Ustaz Idris Sulaiman - Umdatul Ahkam ( siri 23 )“Umdatul Ahkam” – Siri 23 – Bab Haidh – Hadis No. 44-49
Penceramah : Ustaz Idris bin Sulaiman

3 SEPTEMBER 2013 – SELASA – Selepas Isyak
AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)
Tingkat 8, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

44. عن عائشة رضي الله عنها, أن أم حبيبة استحيضة سبع سنين, فسألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ذلك, فأمرها أن تغسل, قالت : فكانت تغتسل لكلّ صلاة

Aisyah radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa Ummu Habibah mengalami istihadhah selama 7 tahun. Oleh kerana itu, dia lantas bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang keadaannya. Baginda memerintahkannya untuk mandi, dan baginda bersabda, “itu adalah darah yang keluar hujung bawah rahim”. Maka Ummu Habibah mandi setiap kali solat.

45. عن عائشة رضي الله عنها, قالت : كنت أغتسل أنا ورسول الله صلى الله عليه وسلم من إناءٍ واحدٍ كلانا جُنُبٌ

Aisyah radhiyallahu ‘anha mengatakan, “aku pernah mandi bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dari sebuah bejana padahal kami berdua dalam keadaan junub.

46. وكان يأمُرُني فَأَتَّزِر, فيباشرني وأنا حائض

Dan baginda memerintahkanku, kemudian aku memakai sarung. Nabi lalu mencembuiku sementara aku dalam keadaan Haidh.

47. وكاان ييُخْرِجُ رأسسَه إليَّ, وهوَ معتكفٌ, فأغسِلُه وأنا حائضٌ

Dan baginda pernah mengeluarkan kepalanya kepadaku ketika baginda sedang iktikaf. Aku lantas membasuhkannya sementara aku dalam keadaan Haidh.”

48. عن عائشة رضي الله عنها, قالت : كان رسولُ الله صلى الله عليه وسلم يَتَّكِئُ في حِجْري, وأنا حائضٌ, فيقرأُ القرآن

Aisyah radhiyallahu ‘anha mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersandar kepadaku, padahal aku sedang Haidh. Kemudian baginda membaca al-Quran”.

49. عن معاذةَ بنتِ عبدِ اللهِ قالت : سألتُ عائشةَ رضي الله عنها, فقلتُ : ما بالُ الحائضِ تقضي الصومَ, ولا تقضي الصلاةَ؟ فقالت : أَحَرُورِيَّةٌ أنتِ, فقلت : لست بحرُورِيَّةٍ, ولكني أسألُ, فقالت : كان يصيبنا ذلك, فنُؤمَر بقضاءِ الصومِ, ولا نؤمر بقضاءِ الصلاةِ

Mu’azah binti Abdullah menuturkan bahawa dirinya pernah bertanya kepada Aisyah radhiyallahu ‘anha, “mengapa orang Haidh harus mengganti puasa, akan tetapi tidak mengganti solat?”. Aisyah berkata, “Apakah engkau termasuk kelompok Haruriyyah?”. Mu’azah menjawab, “aku bukanlah Haruriyyah tetapi aku sekadar bertanya”. Aisyah menjawab, “kami mengalaminya dan kami diperintahkan untuk mengqadha’ puasa, namun kami tidak diperintahkan untuk mengqadha’ solat”.

Video Penuh : http://www.youtube.com/watch?v=zbbx8PSUvuI

SEGMEN PILIHAN

– Perintah Mandi untuk Perempuan Istihadhah : http://www.youtube.com/watch?v=TkmCQGY1Xnk

– Sunnah Suami Isteri Mandi Bersama : http://www.youtube.com/watch?v=cCT8YYDWUuI

– Hukum Mandi Bogel : http://www.youtube.com/watch?v=Ybu422-Zp6A

– Mendekati Isteri yang Sedang Haidh : http://www.youtube.com/watch?v=tTmcKBhNHVc

– Kenapa Perlu Qadha’ Puasa, tetapi Tidak Perlu Qadha’ Solat? : http://www.youtube.com/watch?v=nQMNvdQuSxE

– Sejarah Kelompok Haruriyyah : http://www.youtube.com/watch?v=Gvcm8I9rqAw

– Haidh Sebelum Sempat Menunaikan Solat Fardu : http://www.youtube.com/watch?v=yaf5RqjpDVA

– Aurat Perempuan Sesama Mahram : http://www.youtube.com/watch?v=-dF1za5fw-w

– Syarat Berpakaian Wanita Muslimah : http://www.youtube.com/watch?v=iIVt1Zax4rw

– Nasihat kepada Wanita Berpurdah : http://www.youtube.com/watch?v=cf8buGY1rwA

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom