorang yang berpengetahuan telah membezakan di antara apa yang dikatakan oleh Rasul -صلى الله عليه وسلم- dan apa yang Baginda tidak katakan, dia perlu memahami kehendak Baginda dan mengerti apa yang Baginda katakan, serta dia perlu menghimpunkan di antara hadis-hadis berkenaan dan menggabungkan setiap bentuk dengan bentuknya. Maka dia menghimpunkan di antara apa yang dihimpunkan oleh Allah dan dijelaskan oleh Rasul-Nya, dan dia memisahkan di antara apa yang dipisahkan oleh Allah dan dijelaskan oleh Rasul-Nya. Inilah ilmu yang orang-orang Islam mendapat manfaat dengannya, serta wajib pengambilan dan penerimaannya. Dengan sebabnya telah menjadi penghulu para Imam umat Islam, seperti yang empat dan lain-lain -رضي الله عنهم أجمعين-« [Al-Fatawa : (27\316-317)]

Berkata As-Syatibi: »Ruang kesilapan di dalam fasal ini, ia hanyalah pada satu bentuk: Iaitu kejahilan mengenai kehendak-kehendak Syara’, dan tidak menghimpunkan pangkal-pangkalnya di antara satu sama lain. Kerana tempat pengambilan dalil-dalil di sisi para Imam yang teguh iaitu hendaklah diambil Syariah sebagai gambaran yang satu, mengikut apa sabit dari keseluruhannya dan juzuk-juzuknya, amnya yang tersusun di atas khasnya, mutlaknya yang dibawa kepada muqayadnya, mujmalnya yang ditafsirkan dengan terangannya, sehingga ke aspek-aspeknya yang selain itu. Apabila terhasil, kepada yang meneliti keseluruhannya, satu hukum daripada hukum-hukum; maka itulah yang dicakapkan apabila ia diminta untuk dicakapkan .. «

Kemudian beliau menyatakan kaedah menyeluruh, lalu berkata: »Oleh itu, keadaan orang-orang teguh adalah: Menggambarkan Syariah sebagai gambaran yang satu, yang sebahagiannya membantu sebahagian yang lain, seperti anggota tubuh manusia, apabila ia digambarkan dengan gambaran yang mendatangkan hasil« [Al-Muwafaqaat : (1\245-246)]

As-Syatibi juga berkata: »Sering kali anda melihat orang-orang jahil berhujah untuk diri mereka dengan dalil-dalil yang rosak, dan dengan dalil-dalil yang sahih, kerana meringkaskan pandangan kepada dalil tertentu, dan kerana menolak untuk melihat pada dalil-dalil usul dan furu’ lain yang menyokong pendapatnya atau menentangnya« [Al-Ei’tisom : (1/222)]

Selepas penjelasan ilmiah yang kukuh oleh Imam As-Syatibi ini, nyata: Bahawa mestilah dihimpunkan nas-nas yang datang di dalam bab yang satu, dan diletakkan setiap nas pada tempatnya. Akan tetapi kadangkala akan muncul pertembungan -pemikiran cetek- pada fikiran pengkaji nas-nas ini. Kerana ini, para pimpinan Ilmu telah meletakkan kaedah-kaedah ilmiah bagi menjauhkan pertembungan berkenaan, dan ia adalah:

      1. Menggabungkan di antara nas-nas yang sahih melalui satu cara daripada cara-cara penggabungan yang muktamad di sisi para ulama Usul, seperti:
        1. Mengembalikan yang am kepada yang khas.
        2. Mengembalikan yang mutlak kepada yang muqayyad.
        3. Mengembalikan yang mujmal kepada yang mubayyan (terperinci).
        4. Mengembalikan yang mutasyabih kepada yang muhkam.
        5. Mengetahui yang memansukhkan dan yang dimansukhkan .. dan cara-cara selainnya.
      2. Mentarjih di antara nas-nas dengan satu cara daripada cara-cara yang dinyatakan oleh para ulama Usul. Dia pergi kepada keadaan ini, apabila menggabungkan di antaranya.
      3. Apabila pengkaji tidak mampu menggabung atau mentarjih, maka dia berhenti sejenak sehingga perkara tersebut jelas kepadanya.

Video Penuh & Teks Kitab : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-fadlan-othman-manhaj-at-talaqqi-wal-istidlal-baina-ahlus-sunnah-wal-mubtadiah-siri-13/
Muatturun Nota : https://www.mediafire.com/?rtlanonkst9t2m6

SOAL JAWAB

– Ganjaran Bawa Orang Kafir Memeluk Islam : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-fadlan-othman-ganjaran-bawa-orang-kafir-memeluk-islam/

– Hukum Berkahwin dengan Non-Muslim : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-fadlan-othman-hukum-berkahwin-dengan-non-muslim/

– Hukum Menderma Organ : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-fadlan-othman-hukum-menderma-organ/

– Bacaan Surah Pendek Ketika Solat Witir : https://www.ilmusalaf.com/2014/06/ustaz-fadlan-othman-bacaan-surah-pendek-ketika-solat-witir/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom