“Umdatul Ahkam” – Siri 31 – Bab Azan & Iqamat – Hadis No. 68-71
Penceramah : Ustaz Idris bin Sulaiman

3 DISEMBER 2013 | SELASA | Selepas Isyak
Tingkat 14, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

Video Penuh : https://www.ilmusalaf.com/2013/12/ustaz-idris-sulaiman-umdatul-ahkam-siri-31/

٦٨ – عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : أمَرَ بِلَالُُ أَنْ يَشْفَعَ الْأَذَانَ وَيُؤْتِرَ الْإِقَامَةَ

68. Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa Bilal diperintahkan untuk menggenapkan azan dan mengganjilkan iqamat.

[HR. Bukhari dalam as-Solat (606)]

٦٩ – عن أبي جحيفة – وهب بن عبدالله السوائي – قال : أَتَيْتُ النَّبِيَّ صلّى الله عليه وسلَم – وَهُوَ فِي قُبَّةِِ لَهُ حَمْرَاءَ مِنْ أَدَمِِ -، قَالَ : فَخَرَجَ بِلَالُُ بِوُضُوءِِ فَمِنْ نَاضِحِِ وَنَائِلِِ. قَال : فَخَرَجَ النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم وَعَلَيْهِ حُلَّةُُ حَمْرَاءُ حَتَّى كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى بَيَاضِ سَاقَيْهِ، قَال : فَتَوَضَّأَ وَأَذَّنَ بِلَالُُ. قَال : أَتَتَبَّعُ فَاهُ هَاهُنَا وَهَاهُنَا يَقُولُ – يَمِينََا وَشِمَالََا – : حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ، ثُمَّ رُكِزَتْ لَهُ عَنَزَةُُ فَتَقَدَّمَ وَصَلَّى الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لَمْ يَزَلْ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ حَتَّى إِلَى الْمَدِيْنَةِ

69. Abu Juhaifah Wahb bin Abdullah as-Suwa’i, dia berkata, “Aku menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tatkala baginda berada di dalam khemah baginda yang berwarna merah yang dibuat daripada kulit binatang yang telah disamak.”

Abu Juhaifah berkata, “Bilal lantas keluar membawa air wudhu’. Maka, ada yang merenjis, dan ada yang mencelup.” Abu Juhaifah berkata, “Nabi lantas keluar dengan pakaian merah, seolah-olah aku bisa melihat kedua betisnya yang putih.”

Abu Juhaifah berkata, “Nabi lalu berwudhu’ dan bilal mengumandangkan azan.”

Dia berkata lagi, “Aku pun mengikuti gerakan mulutnya ke sana dan ke mari -iaitu ke kanan dan ke kiri- ketika Bilal mengucapkan حَيَّ عَلَى الصَّلَاة dan حَيَّ عَلَى الْفَلَاح. Lalu sebuah tombak ditacapkan untuk Nabi. Nabi maju ke depan dan mengerjakan solat Zohor dan Asar 2 rakaat. Baginda terus mengerjakan solat 2 rakaat hingga banginda kembali ke Madinah.”

[HR. Muslim dalam as-Solat (503)]

٧٠ – عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما عن رسول الله صلّى الله عليه وسلّم قال : إِنَّ بِلَالََا يُؤَذِّنُ بِلَيْلِِ فَكُلُوْا وَاشْرَبُوْا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومِ

70. Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda, “Sesungguhnya Bilal mengumandangkan azan ketika malam. Oleh itu, makan dan minumlah sampai Ibnu Ummi Maktum mengumandangkan azan.”

[HR. Bukhari dalam al-Azan (617)]

٧١ – عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم : إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُوْلُوْا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ

71. Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kalian mendengar muadzin (mengumandangkan azan) maka ucapkanlah seperti yang diucapkannya.”

[HR. Bukhari dalam al-Azan (611)]

SEGMEN PILIHAN

– Mengambil Berkat daripada Kesan Peninggalan Rasulullah : https://www.ilmusalaf.com/2013/12/ustaz-idris-sulaiman-mengambil-berkat-daripada-kesan-peninggalan-rasulullah/

– Pensyariatan Azan Bukan Hanya Ketika Masuk Waktu : https://www.ilmusalaf.com/2013/12/ustaz-idris-sulaiman-pensyariatan-azan-bukan-hanya-ketika-masuk-waktu/

– Laungan Azan dengan Memanjangkan Harakat : https://www.ilmusalaf.com/2013/12/ustaz-idris-sulaiman-laungan-azan-dengan-memanjangkan-harakat/

– Azan kepada Bayi yang Baru Lahir & Azan untuk Menghalau Syaitan : https://www.ilmusalaf.com/2013/12/ustaz-idris-sulaiman-azan-kepada-bayi-yang-baru-lahir-azan-untuk-menghalau-syaitan/

– Azan Sebelum Solat Berjemaah & Gunakan Pembesar Suara dengan Berhikmah : https://www.ilmusalaf.com/2013/12/ustaz-idris-sulaiman-azan-sebelum-solat-berjemaah-gunakan-pembesar-suara-dengan-berhikmah/

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari Ilmu salaf dot com ke wall masing², boleh klik di sini: http://www.networkedblogs.com/blog/ilmusalafdotcom

– Klik “Syndication” di sebelah kiri
– Klik “Grant Permissions
– Klik “Add Facebook Target” dan klik “Add

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah…

www.ilmusalaf.com
www.facebook.com/ilmusalafdotcom
www.facebook.com/groups/501756696521984/
www.youtube.com/user/ilmusalafdotcom
www.twitter.com/ilmusalafdotcom