“Umdatul Ahkam” – Siri 24 – Bab Waktu Solat – Hadis no. 50-52
Penceramah : Ustaz Idris bin Sulaiman

10 SEPTEMBER 2013 – SELASA – Selepas Isyak
AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)
Tingkat 8, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

50. عن أبي عمرو الشيْباني واسمه – سعد بن إياس – قال حدّثني صاحب هذه الدّار – وأشار بيده إلى دار عبد الله بن مسعود رضي الله عنه – قال : سألت النبيّ صلى الله عليه وسلّم ” أيّ الأعمال أحبّ إلى الله عزّ وجلّ؟ قال : الصّلاة على وقْتِها، قلت : ثمّ أيّ؟ قال : برّ الوالدين. قلت ثمّ أيّ؟ قال : الجهاد في سبيل الله. قال : حدّثني بهنّ رسول الله صلّى الله عليه وسلم ولو استزدته لزادني.

Abu Amru Asy-Syaibani – nama beliau adalah Sa’ad bin Iyas – mengatakan, “Pemilik rumah ini telah bercerita kepadaku”. Dia memberikan isyarat dengan tangannya pada rumah Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu.

Ibnu Mas’ud menuturkan bahawa dirinya pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang amal apakah yang paling dicintai oleh Allah ‘azza wa jalla.

Nabi bersabda, “Mengerjakan solat pada waktunya”. “Lantas apa?”, tanya Ibnu Mas’ud. Nabi bersabda, “Berbakti kepada orang tua”. “Lantas apa lagi?”, tanya Ibnu Mas’ud. Nabi menjawab, “Berjihad di jalan Allah”.

Ibnu Mas’ud berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyampaikan itu semua kepadaku. Seandainya aku minta ditambahi (keterangan) lagi, maka Nabi akan menambahnya.

[HR. Bukhari dalam Mawaaqit ash-Sholat (527), Muslim dalam al-Iman (139)]

51. عن عائشة رضي الله عنها قالت : لقد كان رسول الله صلّى الله عليه وسلّم يصلّي الفجر، فيشهد معه نساء من المؤمنات متلفّعات بمروطهنّ، ثمّ يرجعن إلى بيوتهنّ ما يعرفهنّ أحد من الغلس.

Aisyah radhiyallahu ‘anha menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan solat Subuh. Beberapa wanita mukminah yang menutupi (kepala dan badannya) dengan kain hadir bersama baginda. Mereka lantas kembali ke rumah dan tak seorang pun yang mengenali mereka kerana keadaan masih gelap.

[HR. Bukhari dalam ash-Sholat (372) tanpa lafaz minal ghalas, dan disebutkan dengan perbedaan lafaz dalam hadis Muslim dalam al-Masajid (645)]

52. عن جابر بين عبد الله – رضي الله عنهما – قال : كان النّبيّ صلّى الله عليه وسلّم يصلّي الظّهر بالهجارة> والعصر : والشّمس نقيّة، والمغرب : إذا وجبت، والعشاء : أحيانا. إذا رآهم اجتمعوا، عجلّ. وإذا رآهم ابطؤوا أخّر. والصّبح : كان النّبيّ صلّى الله عليه وسلّم يصلّيها بغلس.

Jabir bin Abdullah radhiyallahu ‘anhuma menuturkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan solat Zohor di tengah hari yang terik, solat Asar ketika matahari masih cerah, solat Maghrib ketika matahari tenggelam dan solat Isyak bergantung. Jika baginda melihat orang-orang telah berkumpul, maka baginda menyegerakan solat Isyak. Namun, jika baginda melihat mereka terlambat, maka baginda melewatkannya. Sedangkan solat Subuh, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakannya ketika keadaan masih gelap.

[HR. Bukhari dalam Mawaaqit ash-Sholat (560)]

Video Penuh : http://www.youtube.com/watch?v=Hd1kibKEM5s

SEGMEN PILIHAN

– Definisi Solat : http://www.youtube.com/watch?v=ysphJJooxeo

– Mengingkari Kewajipan Solat : http://www.youtube.com/watch?v=560YQcffGg4

– Meninggalkan Solat kerana Malas : http://www.youtube.com/watch?v=EI1PVl8vgxk

– Suami Tidak Menunaikan Solat : http://www.youtube.com/watch?v=x8TdqzqBsVo

– Mengerjakan Solat di Awal Waktu : http://www.youtube.com/watch?v=HQoBYoQQuJo

– Berbakti kepada Kedua Ibu Bapa : http://www.youtube.com/watch?v=SNEFpW1cTHo

– Keutamaan Ibu Berbanding Bapa : http://www.youtube.com/watch?v=nk0mK7y4nWM

– Maksud Jihad fi Sabilillah : http://www.youtube.com/watch?v=2PH_vIwaSDA

– Adab Bertanya kepada Guru : http://www.youtube.com/watch?v=jcQm3tItOkc

– Waktu Solat Subuh & Waktu Syuruk : http://www.youtube.com/watch?v=VIM7ZqA1guQ

– Wajah Wanita Bukan Aurat : http://www.youtube.com/watch?v=C4N85H6MnYA

– Wanita Solat Berjemaah di Masjid : http://www.youtube.com/watch?v=zmBJENwA42c

– Hak Kebebasan Wanita : http://www.youtube.com/watch?v=8dw0R053FYw

– Hukum Kartun & Dakwah Melalui Lukisan Kartun : http://www.youtube.com/watch?v=5fwI7vfhQu8

– Nasyid Sebagai Alternatif Dakwah : http://www.youtube.com/watch?v=i8f_boN2NwA

– Perempuan Berceramah di Atas Pentas : http://www.youtube.com/watch?v=Rse89g9FL2s

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom