“Tafsir Ibnu Katsir” – Siri 7 – Surah an-Nazi’at, ayat 1-14
Penceramah : Ustaz Idris bin Sulaiman

26 DISEMBER 2013 | KHAMIS | Selepas Isyak
Tingkat 14, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

وَٱلنَّـٰزِعَـٰتِ غَرۡقً۬ا (١) وَٱلنَّـٰشِطَـٰتِ نَشۡطً۬ا (٢) وَٱلسَّـٰبِحَـٰتِ سَبۡحً۬ا (٣) فَٱلسَّـٰبِقَـٰتِ سَبۡقً۬ا (٤) فَٱلۡمُدَبِّرَٲتِ أَمۡرً۬ا (٥) يَوۡمَ تَرۡجُفُ ٱلرَّاجِفَةُ (٦) تَتۡبَعُهَا ٱلرَّادِفَةُ (٧) قُلُوبٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ وَاجِفَةٌ (٨) أَبۡصَـٰرُهَا خَـٰشِعَةٌ۬ (٩) يَقُولُونَ أَءِنَّا لَمَرۡدُودُونَ فِى ٱلۡحَافِرَةِ (١٠) أَءِذَا كُنَّا عِظَـٰمً۬ا نَّخِرَةً۬ (١١) قَالُواْ تِلۡكَ إِذً۬ا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ۬ (١٢) فَإِنَّمَا هِىَ زَجۡرَةٌ۬ وَٲحِدَةٌ۬ (١٣) فَإِذَا هُم بِٱلسَّاهِرَةِ (١٤)

Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya; (1) Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya; (2) Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya; (3) Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya; (4) Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat). (5) Pada masa berlakunya tiupan sangkakala yang pertama yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan), (6) Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing); (7) Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut, (8) Pemandangannya tunduk gerun. (9) Mereka (yang ingkar) berkata: Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu? (10) Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput? (11) Mereka berkata lagi (secara mengejek: Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan! (12) (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua); (13) Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata. (14)

[Surah an-Nazi’at, ayat 1-14]

Video Penuh : https://www.ilmusalaf.com/2013/12/ustaz-idris-sulaiman-tafsir-ibnu-katsir-siri-7/

SEGMEN PILIHAN

– Roh Orang Beriman Dicabut dengan Mudah : https://www.ilmusalaf.com/2013/12/ustaz-idris-sulaiman-roh-orang-beriman-dicabut-dengan-mudah/

– Para Malaikat Bersegera Melaksanakan Perintah Allah : https://www.ilmusalaf.com/2013/12/ustaz-idris-sulaiman-para-malaikat-bersegera-melaksanakan-perintah-allah/

– Kekuatan Malaikat Jauh Lebih Hebat Berbanding Jin & Manusia : https://www.ilmusalaf.com/2013/12/ustaz-idris-sulaiman-kekuatan-malaikat-jauh-lebih-hebat-berbanding-jin-manusia/

– Senarai Malaikat & Tugasnya : https://www.ilmusalaf.com/2013/12/ustaz-idris-sulaiman-senarai-malaikat-tugasnya/

– Tiupan Sangkakala ke-2 Menghidupkan Semula Manusia : https://www.ilmusalaf.com/2013/12/ustaz-idris-sulaiman-tiupan-sangkakala-ke-2-menghidupkan-semula-manusia/

– Nak Faham al-Quran Kena Belajar Bahasa Arab : https://www.ilmusalaf.com/2013/12/ustaz-idris-sulaiman-nak-faham-al-quran-kena-belajar-bahasa-arab/

– Al-Quran Memuatkan Kisah-kisah Benar, Terbaik & Paling Bermanfaat : https://www.ilmusalaf.com/2013/12/ustaz-idris-sulaiman-al-quran-memuatkan-kisah-kisah-benar-terbaik-paling-bermanfaat/

– Kedudukan Kita Terhadap Riwayat Israiliyyat : https://www.ilmusalaf.com/2013/12/ustaz-idris-sulaiman-kedudukan-kita-terhadap-riwayat-israiliyyat/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom